26

21 1 0
                                    


"Apa yang Papa dah buat ni!"bentak Fahrin.

"ini yang kamu dapat sebab melawan"kata papa Fahrin sambil tersenyum sinis.

Fahrin yang marah terus mencampakkan pasu bunga dari atas meja ke lantai.

"tak malu ke buat macam ni? Macam mana kalau berita ni tersebar sampai ke berita. Tak takut ke ?"kata Fahrin tersenyum sinis.

"ingat aku bodoh ke? Aku dah bayar dorng dengan duit dan mana mana berita pun takkan berani keluarkan statement ni."kata Papa Fahrin atau lebih dikenali sebagai dato Hisham itu.

Fahrin terasa bodoh sangat ketika itu. Perbuatan keji macam ni? Bapa jenis apa ni?

Throwback*

Fahrin banyak kali cuba melarikan diri dari rumah namun kawalan pengawal sangat lah ketat. Berapa kali juga Fahrin dipukul di bahagian perut atau dadanya.

Kalau boleh Fahrin tidak mahu menunjukkan rasa lemah. Dia perlu buat baik pada papanya agar dia dilepaskan dan dapat kepercayaan. Namun sangkaan dia meleset.

Dia pelik apabila ikatan dia dilepaskan. Fahrin terus mengambil langkah memukul pengawal tersebut sehingga pengawal tersebut jatuh. Baru sahaja dia hendak melarikan diri, 3 pengawal yang lain menghalangnya sehingga dia terjatuh mencium lantai. Pengawal tersebut terus menutup mukanya dengan sapu tangan yang mengandungi bahan yang menyebabkan Fahrin pengsan tidak sedarkan diri.

Sedar sedar je Fahrin melihat Alya di hadapan matanya. Jelas pada ketika itu, alya memandangnya dengan pandangan sinis.

"what are you doing here?"kata Fahrin sambil memegang kepalanya.

"for our future? Maybe?"kata Alya sambil mengusap kepala Fahrin. Fahrin yang pada mulanya kelihatan lepu kini faham dengan perangkap papanya setelah melihat persekitarannya.

Fahrin menolak tangan Alya lalu terus berlari ke pintu. Namun, dia sudah terlambat. Ada beberapa anggota JAIS berada di hadapan pintu hotel milik Dato Shaari iaitu bapa Alya.

***

Fahrin terpaksa akur dengan perangkap tersebut. Malahan papanya turut ugut untuk mencederakan Fila jika Fahrin tidak akur akan keputusan papanya itu. Fahrin buntu dan pasti Fila telah membaca berita tersebut. Dia terbayang apa yang Fila rasa terhadapnya sekarang.

----

Fila baring di pondok sambil memandang ke arah langit. Namun penglihatannya di halang oleh kelibat susuk tubuh Kai yang memandangnya sambil tersenyum. Fila terus duduk dan memandang kai.

"sorang je?"tanya kai sambil duduk di sebelah Fila.

"Aik since when pulak aku bawak orang duduk pondok ni dengan aku?"balas Fila pelik dengan soalan kai.

"tanya je jawab elok elok lah"balas Kai sambil menjeling Fila. Geram pulak dia rasa.

"ini mesti sebab dah baca berita kalau tak, tak ada makna nak tanya soalan pelik pelik macam ni"jawab Fila yang dah masak dengan perangai kai. Dah lama kenal pulak.

"eh jangan lah baca fikiran aku ish"balas kai acah acah marah dengan kelakukan Fila padahal dalam hati suka.

"Nothing. Aku dah move on malas nak ingt benda ni"balas Fila lalu mengeluh.

"need someone?"tanya kai.

"someone for what?"balas Fila sambil mengangkat kening.

"someone yang sentiasa ada di sisi?"tanya kai.

"tak perlu pun someone, kau ada dekat sisi aku dah memadai"balas Fila senyum.

"bukan sebagai kawan..."balas kai serius.

"wow, kau baru tahu aku break terus nk try aku ke apa ni?"balas Fila sambil kerutkan keningnya memandang kai.

Kai yang mendengar balasan Fila terus malu. Ish tak berlapik pulak si fila ni bercakap! Direct betul.

"kau pun tahu perasaan aku.. kau tak nak bagi aku peluang ke?"tanya kai tunduk.

Fila terus memandang kai. Cukup lama kai menyimpan perasaan. Betapa ikhlasnya sayang kai pada dia. Sampai dia rasa bersalah menyakiti perasaan kai sebelum ni. Kenapa lah dia nampak Fahrin tapi bukan kai. Haih.

"okay"balas Fila pendek.

"okay what?"tanya Kai sambil memandang Fila dengan mata bulatnya.

"kata nak peluang"balas Fila sengih sedikit. Dia merasakan kai layak untuk diberi peluang. Bukan senang dia nak dapat orang yang betul betul menyayanginya.

"serius ni?"tanya kai dalam hati dia dah berdegup kencang untuk mendapatkan kepastian Fila.

"Yeap, tapi bagi Fila masa dulu. Fila tak nak fikir pasal bercinta. Ni pun last semester lagi sebulan je nak habis. Lepas habis semua ni baru fikir pasal tu"balas Fila bukan apa dia tak nak ini menjejaskan pembelajarannya.

Kai yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya terus senyum sampai ke telinga. Beberapa kali juga menghembuskan nafas sambil tersenyum tidak percaya. Walaupun tak bercinta, tapi Fila memberinya peluang. Kai tidak akan sia-siakan peluang yang diberi.

----

Fahrin memandang sekitar majlis perkahwinan yang sangat meriah namun dia merasakan dia berseorngan di tempat tersebut. Macam inilah rupanya perasaan apabila suatu perkahwinan diatur tanpa kerelaan hatinya.

"senyum lah sikit sayang. Orang pandang kan?"tegur Alya yang mula rasa tidak selesa kerana riak wajah Fahrin ketara menunjukkan dia seperti dipaksa.

"apsal ? kau yang nak sangat kawin dengan aku? Kau terima lah. Kau ingat aku nak layan kau baik baik ke?"tanya Fahrin sambil tersenyum sinis memandang Alya.

"What do you mean?"tanya Alya senyum untuk menutup riak muka takutnya.

"dulu kau boleh lah buat macam macam kan? Sekarang ni kau kawin dengan aku, kau di bawah aku. Kau ingat kau akan bahagia ke?"tanya Fahrin. Namun Alya hanya memandang Fahrin. Kali ni senyumannya tadi hilang.

"aku akan pastikan kau tu dilayan macam tak wujud je."balas Fahrin lagi sambil tersengih memandang Alya.

----

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KawanWhere stories live. Discover now