23

12 0 0
                                    

"papa kenapa susah sangat nak terima Fila? Papa kene kenal dia dulu baru papa tahu betapa betulnya pilihan yang Fahrin buat"kata Fahrin cuba untuk memujuk papanya.

"tak ada gunanya fahrin"balas papanya sambil senyum sinis dan terus menepuk tangannya seperti satu isyarat. Masuk 4 pegawai keselamatan rumahnya dan terus memegang Fahrin dan mengikatnya pada kerusi. Mulut Fahrin juga ditutup.

Fahrin meronta ronta ingin dilepaskan. Fahrin tak sangka papanya sanggup buat dirinya macam ni. Tiba tiba Fahrin terdengar suara perempuan menjerit dan bunyi mangkuk pecah. Fahrin terkedu. Fila !!

Semakin kuat Fahrin meronta, serentak dengan itu , pengawal tersebut menumbuk perutnya. Fahrin semakin lemah.

"Ini la jadi kalau kamu lawan cakap papa"kata papanya sambil senyum sinis.

'maafkan aku fila'kata Fahrin dalam hati.

----

Seperti hari kebiasaan, apabila cafe ditutup, Aisya akan membersihkan setiap ruang dalam café tersebut. Kai yang sedang meneliti hasil daripada cafenya harini terus melihat jam pada dinding café yang menunjukkan pukul 11.30. Café yang sepatutnya tutup pada pukul 10 harini berlanjutan sehingga 11 kerana ada pelanggan yang menempah cafenya untuk menyambut birthday. Kai terus memandang Aisya. Bukan apa risau je dah malam macam ni, bahaya untuk perempuan. Kai terus menghampiri Aisya.

"Aisya, biar kai sambung kemas. Better you balik dah lewat ni"kata kai sambil mengambil mop di tangan Aisya.

"Haaa risau lah tu. Tak apa lah kalau balik sekarang pun memang dah lewat."kata Aisya senyum.

Kai memikirkan ada betulnya kata-kata Aisya tersebut.

"Em apa kata u teman I balik?"tanya Aisya sambil memandang Kai.

"Okay tapi naik apa?"tanya Kai hairan sebab dia ke café pun jalan kaki je kerana berdekatan dengan perumahannya.

"naik taxi ke grab ke? Tak kesah lah asalkan kai ada teman. Tak ada lah takut sangat"kata Aisya sambil mengangkat keningnya.

Kai hanya mengangguk tanda setuju.

"by the way, tak salah kan kalau nk tanya soalan personal?"tanya Aisya sambil memerhati riak wajah kai.

"what kind of soalan personal?"tanya kai pelik.

"alah soalan cliché. Kai ni hensem je lepastu baik tak akan lah tak ada girlfriend ke?"tanya Aisya sambil tunduk kerana malu.

"tak ada pun. Sebab tak berminat kot?"balas kai selamba.

"tak minat perempuan maknanya...."kata Aisya sambil mengecikkan mata dan tersenyum nakal.

"Aisya! Kai waras lagi okay"balas kai geram pulak tengok muka Aisya yang nampak agak comel tadi. Terus ketawa Aisya tengok muka kai bila kene sakat.

"kai pun dah tua, tak nak cari sesiapa ke nak jaga kai di sisi? Ecer"tanya Aisya lagi tersengih.

"kenapa? Aisya nak jaga kai ke?"usik kai sambil smirk.

"kalau nak?"tanya Aisya. Dia dapat rasakan jantungnya berdegup kencang. Dupdapdupdap... suasana terus sepi. Kai terus memandang ke arah lain. Mana tak nervesnya, soalan direct macam tu.

"ish aisya ni suka eh kenekan kai macam tu"balas kai agar suasana awkward tu hilang.

"Aisya serius ni. Aisya suka dekat kai"kata Aisya terus jujur. Bukan senang bagi dia untuk dapatkan keberanian ni jadi harus digunakan sebaiknya. Takut melepas nanti. Pada dia, lebih baik dia yang memulakan langkah tersebut, tak ada konsep "perigi cari timba" dalam hidup dia. Dia nak dia akan cuba.

"tapi Aisya..."kai tidak tahu cara dan ayat yang terbaik untuk menolak perasaan Aisya. Bukan apa rasa sayang dia pada Fila ni tidak menghilang lagi. Takkan menghilang kot?

"tak apa. Aisya tak nak kai jawab sekarang pun. Cukup lah sekarang ni kita kawan dan lagi kenal each other right? Aisya pun tak nak bercinta, Aisya nak terus serius dari itu."kata Aisya yang nampak nekad. Bukan apa, dia tak mahu melengahkan masa untuk bercinta. Kan lebih baik kawin, mesti lagi cinta!

"Okay lah rasanya lebih baik kai hantar Aisya balik sekarang. Dah lewat sangat ni" kata kai mengalihkan topik. Tak selesa betul rasanya.

Aisya hanya senyum dan terus mengemaskan barangnya untuk pulang.

----

Selepas turun dari taxi, Fila terus menangis namun ditahan kerana dia berada di hadapan rumah. Takut ayahnya mendengar suara dia. Tak akan dia nk pulang dalam keadaan yang macam ni. Pasti papanya akan tanya dan risau. Jadi Fila membuat keputusan untuk duduk di pondok sambil menelefon kai. Dia tak tahu nak cari siapa dan buat apa sekarang. Hanya kai yang terlintas di fikirannya.

Namun panggilan demi panggilan yang dibuat tidak diangkat dan hanya masuk pada peti simpanan suara. Tiap kali panggilan tidak diangkat, menambahkan luka dan sakit di hati Fila.

Kai! I need you so bad...

----

KawanWhere stories live. Discover now