11

29 1 0
                                    

Kai membuka satu kotak yang penuh gambarnya bersama Fila dari kecil hinggalah dia mencecah dewasa kini. Dia membaca surat menyurat antara dia dengan Fila. Sewaktu itu mereka bergaduh dan langsung tak bercakap. Masalahnya kecik sahaja. Hanya kerana Kai telah rapat dengan rakan sekelasnya. Pada usia mereka darjah 3, Fila diturunkan kelas kerana prestasinya menurun jadi dia tidak dapat sekelas bersama dengan Kai lagi. Sejak daripada itu, Kai sering bergurau mesra dengan Syasya , peganti tempat duduk Fila. Terus Fila merajuk tidak mahu bercakap dengannya. Fila memarahinya kerana dia berani kawan dengan kawan perempuan lain sedangkan Fila hanya mengenali dia seorang sahaja kawan lelakinya. Kai tergelak teringat yang pada tahun itu juga Fila gigih belajar supaya dapat sekelas dengannya semula.

"Alangkah bagus kalau kau tahu, aku cuma kenal dengan kau je sejak dari peristiwa tu. Aku tidak kenal siapa siapa mahupun berkawan dengan sesiapa melainkan kau dan Isya, yang kau kenalkan sendiri kat aku. Aku pun tidak amik mana mana pekerja ke cafe aku. Kerana bidang yang aku pilih ini terlalu ramai perempuan menceburinya. Kalau kau tahu, mesti kau sedar yang aku dah jatuh sayang dengan kau sangat sangat, Fila."luah kai sambil mengelap air matanya yang tumpah.

Mama Kai mendengar di sebalik pintu rintihan anaknya itu. Sungguh dia tidak percaya bahawa anaknya dah lama memendam perasaan yang dalam begitu pada Fila.

***

Selang beberapa minit Fila menunggu di luar rumah muncul satu kereta jenama mewah. Dia hanya membuat tidak tahu namun alangkah terkejutnya dia yang keluar itu adalah Fahrin.

"Fahrin? Kereta siapa awak bawak ni?"tanya Fila pelik.

"Kereta kawan"balas Fahrin sengih kerana terpaksa menipu Fila. Dia tidak mahu Fila berasa tidak selesa jika mengetahui bahawa dia anak orang kaya dan berpangkat tinggi.

Fila hanya mengangguk percaya akan kata kata Fahrin. Terus Fila mengekori Fahrin dan masuk ke kereta itu.

Apabila sampai di sebuah restoran, Fahrin terus membuka pintu untuk Fila. Fila agak segan dengan tindak tanduk Fahrin namun dibiarkan. Fahrin terus menutup mata Fila.

"Eh apa ni?"tanya Fila pelik.

"Ada suprised la mana boleh tengok"balas Fahrin tersenyum sendiri.

Fila terus duduk apabila meraba raba bahawa ada kerusi di hadapannya. Fahrin membuka mata Fila perlahan lahan.

"Tadaaaa" Kata fahrin lalu menunjukkan Kek aiskrim yang penuh strawberry di atasnya berbentuk love.

"Mana tahu aku suka kek strawberry?"tnya Fila aneh.

"haritu kan aku ikut kau pergi cafe Kai. So aku tahu la tengok pada apa yang kau makan and aku dengar kai cakap itu kegemaran kau"balas Fahrin

Fila agak terharu dan terkejut dengan pemerhatian Fahrin yang cekap itu. Sungguh hatinya benar benar berbunga sekarang.

"kenapa bentuk love atas kek ni?"tanya Fila.

Ketawa kecil Fahrin mendengar soalan yang terpacul dari mulut Fila. Sungguh polos Fila di mata Fahrin. Boleh pula dia tanya tentang hiasan atas kek tersebut. Tidak pernah pernah ditanya orang.

"Fila aku tahu aku ni bukannya macam orang kau idamkan. Aku dah usaha terbaik ni nak buat kau terkejut dengan suprised aku. Mungkin tak semanis macam dalam tv atau dalam novel macam yang semua perempuan nak. Tapi ini ikhlas dari hati aku yang dalam, hati yang telah jatuh pada perempuan yang di hadapan aku sekarang"panjang lebar ayat yang disusun kemas oleh Fahrin. Berdebar dia menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Lapang dadanya saat meluahkan perkara tersebut.

Fila melopong dengan luahan Fahrin. "what do you mean?"tanya Fila seperti inginkan kepastian.

"Iloveyou"akhirnya terkeluar kata kata yang tersirat dalam luahan Fahrin yang panjang lebar tadi.

Fila menekup mulutnya. Ada rasa terkejut, buntu malah bahagia. Dia tidak tahu apa yang patut dibalasnya. Dia kaku. Fila terdiam seketika memikirkan ayat yang terbaik untuk membalas luahan Fahrin tadi.

"Aku tidak tak nak rasa atau mengidamkan pun lelaki macam dalam tv atau novel. Aku tidak pernah fikir pasal cinta or what , nak sebut pun geli sebenarnya. Tapi for the first time in my life aku cakap ni pada seorang lelaki. Aku tertarik dengan diri kau Fahrin so tidak perlu pun buat semua ni atau nak jadi mcm dalam tv tu" terang Fila panjang lebar.

Fahrin agak terkilan kerana Fila tidak menyebut 'iloveyoutoo' namun membalasnya dengan perkataan 'tertarik'. Fila yang perasan akan perubahan riak muka Fahrin terus menukar topik perbualan mereka. "Jom la makan dulu" balas Fila. Fahrin hanya mengikuti.





KawanWhere stories live. Discover now