5

46 2 0
                                    

Loceng jam Fahrin berbunyi. Fahrin terus mencapai tuala dan mandi.

"Bu Nona"panggil Fahrin.

"ye nak, bu nona ada buatkan Fahrin sarapan ni"balas Bu nona tersenyum.

"Wahh sandwic telur kegemaran Fahrin laa. thankyou Bu nona"balas Fahrin mesra.

Bu nona merupakan orang gaji dalam banglo mewah milik bapa Fahrin iaitu Dato' Kamal. Namun Dato' Kamal sering ke luar negara. Pernah sekali, 2 tahun bapa Fahrin itu tidak langsung menjejakkan kaki ke rumahnya. Fahrin kehilangan ibunya sewaktu dia berumur 5 tahun kerana ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak daripada itu, Bu nona menjaga Fahrin sehingga dia besar begini. Bu nona juga suka akan sikap mesra Fahrin jika dibandingkan dengan Dato' Kamal yang kuat komplen dan baran orangnya. Jadi, fahrin memang rapat dengan Bu nona dan menganggapnya tidak asing lagi. Bagaikan ibu kedua dalam hidupnya. Hidupnya walaupun sentiasa sunyi, dia ada juga bu nona sebagai peneman hari harinya tanpa jemu melayan kerenahnya.

"Kenapa suka semacam ni?"tanya Bu nona pada Fahrin.

"Fahrin rasa kan fahrin dah suka seseorang tau. Bila tengok dia senyum, Fahrin rasa gementar sangat dupdapdupdap. pastu kan Bu nona, Fahrin suka tengok muka dia. Dia macam cantiiiikkkkk sangat"cerita Fahrin begitu excited.

"Dah dah eii bab bab gatal no 1 eh fahrin ni"balas Bu nona geli hati dengan perangai Fahrin yang seperti budak budak di matanya.

"Ni first time la fahrin rasa mcm ni. Bu nona pun tak pernah dengar Fahrin cerita macam ni dengan Bu nona kan?"balas Fahrin masih tersenyum senyum.

"Haa angau angau. Jangan lupa belajar dulu elok elok. Baru jaga anak orang"balas Bu nona menasihatkan Fahrin.

"Ye Fahrin tahu. Okay Fahrin nak pergi dah ni. Assalamualaikum"balas Fahrin lalu mencium tangan Bu nona.

Bu nona hanya tersenyum melihat kerenah Fahrin.

***

Fila baru sahaja berjalan keluar rumah namun Kai menyapanya.

"hai adik manis, nak abang encem teman tak?"balas Kai bergurau.

"Eiii tak nak mat bangla hitam ni"balas Fila tergelak.

"Ehhh kau. Aku tahu la kau putih, tapi aku mana ada hitam sangat"balas Kai menjeling Fila tajam.

"ooo dah tak boleh bergurau"balas Fila mencebik bibir.

"Dah la kau. Baru jumpe kawan baru lupa kawan lama"balas Kai menarik muka. Sebenarnya Kai agak terasa dengan perbuatan Fila semalam. Tak pastila TERASA ke JELES.

"Chill la. Aku tak lupa kau. Aku rinduuuu kau sangattt"balas Fila kemudian membuat muka geli.

"Dah tak ikhlas tu tak payah cakap"balas Kai memandang tempat lain.

"kau dah kenapa macam ni pelik betul la"tanya Fila pelik.

"mana ada apa apa"balas kai .

"okay la demi untuk memujuk kawan baik Fila selama 23 tahun ni, Fila belanja makan ayam Uncle Bob kegemaran Kai ok? kita makan dekat tempat biasa kita. Amacam?"pelawa Fila lalu terus menaikkan keningnya.

"Okay kalau Fila belanja semua settle"balas kai tersenyum sikit.

"macam ni la member, ha sekarang teman Fila pergi kelas"balas Fila.

"Amboi sampai kelas. Okay untuk Fila, no hal"balas kai lalu mengusap kepala Fila.

KawanWhere stories live. Discover now