13

26 2 0
                                    

Fila dan mama kai ketawa riuh sekali. Fila dah lama tak luang masa selama ini dengan mama kai. Namun dia rasa pelik. Dari tadi kelibat Kai tidak kelihatan. Kai terasa hati ke dengan dia? Macam macam yang Fila fikirkan.

Mama kai yang perasan Fila seperti tercari cari sesuatu terus bersuara. "Kai tidak sihat. Dia demam. Seharian terperuk dekat atas tu. Makan pun tak nak apatah lagi ingin menelan ubat"balas Mama kai dengan muka yang agak sedih.

"Ehh mengada la kai tu. Bukannya kecik. Dah besar panjang, sakit pun tak nak makan la. Bila nak sihat macam tu"leter Fila. Jauh dari sudut hatinya agak risau tentang keadaan Kai.

"Fila naik la atas tu. Mana tahu kalau Fila yang datang baru nak ditelan ubatnya"balas Mama kai sedikit menyakat Fila namun Fila hanya memikirkan Kai dan tidak langsung rasa yang mama kai sedang menyakatnya.

Selepas menyenduk bubur nasi yang sememangnya mama kai masakkan untuk kai, terus Fila naik ke atas. Fila terus membuka lampu bilik kai dan terlihat kai yang terbaring dengan muka yang pucat. Fila terus meletakkan bubur di meja kecik sebelah katil kai lantas duduk di sisi kai. Dia terus memegang dahi Kai. Panas betul. Kai yang sedar dahinya disentuh terus perlahan lahan membuka mata.

"Makan la kai. Fila bawakkan bubur"sapa Fila lembut. Namun kai hanya menggeleng lemah. Kai tiada mood ingin makan pada waktu ini.

Fila teragak agak ingin memegang lengan kai kali ini. Mungkin kerana dia di bilik lelaki itu berduaan , dan tak elok. Namun dia tersengih pelik kerana selama ini dia kerap memeluk bahu Kai kerana dianggapnya kai seperti abangnya, sedangkan dia tahu memang berdosa melakukan semua itu. Kai yang lihat Fila kaku dan tidak selesa terus bangun.

"Fine, jangan buat muka macam tu. Okay kai makan"balas Kai tidak mahu Fila rasa tidak selesa.

Fila tersenyum dan terus laju mengambil mangkuk bubur itu. Perlahan lahan dia meniup bubur yang masih panas. Kai memerhati bibir Fila yang agak muncung sedikit apabila meniup bubur. Namun kai terus berpaling tempat lain apabila sedar akan kesilapannya.

"Nganga la , ahhh"sebut Fila dan kai hanya mengikutnya. Kai suka apabila tiap kali dia sakit pasti Fila akan melayan dia seperti budak budak. Kai terasa dirinya dihargai. Akhirnya, habis juga bubur itu. Senang hati Fila apabila berjaya memujuk Kai makan. Kalau tidak, risau la dia.

Fila memandang Kai apabila menyedari kai memandangnya. "Aku sayang kau"balas Kai hilang pertimbangan , entah mengapa saat Fila memandang matanya. Laju sahaja perkataan itu meluncur dari mulutnya. Mungkin kerana telah lama dia menyimpan perasaan itu.

Fila terkedu namun itu bukan pertama kali kai bertahu yang dia menyayanginya, Fila juga pernah mengungkap kata kata itu kepada kai. Namun ungkapan itu hanya dianggap sebagai kawan baik. Kali ini, Fila merasakan pandangan Kai lain macam saat menuturkan ungkapan itu. "aku sayang kau jugak kawan jadi makan la banyak banyak supaya cepat sembuh"balas Fila cuba untuk tidak salah faham.

"aku sayang kau sangat sangat, sebagai perempuan dan sebagai Fila bukan kawan baik."jujur kai dan tanpa sengaja dia telah menumpahkan air matanya. Kepala kai terus jatuh di bahu Fila. Saat itu Fila tahu itu salah namun entah mengapa dia tak sampai hati menolak badan kai. Namun hatinya berdegup kencang telah membuatkan dia menolak Kai. Takut jika apa apa yang tidak diingini berlaku di antara mereka. Terus Fila mengambil barangnya dan berlari turun ke bawah. Akhirnya, Kai sedar betapa bodohnya dia tersilap langkah. Pasti lepas ni , Fila tidak mahu menghadap mukanya lagi.

***

"kenapa ni Fila?"tanya Fahrin yang perasan akan perubahan Fila pada hari itu. Fila agak senyap.

Fila hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum. Fahrin terus menyelak rambut Fila yang mengurai itu ke belakang untuk memandang wajah yang cantik sekali di matanya.

"kenapa tidak ikat rambut harini? selekeh la"balas Fahrin menyakat Fila.

"Malas la nak ikat ikat. Fahrin cakap senang la rambut pendek. Fila potong rambut macam fahrin karang"balas Fila mencebikkan bibir. Cuba bermanja dengan Fahrin untuk hilangkan kegusaran di hatinya.

"Ehh kalau potong nanti hensem la Fila, takut takut fahrin terpaksa rebutkan Fila dari seorang perempuan pulak"sakai Fahrin lagi.

"Siku karang, dah la penat. Rambut pun sampai malas nak ikat. pastu buat mood down, rambut ni cucuk cucuk mata Fila"balas Fila membuat suara manja.

Fahrin memandang Fila sambil tersenyum. "Cuba la pakai tudung mana tahu hilang rasa mood down tu. Dah la Fila ni memang cantik. Bertambah manis la nanti."balas Fahrin.

Terus riak muka Fila berubah kerana dia sedar Fahrin sedang menegurnya. Namun dia tidak tahu ingin membalasnya dengan apa. Fahrin yang sedar akan perubahan muka Fila terus mengubah topik perbualan. "esok lepas kelas, ikut Fahrin tau"balas Fahrin tersenyum manis. Fila memandang wajah Fahrin, memang hensem betul Fahrin di matanya. Takut pula dia jika ada gadis lain meminatinya.

"Filaaa ni orang cakap dia mengelamun pulak"balas Fahrin berpura pura merajuk.

"Elehh yee fila ikut je ke mana Fahrin nak bawak Fila pergi"balas Fila memujuk dan terus tersenyum memandang Fahrin. Fila cuba lupa akan apa yang Kai beritahunya semalam dan fokus pada hatinya yang sedang terbuka luas pada Fahrin.

KawanWhere stories live. Discover now