Part 19

209 14 0
                                    

Kei berjalan dengan cepat menuju ke arah destinasinya tanpa menghiraukan pandangan jijik dan bisikan sinis masyarakat kota terhadapnya.

" Setakat setompok darah kecil. Lebam sikit kat muka. Tu pun nak pandang jijik ke", ucap Kei sambil menjelingkan matanya.

_________________________________

Manusia . Selalu berasa diri mereka sempurna. Selalu berpura-berpura baik, sedangkan perangai mereka tak ubah seperti mahkluk bertanduk dua. Selalu bertopengkan malaikat sedangkan hati penuh kehitaman. Setitik kotoran hitam, dipandang umpama sebesar lautan. Sebesar-besarnya kebaikan yang dilakukan, hanya akan hanyut dibawa zaman..

_________________________________

Kei menuju ke kedai pakaian untuk menukar pakaian seragamnya yang rosak kesan " drama " yang dilakukan terhadap lelaki bertubuh kurus tadi. Rambutnya kusut masai, tak ubah seperti penghuni hospital mental yang melarikan diri daripada rumah kelabu itu. Wajahnya pula, dihiasi dengan lebam kesan tamparan lelaki 'sial' itu. Di hujung bibirnya, terdapat darah beku yang kering.

Masyarakat kota memandangnya sinis. Mungkin menganggapnya gadis yang baru melarikan diri daripada menjadi mangsa tempat melepaskan 'nafsu' lelaki yang berperangai iblis. Atau .. Mungkin mereka menganggap Kei, salah seorang pelajar yang menconteng arang di muka keluarganya, kerana terlibat dalam pergaduhan merebut lelaki hot di sekolahnya. Manusia.. Pelbagai bentuk fikiran mereka.
.
.
.
Selepas beberapa minit perjalanan yang menyakitkan hati, akhirnya Kei tiba di tempat yang ditujunya.

Dia membeli pakaian baru dan menukar pakaian sekolahnya.
.
.
Skip

TBC

Dendam.Where stories live. Discover now