Kei mengintai disebalik lubang yang terdapat pada pondok lama itu. Dan dia dapat melihat, seorang mahkluk yang berpakaian serba hitam menghalakan pedangnya ke arah ibu dan ayahnya.
" Tolong, jangan apa-apakan kami "
IBU merayu kepada mahkluk itu. Tetapi mahkluk itu tidak mengendahkan ibu, lalu menghayunkan pedangnya ke arah ibu dan menikam ibu tanpa rasa belas kasihan.
Kei's pov
Aku melihat mahkluk itu menikam ibu dengan kejam. Aku terkedu. Aku ingin menjerit memanggil ibu, tetapi aku cuba menahan.
" Ibuuuu ", tangisku didalam hati.
" Jangan tinggalkan Kei ", rontaku di dalam hati.Aku lihat ibu terkulai lemah. Darah ibu mengalir dengan banyak. Ibu perasan kehadiran aku disebalik pondok lama itu. Ibu memandangku sayu. Sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku dapat melihat bibir ibu bergerak seperti ingin menyampaikan sesuatu.
" Kei, ja jaga di diri. I ibu say sayang kamu ", ucap ibu dari jauh sambil tersenyum manis. Setelah beberapa saat, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
" Ibuuuuu ! ", jeritku perlahan. Air mataku deras mengalir mengenang nasib diri.
" Ahhh, aku bunuh kauu ! "
Suara itu ..Aku mengesat air mataku, dan mengintai semula pada lubang pondok lama itu.
" Ayahh ", ujarkan perlahan sambil menangis.
Ayah memegang kapak, bersiap sedia untuk menetak mahkluk jahanam itu. Hayunan ayah terkena sasaran iaitu pada wajah mahkluk itu. Tetapi, mahkluk itu lebih pantas. Dia menikam ayah tepat di jantung ayah." AYAH !!! ", jeritku perlahan. Pedihnya hatiku. Aku menangis tersedu-sedu.
End Kei's pov
Kei terkedu. Dia dapat melihat wajah mahkluk yang telah membunuh insan yang paling dia sayang.
" Manusia jugaa dan dan lelaki !? ", Kei terkedu. Kei terlihat pada baju pembunuh itu, terdapat sebuah logo. Mungkin logo sebuah organisasi. Kei cuba melihatnya.
" Black Empire "
Kei juga melihat sekumpulan mahkluk yang memakai pakaian yang sama menuju ke arah pembunuh celaka itu.
" Semua dah lenyap ? ", suara garau lelaki celaka itu bergelma.
" Ya, semua kami dah hapuskan. Tiada satu pun yang tinggal ", balas salah seorang daripada kumpulan itu.
" Bagus ", balas lelaki itu.
Kei mengesat kasar air matanya. Dia berazam akan membalas dendam. Tak ada lagi Kei yang dahulu. Lalu Kei terus berlari ke arah hutan yang berdekatan, dan berusaha untuk keluar dari kawasan berdarah itu. ( Disinilah ayah angkat Kei menjumpainya. Masa tu ayah angkat Kei pergi memburu, so dia ternampak Kei yang lemah jadi dia bawak lah balik )
TBC
Guys. Makin merepek pulak xD
YOU ARE READING
Dendam.
FantasyKisah silam yang menyayat hati, menyebabkan gadis itu ( Kei ) membesar dengan dendam. Jangan di sangkakan, hatinya sesuci wajahnya yang polos. Dirinya yang sebenar, tersembunyi elok di sebalik lakonannya. Sinar kegembiraan di matanya pudar setelah m...