9

47 1 0
                                    

Sedang sibuk kai melayan kerenah pelangganya. Dia ternampak bayang bayang Fila namun senyumannya mati apabila terlihat lelaki yang tempohari menyebabkan hatinya gundah dan sakit bila melihat dia bersama Fila. Kini Fila membawa pula lelaki itu berjumpa dengannya. Bagaimana dia ingin menyembunyikan sakit hatinya kali ni?

"Kaii"sapa Fila ceria.

Kai hanya tersenyum dan ekor matanya tak putus putus memandang orang yang dibawa Fila itu.

"Ini saya kenalkan , Fahrin . Kawan sama course Fila"balas Fila memperkenalkan Fahrin pada kai.

"Nice to know u."balas Fahrin lalu menyuakan tangannya untuk bersalam.

"kai"balas Kai pendek dan mencapai salam Fahrin.

"Okay la kai, Aku nak buat kerja sikit ni."balas Fila lalu terus mengambil tempat duduk berdekatan dengan kaunter cupcake. Fahrin turut duduk bertentangan dengan Fila.

"Nak jus apple dengan cupcake strawberry tak?"tanya kai kerana itu merupakan makanan yang menjadi kegemaran Fila bila dia singgah ke cafe milik kai.

Fila mengangguk suka. Fahrin memerhati gelagat Fila dan dari situ dia tahu banyak yang kai tahu tentang Fila.

Jam menunjukkan 3 petang dan keadaan cafe kai kelihatan lenggang kerana waktu rehat tengahari bagi pekerja telah tamat. Jadi kai mengambil keputusan untuk duduk sekali di sebelah Fila. Fahrin yang sedari tadi duduk dengan Fila agak diam membatu kerana Fila kelihatan fokus dengan kerjanya. Namun bila kai duduk sekali, Fila terus memberhentikan kerjanya.

"Banyak sangat ke dari tadi tak berhenti"tanya Kai risau.

Fila hanya mengeluh. Terus kai mengambil cawan jus apple tadi dan menyuakan ke mulut Fila. Kai tahu kalau Fila mengeluh bermakna dia penat dan kehausan untuk bercakap. Dia amat kenal dengan sifat manja Fila. Walau kadang kadang guraunya agak kasar namun perbuatan Fila jelas menunjukkan dia amat manja. Fahrin memerhati dengan hati yang sakit , sungguh dia cemburu dengan apa yang ditatapnya kini.

Kai yang memerhati Fahrin diam membisu terus saje kai memulakan percakapan antara mereka. "Dah lama ke kenal Fila?"tanya Kai spontan.

"em hampir sebulan dah. Fila dengan kai ni dah lama ke berkawan"balas Fahrin yang agak ingin tahu dengan hubungan mereka.

"kitorang kawan since lahir lagi . sebab Fila dengan Kai berjiran. dah 23 tahun kitorang kenal"balas Fila agak ceria menceritakan tentang sahabat baiknya itu.

"Oo patutla nampak rapat"balas Fahrin lega mengetahui hubungan mereka dari mulut Fila sendiri. Dia tenang kerana pada dia ketika itu, jika dah lama kenal dan masih berkawan bermakna Fila pasti tidak mempunyai perasaan pada Kai.

Kemudian, fahrin meneliti jam di tangannya . Pasti Bu nona risau jika dia tidak pulang lagi sekarang. Fahrin kemudian meminta diri. Fila terus bangun dan menghantarnya ke pintu.

"Ingat aku tolong haritu bukan percuma"balas fahrin tersenyum nakal.

"Eleeh , kau nak apa"tanya Fila.

"Kau kene keluar makan dengan aku 5 kali tau"balas Fahrin mengangkat keningnya.

"Elee tu je. Okay 5 kali pastu jangan ungkit dah"balas Fila lalu menjeling fahrin tajam.

Fahrin sekadar ketawa dan beredar . Sempat dia menoleh dan melambai pada Fila. Fila tersenyum menampakkan giginya yang rata. Manis senyumannya.

Kai yang memerhati cuba mengawal perasaannya. Dah sampai masanya dia lepaskan sahaja perasaan ini. Dia sepatutnya melepaskan Fila supaya Fila boleh bahagia dengan hidupnya. Pada dia, kebahagiaan Fila amat penting berbanding dengan dirinya. Dia telah berjanji dari kecil untuk melindunginya dan pastikan dia bahagia. Walau janji itu keluar dari mulutnya sewaktu berusia 6 tahun.

***

Baru sahaja Fila ingin melelapkan matanya namun tiba tiba telefonnya berdering. Panggilan itu datang daripada Kai. Pelik, kenapa pula Kai tiba tiba menghubunginya. Dah lewat pula tu. Namun Fila terus sahaja menjawabnya.

*telefon*

Fila: ye kenapa?

Kai: bukak la tingkap kejap.

*talian tamat*

Terus sahaja Fila membuka tingkapnya. Kai menghulurkan dutch lady dari tingkapnya. Nasib rumah mereka tak ada la sejauh mana jaraknya. Jadi Fila mampu mencapai Dutch lady yang dihulur namun tiba tiba baru sahaja dia ingin mengambil, kai memegang tangannya.

"nak tak kawin dengan aku?"tanya Kai tiba tiba. Fila terus ternganga dengan soalan kai. Kai terus membulat matanya menyedari silapnya.

"Ha ingat tak masa dulu kita main kawin kawin and selalunya air ni la kau bagi dekat aku"cover kai, berdebar pulak hatinya ketika itu. Fila terus ketawa teringatkan kenangan itu. Kai lega kerana Fila tidak salah sangka akan apa yang dia telah kata.

"Fila, aku sayang ...kau em sebagai kaw..an"balas kai.

Fila pelik dengan perangai kai namun dia hanya biarkan. "Aku pun sayang kau, so jangan tinggalkan aku. Kau kene ada masa jatuh dan naik"balas Fila tersenyum. Fila menguap dan membuat muka tanda dia ingin tido terus sahaja dia menutup tingkap biliknya.

'Aku kene jugak tinggalkan kau satu hari nanti supaya bahagia dengan orang lain. Sebagai kawan, aku tak nak jadi penghalang'kata kai pada dirinya sendiri dan terus menghembus nafas yang panjang.


KawanWhere stories live. Discover now