19

30 2 0
                                    

Fahrin memandang ke arah syarikat besar papanya. Ini ialah maruah papa yang papa jaga dengan sangat rapi. Pada papa, syarikatnya adalah segalanya. Dah macam hidup dia dah. Tak ada syarikat ni , ibarat mati la dia. Fahrin memasuki lobby utama syarikat itu. Disebabkan dirinya telah heboh diperkatakan di dewan haritu. Maka hampir ke semua orang mengenali dirinya. Sampai sahaja di dalam lobby, hampir semua menunduk apabila fahrin lalu berdekatan antara mana-mana pekerja. Fahrin tidak riak malah membalas tundukkan pekerja dengan anggukan kepala. Janggal rasanya. Terasa berpijak di dunia lain. Mana taknya, ada yang siap tunduk 90 darjah. Aduyai. Buat gementar je, dah la baru masuk.

"Selamat pagi tuan. Saya Tasha. Personal Assistant tuan. Jadi saya akan iring tuan ke pejabat tuan"kata Tasha penuh dengan suara lembut dan sopan. Fahrin berasa semakin janggal apabila dengar Bahasa baku digunakan. Dalam hati Fahrin , rasa nak je lari balik dan pergi belajar lagi bagus.

Fahrin mengikuti Tasha dari belakang hingga la sampai ke pintu yang amat cantik dekorasinya. Berpintu putih dan mempunyai corak keemasan. Papa betul betul menjaga setiap inci syarikatnya. Dalam dan luarnya cantik apatah lagi system pentadbirannya nanti. Baru Nampak pintu dah fikir jauh (HAHA).

" Ini bilik tuan. Jika ada apa apa masalah, tuan boleh panggil saya."kata Tasha sambil membuka pintu tersebut.

Fahrin terus masuk tanpa bersuara. Mulut Fahrin ternganga melihat dekorasi biliknya yang amat cantik. Terasa hebat namun dia pasti tugasnya pasti berat. Kalau boleh , dia mahu mula dari bawah. Namun apakan daya ingin melawan permintaan papanya yang melantiknya menjadi ketua pentadbiran. Dia harus menjadi tuan kepada setiap cawangan syarikat papanya. Tugas seperti itu terasa sungguh berat di bahu Fahrin. Namun Fahrin bertekad ingin mencapai impian papanya terhadapnya melalui usaha sendiri. Dia ingin membuktikan yang dia tak perlukan wanita hebat di sisi. Dia akan buktikan dirinya boleh kemudian dia akan perkenalkan fila pada papanya.

----------

"AHHHHHHH dah lambat ni. Kelas lagi sejam nak habisssss. Kenapa tak kejut filaaaaaa papaaaaa"jerit Fila dari dalam bilik.

"kamu tidur mcm tak ingat dunia. Tak snggup papa nak kacau anak papa"kata papanya dari luar pintu biliknya.

Fila hanya merengek teresak esak mengenangkan kelas penting yang tidak sengaja dia skip pada harini.

Kai yang turut berada di biliknya sendiri tertawa mendengar rengekkan fila. Tak perlu pindah rasanya. Dia suka apabila dapat mendengar suara Fila. Agaknya kalau fila dah kawin pun, tetap nak berjiran. Apa nak jadi, jadi la ecer.

Tanpa melengahkan masa , kai terus membuka phone dan hantar message.

To : Fila

"Alang alang tak ke kelas, lepak jom"

Fila membaca teks tersebut dan terus tersenyum. Dalam hatinya mula berfikir yang mereka akan berbaik dan jadi seperti dahulu.

Fila terus ke tingkap biliknya. "Jomm"ajak Fila dari tingkap. Kai tergelak dengan perbuatan Fila yang mengejut tu. Namun tak apa, kai tetap suka.

---------

Fila terus ke kedai speedmart berdekatan. Takkan nak lepak tanpa minum minum. Jadi fila keluar ke speedmart atas tujuan ingin membeli minuman. Fila pergi ke tempat air kotak dan memilih untuk membeli susu dutch lady. Pegang je kotak susu tersebut, membuatkan Fila tersengih memikirkan kenangan yang lalu. Selesai memilih, fila terus membuat pembayaran di kaunter.

Seperti yang dijanjikan, Kai telah duduk menunggu Fila di pondok tempat mereka selalu lepak bersama. Nampak je bayangan Fila, Kai terus melambaikan tangannya.

"lama tunggu?"tanya Fila.

"Lama la, tak rasa bersalah ke?"tanya Kai mengangkat kening.

"Eh rasa mcm sampai tepat tepat je? Ke kau yang datang awal ni. Excited sangat ke jumpa aku??"perli fila sambal melirik ke arah jam tangannya.

"Aku ni kawan yang baik. Tak nak biar kau sampai dulu karang kecewa"kata kai dengan bangga memuji dirinya sendiri.

"eh kenapa aku nak kecewa pulak?"tanya Fila.

"Yela kau kan perempuan. Malu la kalau kau yang tunggu lelaki. Lain la kalau kau tu sebenarnya bukan perempuan. Tapi Nampak gayanya mcm bukan je bila tengok rupa?"kata kai lalu smirk.

"eh kau ni. Suka cari pasal. Aku perempuan la eee . Kau tak rasa takut ke kalau aku lelaki?"tanya Fila semula sambal senyum smirk.

"Kenapa nak takut?"tanya Kai pelik.

"Yela kalau aku lelaki bermakna kau gay la sebab pernah suka lelaki. Hayok tatayok"kata Fila sambal ketawa.

"Ha perli la perli. Ungkit la ungkit eeeeyai"Kata Kai geram .

"Alololololoo apa yang lemah sangat ni cepat koyak"peril Fila lagi.

Kai turut tertawa dengan perangai nakal Fila. Tak habis habis mengusik. Kai buat sekali dibalasnya dua kali.

-------

KawanWhere stories live. Discover now