Kei menghayungkan penumbuknya tepat ke arah wajah lelaki kurus itu menyebabkan lelaki itu terhuyung-hayang lalu jatuh seperti " nangka busuk ".
Kei memandang lelaki itu sekilas. Lalu memusingkan badannya semula. Dengan naluri yang kuat, Kei mengiringkan badannya ke kanan. Menyebabkan lelaki itu terjatuh. Puncanya ? Dia berlari ingin menyerang Kei. Lari ? Lebih kepada terhuyung-hayang. Maklumlah, tidak waras akibat pengambilan "najis" syaitan.
" Kau nak serang aku dengan badan yang lembik tu ? ", ucap Kei dingin.
Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dan mengacah untuk menakutkan Kei. Namun, gengamannya sahaja sudah dapat di jangka dia tidak dapat memegangnya dengan baik. Kei memandangnya kosong tanpa perasaan. Lelaki itu berlari ( lah sangat )sambil menghalakan pisau itu ke arah Kei. Belum sempat lelaki itu menikam Kei, Kei terlebih dahulu menyepak dadanya. Menyebabkan pisaunya terpelanting jauh darinya. Lelaki itu termuntah darah dan terjatuh. Kesan sepakan padu Kei." Aku malas nak layan orang macam kau ni ", ucap Kei.
" Daripada kau hidup dengan keadaan macam ni, jadi sampah atas buni, baik kau mati je ", ucap Kei. Bibirnya mengutum senyuman 'menawan'.Kei menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu cuba bangun, walaupun agaklah lembab kesan " aktiviti" kotornya, namun Kei lebih pantas. Kei menyepak kuat lehernya, menyebabkan lehernya patah. Jelas kedengaran bunyi tulang yang patah.
Darah memancut keluar daripada mulut lelaki itu dengan banyak.
Kei memandangnya kosong sambil tersenyum puas dengan karyanya.Dia berjalan ke arah cepisan telefonnya dan mengutip memory cardnya. Lalu meninggalkan mayat lelaki malang itu sendiri tanpa bersimpati .
TBC
YOU ARE READING
Dendam.
FantasiaKisah silam yang menyayat hati, menyebabkan gadis itu ( Kei ) membesar dengan dendam. Jangan di sangkakan, hatinya sesuci wajahnya yang polos. Dirinya yang sebenar, tersembunyi elok di sebalik lakonannya. Sinar kegembiraan di matanya pudar setelah m...