17

31 1 0
                                    

Fila memandang luar kampus. Hujan masih lebat namun jam hampir menunjukkan waktu maghrib hampir tiba. Menyesal fila sebab tertidur kt library lepas seharian menghadap assignment.

"Payung dah la tak bawak aishh.."keluh fila dalam hati lalu terus duduk di tngga. Macam biasa la fila ni tak boleh sorang sorang nanti berangan.

*throwback masa form 1*

Fila berdiri di pondok pak guard sambil merenung awan. Fila terus mengeluarkan tngannya untuk menadah air hujan.

"Bila nak berhenti ni nanti papa risau haih"keluh fila mula tidak senang duduk.

"Redah je laaaa eish"kata fila kepada dirinya. Terus dia menggunakan kedua belah tngannya untuk menutup kepalanya walau dia tahu benda tu tk berguna pun. Tetap basah jugak. Terus fila keluar dri pondok.

Bamm! Fila terlanggar kai yang berada di hadapannya. Kai memandang payung yang dipegangnya lalu mengangkat kening pada fila tanda tidak puas hati.

"Kau pahal nak redah redah je ni. Sabar boleh en. Kan aku kata kalau nak buat apa apa fikir dulu. Aku ada je untuk kau waktu kau susah eeeyai"kata kai lalu menolak kepala fila.

Fila tersenyum. Memang la bila dia susah, kai ada je kat situ. Tapi bukan dia boleh jangka pun yang tiap masa kai akan ada untuk dia.

"Senyum senyum apa tu eee. Nasib aku kawan yang baik tau nak perhatikan 24 jam eh mcm seram pulak"kata kai lalu tergelak.

Fila hanya senyum memandang kai. Dia suka dngr suara kai ketawa dan marah marah dia.

*done throwback*

Fila hanya tersenyum kelat memandang ke bawah lantai.

"Apa la haih masa mcm ni plak nak teringat"kata fila lalu menggelengkan kepalanya. Baik gerak dulu karang mcm mcm teringat, kata fila dalam hatinya. Fila terus amik nafas yang panjang dan dongakkan kepalanya.

"Nak balik?"tanya kai di hadapannya.

Fila kaku. Terkejut. Dan terus menggosok matanya. Takut takut dia masih dalam angannya.

"Tak percaya pulak dia. Kan aku kata aku akan ada bila kau susah. Sorry kalau aku jadi punca semu..a.. Ehh"kata kata kai berhenti.

Air mata fila mengalir tanpa dia sendiri tahu kenapa. Yang fila tahu , kawan dia , kai yang dia kenal selama ini berada di hadapannya. Kawan yang dia rindu untuk gila gila selalu. Terlalu banyak berubah dalam masa terdekat. Mungkin kerana itu, air matanya mengalir dgn deras. Betapa penting kau dalam hidup aku , kai.

Kai terus menarik lengan baju fila untuk berada dekat dengannya dan berteduh dri hujan di bawah payung yang dibawanya.

"Jangan la menangis, jom balik"kata kai lalu membawa fila pulang.

"Kita singgah la tempat kita"kata fila sambil memandang tempat lain kerana tidak mahu kai memandang air matanya yang mengalir.

***

"Kenapa kita ke sini pa?"tanya fahrin pada papanya dengan pandangan yang pelik.

"Nak jmpa kawan kawan papa la"kata papanya lalu terus masuk ke dewan yang nampak agak elegen di luarnya.

Serentak fahrin masuk ke dalam dewan, terus tepukan gemuruh memeriahkan dewan tersebut.

Fahrin pelik dan memandang sekeliling. Papa fahrin tiba tiba memeluknya dan mengusap bahunya.

"Okay dato, kenalkan la anak dato pada kami di sini haaa. Bukan main hensemm lagi tuu"kata juruacara majlis dengan penuh ramah.

Papa fahrin terus menarik fahrin dengan senyuman yang lebar.

Fahrin pelik, adakah ini papanya atau sebenarnya topeng yang disarungkan untuk membawa dirinya ke tempat yang baru. Tempat yang menakutkan. Riak muka fahrin terus menunjukkan takut dan gementar akan apa yang bakal dilaluinya selepas ini.

***

Fahrin trlalu banyak senyum di majlis itu sampai sakit pipinya. Papa fahrin tiba tiba membawa seseorang bersamanya.

"Ooo ni la fahrin yang dato banggakan sngt tuu"kata seorang lelaki yang agak berumur juga. Pakaiannya berjenama dari atas sampai bawah. Bukan calang calang orangnya.

"Ha ni pemilik syarikat baju berjenama legacy tu. Dato shaari" kata papa fahrin memperkenalkan dato shaari pada fahrin.

Fahrin terus menyambut huluran sala dari dato shaari itu.

"Kenapa nak dato dato pulak ni. Janggal. Panggil papa shaari je la"kenyit mata dato shaari pada fahrin.

Fahrin pelik. Terus papa fahrin ketawa.

"Saya tak bagitau dia lagi haaa yang kita dah tahu."kata papa fahrin ketawa lagi.

Fahrin hanya sengih. Dia masih tak faham akan apa apa yang berlaku. Tiba tiba seorang lagi datang ke arah mereka.

"Ha ni alya, orang yang minat sangat tengok muka kamu. Sampai tak sabar sabar nak kenal. Ni nama dia fahrin"kata dato shaari pada anaknya.

Alya hanya tersenyum malu dan menunduk.

Fahrin terkedu. Apa semua ni? Papa fahrin hanya tersenyum melayan alya dengan ramahnya.

"Kejap ye saya nak ada masa berbual dengan fahrin ni haa" kata papa fahrin lalu menarik lengan fahrin perlahan.

Papa fahrin terus melepaskan lengan fahrin apabila sampai di luar pintu dewan.

"Apa semua ni pa ?" tanya fahrin dengan riak risau akan tindakan papanya itu.

"Kita perlukan dia. Dia berpengaruh. Kamu ingt kamu senang je nak stay dalam syarikat tu kalau kamu ni tak ada back up langsung. Kan papa kata tadi ikut je rancangan papa. Sekarang semua dah kenal kamu. Jadi jangan buat masalah. Org akan cari point kamu. Kalau boleh nak keluar , bawak orang yang papa upah" kata papanya lalu ingin masuk semula. Fahrin terus menarik lengan papanya.

"Jangan bantah. Masuk sebelum orang pelik dengan kita"kata papa fahrin lalu melepaskan pegangan fahrin.

Fahrin hanya menghembus nafas yang panjang dan memegang kepalanya yang masih buntu dan terkejut.

KawanWhere stories live. Discover now