Part 24

184 11 1
                                    

...'s Pov

Aku menaiki tangga menuju ke atas bumbung bangunan xxx seperti yang dipinta . Bangunan yang terlalu usang. Ditinggalkan berkurun lama. Tiada penghuni. Tiada manusia lain. Sunyi-sepi. Penuh dengan semak-samun. Berhabuk . Jauh daripada kesesakan bandar. Itulah keadaan bangunan ini. Bangunan yang  dahulunya megah berdiri, kini ditinggalkan dengan penuh tragis. Bangunan yang dahulunya menjadi pusat manusia mencari rezeki, kini hanyalah sebuah bangunan usang yang tiada fungsinya.

Setelah sampai di atas bumbung, aku memandang sekeliling. Mencari seseorang yang mungkin berada di sini.

" Sesiapa ? ", ucapku. Sunyi tiada sahutan. Hanya kedengaran bunyi tikus yang mungkin terkejut mendengar suara lantangku.

" SESIAPA !? Woi keluarlah. ", jeritku. Namun masih sama. Sunyi.

Kesabaranku kian tepis.

" KALAU KAU BERANI SANGAT, KELUARLAH ! WOI KELUAR !! ", jeritku dua kali ganda kuatnya berbanding tadi.

Namun..
Keadaanya masih sama. Cuma kali ini, dihiasi dengan bunyi guruh. Aku mendongakkan kepala memandang langit.

" Huh, nak hujan ", ucapku perlahan.
Aku mendengus kasar.

" Dasar orang sial. Saja je mainkan aku. Kalau aku tahu macam ni, aku tak yah ikut lah sial !! ", jeritku bengis sambil mencampak barang aku temui kedinding bangunan usang itu. Hasilnya, ada keretakan pada dinding bangunan itu. Aku berjalan dengan penuh kemarahan. Kakiku dihentakkan kuat.

" Ah g mati ", jeritku lagi dan lagi.

Semasa aku berjalan menuju ke arah tangga untuk turun daripada bangunan ini, aku terasa seperti badanku dibaling sesuatu yang besar.

" Batu ? ", ucapku perlahan sambil mengutipnya.
Aku memandang sekeliling. Namun, hanya kelihatan semak-samun yang entah berapa tahun tak dikemasnya.
Aku memusingkan semula badanku. Namun kali ini, sesuatu yang tajam betul-betul mendarat di dahiku. Menyebabkan terhasilnya luka. Darah mengalir, mengaburi mataku.

" Woi ! KELUAR ! Jangan jadi pengecut ! ", jeritku.

" Bukan aku yang pengecut tapi KAU ". suara seseorang memecahkan kesunyian.

" Aku ? KALAU AKU PENGECUT AKU TAK AKAN JUMPA KAU ", jeritku bengis. Mataku diliarkan. Mencari pemilik suara yang tersangatlah menjengkelkan.

" Sebab kau tak nak kegiatan kau dibocorkan. Tapi, kau tetap pengecut ", suara itu begitu sinis.

Aku mengabaikan suara itu. Kakiku dilajukan untuk mencari orang misteri itu.

TBC

Dendam.Where stories live. Discover now