16

35 1 0
                                    

Fila baru sahaja ingin mengetuk pintu namun terhenti. kenapa riuh sangat ni? tanya Fila pada dirinya. Atas rasa ingin tahu Fila terus mengetuk pintu. 

"Tu mesti Fila tu kan, ha masuk laa"kata mama Kai dari dalam rumah.

Fila terus menjejakkan kaki ke rumah. Berdegup kencang hatinya memikirkan bagaiman mahu menatap muka kai. Fila terus menyalam tangan mama kai apabila sampai di ruang tamu. Kemudian matanya tertancap pada seorang gadis ayu bertudung. Nampak manis. Fila pelik siapa agaknya gadis itu. Melihatkan Fila yang tidak habis habis merenung gadis itu, mama Kai terus memperkenalkannya.

"Ini Aisya, pekerja baru kat cafe Kai. Ha aisya ni Fila kawan rapat kai dari kecik ni"kata Mama Kai memulakan perbualan antara mereka.

Aisya terus menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengukir senyuman manis. Fila menyambutnya.

"banyak yang saya dengar pasal awak dari kai"kata Aisya tersenyum. Fila hanya membalas senyuman kemudian dia memandang muka kai. Kai langsung tidak memberi riak tanda akan kehadirannya.

"Ha Fila ni mesti datang sebab sarapan tidak habis kan?"tegur mama Kai apabila suasana senyap.

"Ha ah laaa, pandai mama tekaa"kata Fila lalu menunjukkan bekas spaghetti pada mama kai. 

"Sedapnyaaaa bau. boleh la makan sama sama lepas ni kan?"kata mama kai lalu memandang ke arah kai dan Aisya.

"Fila mesti busy sebab ada kelas. lepastu nak kene jumpa kawan lagi"kata kai namun kedengaran menyindir kerana dia menekankan perkataan "kawan". Muka Fila berubah. Kai sedar akan gurauannya melebihi batasan, terus dia memandang tempat lain dan mengetuk bibirnya. Kai diulit rasa bersalah.

"ha ah fila ada kelas harini. awal pulak tu. Minta diri dulu. Makan banyak banyak eh mama"kata Fila lalu beredar. Kai memerhati Fila sehingga hilang.

Selepas keluar terus Fila melompat. "Eyyyyy tak guna. ingat aku tak tahu nak pergi sendiri ke! Tak payah la halau. Tahu la kawan baru dia tu cantik. Baik! nak banding dengan aku yang....."terus Fila memegang rambutnya. "Apa salahnya free hair! bukannya free hair ni jahat pun.... ahhhh apa yang kau merepek ni Fila. tak ada siapa kata kau jahat aish"terus Fila mengetuk kepalanya. 

__________________________________

"kenapa kau ni Fila , murung je aku tengok"tegur isya yang sama sama lunch dengan Fila dan Fahrin. Fahrin turut memandang muka Fila dengan penuh kerisauan.

"aku marah dengan kai ni la. Kau tahu tak dia halau aku ? eyai tahu la dia ada apa sape tu Aisya aduh nama pun lebih kurang kau je Isya. eeee tak puas hati la mcm ni"kata Fila dengan geram. Terus dia mencucuk cucuk mee gorengnya guna garfu.

"Aik kau nak salahkan nama aku pulak ke?"kata Isya memuncungkan bibirnya tanda terasa. Fila yang perasan terus tersengih rasa bersalah.

"Marah ke jeles?"tanya Fahrin terus menggumam bibirnya. Fahrin memandang anak mata Fila. GULP! 'Dia tengah saiko aku ke ni?'detik Fila dalam hati. Melihat keresahan Fila, Fahrin pura pura ketawa.

"orang gurau je, buat muka mcm tu pulak. Biar la nak jeles pun kan. Siapa kata dengan kawan tak boleh jeles? Lagi lagi dah kawan lama kan?"kata Fahrin tergelak yang dibuat buat.

Fila diam seribu. Isya terus menyiku lengan Fila supaya memberi respon. "Eh ha ah la. betul tu. Lagipun Fila cuma marah dia halau Fila. Cuma marah ala biasa la kan kawan bergaduh. Lain la dengan Fahrin kan?"kata Fila sambil tersengih.

"Kenapa dengan fahrin?"tanya Fahrin. ADUH ! terus fila mengetuk kepalanya kerana main cakap. Fila diulit rasa tak selesa.

"Mesti la sebab kau kan buah hati cinta pengarang jantung dia"perli Isya kemudian ketawa. Fahrin yang dengar tersenyum senyum sampai ke telinga. Fila membuat muka lalu terus menunduk. Malu woii !

_______________________________

Fahrin baru sahaja pulang ke rumah. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Ingatkan kalau papanya berada di rumah, dia akan berasa ada orang menanti kepulangannya namun yang dirasakan hanya kesunyian. Fahrin terus menjejakkan kaki ke atas.

"Fahrin"tegur papanya.

Fahrin terus menoleh ke belakang. Mungkin ini peluangnya untuk berbual bersama papanya. Papanya membuat simbol supaya Fahrin mengikutinya ke bilik tidurnya.

"Ada apa papa?"tanya Fahrin.

"kamu ni bila nak habis belajar?"tanya papanya dingin.

"Ha? em ni last semester lepas tu dah la"kata Fahrin tunduk kerana takut akan kedinginan papanya itu.

"Okay lepas belajar papa nak kamu ikut plan papa"balas papanya.

"Plan? Plan apa?"tanya fahrin pelik.

"Kamu ni banyak tanya la. Habis siapa nak ganti tempat papa. Papa nak kamu mula dari awal faham? sekarang kamu kene jumpa banyak orang. Pastikan kamu buat baik. Jangan buat masalah. Faham?"balas papanya lagi. Kali ni kedengaran semakin tegas.

"Baik la papa"balas fahrin akur.

"Malam ni kamu kene ikut papa. Pakai pakaian yang papa dah letak atas katil. Macam papa cakap jangan buat masalah. Now u can go"balas papanya lalu terus menghadap tempat lain. Dia tak mahu bertentang mata dengan anaknya itu. Fahrin terus beredar. Dia merasakan seperti tak disayangi. Lebur hatinya tatkala itu.

KawanWhere stories live. Discover now