6

50 1 1
                                    

"take care la Fila gemuk"gurau kai lalu melambaikan tangannya.

"Okay Kai bunchit"balas Fila menjelir lidah.

"Oppss pagi pagi dah nak sweet depan kelas ke? Amboi suka hati bawak masuk stranger depan kelas ni ha?"balas Isya memandang mereka dengan muka geli.

"pagi pagi dah ada orang jeles kan kai?"tanya Fila saje buat suara manja.

"itula lepas ni kai hantar depan u je ok? tak ada la orang nak jeleskan dengan kita dah tau"balas Kai.

"eiiiii dah dah masuk kelas"balas Isya tidak tahan lagi lalu terus menarik Fila masuk ke kelas.

Sebelum kai pergi, Kai terlihat lelaki yang menghantar Fila semalam berdekatan dengannya. Namun kai hanya buat tidak kesah dan berlalu pergi. Terdetik di hati Kai ingin mengetahui siapa lelaki itu.

Fahrin yang dari tadi mendengar perbualan Fila dan kai berasa jeles. Rapat betul mereka berdua sehingga boleh bergurau manja begitu. Kerana setahu Fahrin, Fila agak kasar untuk bergurau manja seperti itu. Bagaimana Boy bestfriend begitu rapat seperti boyfriend pula. Pelbagai soalan bermain di fikiran Fahrin ketika itu. Namun semuanya hanya mampu dipendam. Bukannya dia begitu rapat lagi ingin bertanyakan hal hal seperti itu pada Fila. Fahrin ingin menyembunyikan perasaannya kerana sekarang mereka berada di zon selesa. Takut jika Fila mengetahui hal ini, mereka akan renggang.

***

"okay so now what?"tanya Fila apabila fahrin membawanya ke taman bagi projek Fila.

"okay kt taman ni ada tempat duduk and sekitarnya ada bunga. Tempat yang menarik la kan?"balas fahrin.

"itu je?"tanya Fila pelik.

"Haaa duduk kat kerusi ni . Kejap lagi aku datang"balas Fahrin.

Fila hanya akur dan mengeluarkan kameranya menangkap gambar tempat tempat ini sebagai bahan projeknya nanti.

"tadaaaa"sapa Fahrin tiba tiba dari belakang.

Fila terus bangun dan memandang kon yang dipenuhi aiskrim berwrna wrni. Tinggi pula tu. Tanpa sempat fahrin menerangkan terus Fila menangkap gambar aiskrim itu.

"Kau beli untuk aku kan Thankyou"balas Fila lalu terus mengambil aiskrim di tngan Fahrin.

"eh tengok sana"balas Fahrin.

Fila terus memandang belakang namun tak ada apa apa . Apabila Fila menoleh semula pada Fahrin terus PAP!. Fahrin telah menolah aiskrim itu ke pipi fila. Comot Pipi Fila dibuatnya.

"Okay okay okay aku tak sengaja"balas Fahrin menahan ketawa.

"eiiii apani wei"balas Fila agak mengeluh.

"Sebenarnya sengaja"terus Fahrin ketawa.

"oooo sengaja eh"terus Fila menolak aiskrim Fahrin sehingga comot di mukanya.

"Nak kene kau ni eh"terus Fahrin mengejar Fila. Fila memecut laju. namun tiba tiba langkah Fahrin terhenti.

"kenapa ? Takut ke?"balas Fila mengejek.

"kau akan menyesal nanti baik datang sini"sinis Fahrin.

"kau ingat aku akan terpedaya"balas Fila menjelir lidah.

Namun tiba tiba air memancut keluar dari lantai. Rupa-rupanya Fila berada betul betul di tengah tengah air pancut lantai di taman itu. Fahrin terus ketawa melihat betapa kelam kabutnya Fila di tengah tengah air pancut.

"Aku dah bagitau kan. Kau yang tak percayakan aku. Haa kan dah kene. Padan muka."Gurau Fahrin.

"dah basah dah ni nak borak apa lagi"kerling Fila pada Fahrin.

fahrin terus menarik Fila di hadapannya.

"dah dah tak payah nak tarik muka sangat. dont worry , aku ada ni untuk protect kau. Sentiasa ada kat sini, di sisi kau" balas fahrin lalu membuka jaketnya dan membaluti tubuh Fila yang basah tu.

"eiii cakap macam aku ni lepas kene rompak plak"balas Fila membuat muka macam nak muntah.

"Ha memang la , kene la over sikit baru macho kan?"balas Fahrin sambil mengangkat kening.

"macho la sangat nampak mcm over and gedik ok"balas Fila.

"haa yela apa apa hal meh hantar rumah dulu. siann anak siapa tah basah basah ni. Dah besar besar main hujan lagi"balas Fahrin.

Fila terus membuat muka. Amboi amboi sedap perli orang. Namun tah mengapa, Fila berasa seronok , selesa dan suka cara Fahrin melayannya.


KawanWhere stories live. Discover now