25

8 0 0
                                    

"Fila!?" jeritnya Isya lalu terus memukul badan kawannya kerana geram.

"aduh aduh, kau dah kenapa ni?"tanya Fila terkejut dengan reaksi kawannya tu.

"soalan apa kau tanya ni? Kau tahu tak aku risau! Call tak jawab mesej tak balas, Kelas pun tak pergi. Kau kenapa ni?"tanya Isya dengan membuat muka marah. Baru fila tahu betapa sakitnya hati dia masa tu.

"ini kan aku dah datang ni. Tak sihat lah sebab tu tak datang before ni"balas Fila selamba.

"Amboi amboi senang je kau cakap ye. Eee kalau tak sihat pun bagitau lah ni diam je"kata Isya geram pulak tengok respon kawan dia macam acuh tak acuh ni.

"Isya, aku dh break"balas Fila sambil memandang muka kawannya dengan senyuman tawar.

"HA? What? Why ? when ? how?"kata Isya terkejut. Tak ada angin tak ada apa break pulak, eh tiberrr. :p

Fila menarik nafas dalam dalam dan terus membuka cerita....

----

3 bulan berlalu dengan begitu pantas. Fila merasakan dia sudah betul betul berjaya menyembuhkan luka di hati. Namun luka yang sembuh pasti akan memiliki parut yang tidak akan hilang. Jadi Fila agak berhati hati dalam berkawan dengan lelaki. Namun persahabatan dia dengan kai sudah mulai akrab dan selesa. Hampir kerap juga Fila berhubung dengan Kai melalui panggilan telefon di waktu malam dan kadang lepak di pondok kegemaran mereka sejak kecil.

Tapi, hari Fila seakan dipanah petir apabila nama lelaki yang sudah lama ingin dia lupakan kini disebut sebut pada harini. Satu kolej kecoh tentang berita Fahrin bakal berkawin dengan anak usahawan terkemuka iaitu Alya. Semua membuat cerita sendiri mengatakan Fila ditinggalkan demi wanita yang lebih baik. Namun itu tidak menjejaskan Fila, yang menjejaskan hati fila adalah berita tersebut seperti mengingatkan kembali perkara yang lalu. Dia terasa seperti parutnya kembali terluka.

Isya risau dan sedih melihat situasi kawan dia sangat terluka itu. Kalau Fahrin ada depan mata dia ni,nak je dia cakar cakar mukanya itu. Tak boleh ni, dia harus lakukan sesuatu !
----

"kenapa ni kai?"tanya Aisya risau akan riak muka Kai yang serius memandang ke arah telefonnya.

"tak ada apa lah"kai hanya senyum memandang Aisya. Tak mahu Aisya risau. Baru sahaja dia ingin menyimpan telefon bimbitnya muncul seseorng di muka pintu. Dia kenal akan satu satunya kawan rapat Fila itu.

"kai we need to talk"kata Isya dengan muka serius.

Kai terus menunjukkan tempat duduk di dalam cafenya pada Isya. Isya faham dan terus duduk. Kai terus membancuh kopi. Isya dah lama tidak bau aroma kopi buatan Kai itu, maklomlah dah lama tak jumpa. Kalau jumpe pun Fila pasti ada sekali.

"so ?"tanya Kai memulakan perbualan setelah duduk berhadapan dengan Isya.

"nak cakap pasal Fahrin"kata Isya terus memandang ke luar café takut takut Fila ada di situ. Dia tahu Fila ingin dia merahsiakan hal tersebut namun apakan daya. Dia ingin yang terbaik untuk Fila.

"about this?"tanya Kai sambil menunjukkan berita perkahwinan Fahrin dan Alya pada skrin telefonnya. Dia tidak tahu apa yang terjadi langsung antara Fahrin dan Fila. Semenjak dari peristiwa Fila menangis, Kai masih menghormati dan menunggu cerita dari Fila. Namun Fila seakan tidak mahu bercakap mengenainya.

"Yes. Fila dah tak dengan Fahrin. Fila kata Fahrin bawak dia jumpa Family fahrin untuk sakitkan hati dia. Dia jumpe tunang Fahrin masa kat rumah tu"balas Isya dengan nada sedih.

"This girl ke tunang dia?"tanya Kai sambil meneliti gambar perempuan di paparan berita itu.

"Ha ah, Tunang dia siap tarik baju dia sampai terkoyak halau dia macam tu je, Fahrin pulak langsung tak cari dia after tu."Kata Isya sedih mengenangkan nasib kawannya.

Kai yang dengar terus rasa bengang. Kenapa dia buat Fila macam tu? Dia jaga hati fila elok elok, senang senang je lelaki tak guna tu nk sakitkan. Mesti Fila down sangat masa tu. Mengenangkan macam mana Fila menangis, makin marah pula kai rasa.

"kai you have to help her"kata Isya sambil membuat muka simpati.

"how?"tanya kai. Dia sebolehnya ingin membantu Fila.

"I know kau sayang Fila. Aku nak kau ada di samping dia selalu. Apa kata kau ajak dia berkawin dengan kau. Kau heal pain dia. Aku tahu dalam hati dia mesti ada rasa sayang dekat kau. Kau tahu tak since dari dulu dia selalu cerita dia suka bila ada dengan kau. Dia happy and dapat lupakan masalah dia"kata Isya.

"What ? kahwin? Tak mungkin dia nak, isya. Aku ni Cuma kawan di mata dia. Tak lebih dari tu"kata kai tunduk.

"kau sayang dia right ? so I hope u know what is the best for her now. Jangan biar di ingat lelaki tu lagi. Aku harap kau rahsiakan ni dulu dari dia."kata Isya terus bangun. Takut dia nk berlama dekat situ nanti kantoi dengan Fila.

"Ofc sayang. Ye aku tahu lah"kata kai lalu memandang Isya yang takut takut untuk keluar dari café dia. Sebagai orang yang mengenali Isya, dia tahu Isya takkan senang senang membuka cerita kawan dia tanpa sebab yang serius.

Tiba-tiba Kai menoleh ke arah dapur. Dia lihat mata Aisya dah merah , pipinya basah mungkin kerana air mata.

Alamak apa yang aku dah cakap tadi? Bisik hati kai.

KawanWhere stories live. Discover now