"Diana kau ni memang sengajakan nak carik pasal dengan aku," bentak Suraya sambil menolak ku ke belakang. Geng Suraya mencebikkn muka.
"Cari pasal ape?" Tenang aku menjawap
"Kau jangan nak tipu akulah. Semalam Ramzan ada bagi tahu kau, kau cuba nak goda dia kan?!" Marah dia
"Kau sengaja menempah maut kan?" Bentak dia
"Kalau aku nak menempah maut pun, bukan kat kau tapi dekat Allah," tenang aku menjawap
"Sial! Kau perempuan! Jaga kau," Suraya cuba mengugut ku dan berlalu pergi. Tia hanya berdiri melihat aku, kemudian dia ketawa melihat aku dibuli, Tia datang
"Kenapa kau tak tolong aku tadi," soal aku
"Aku tak kenal kau pun, buat apa aku nak tolong kau," senang dia menjawap
"Selama ni aku yang tolong kau, kau tak kenal aku dah," sayu aku menjawap
"Aku cuma pergunakan kau jer, dah lah bye aku pergi dulu," selamba dia pergi
Aku hanya mampu menahan sakit hati.'kurang ajar kau Ramzan''sampai hati kau Tia' sinis aku. Air mata ku mula tinggal menunggu saat ia menitis. Cepat cepat aku beredar dari situ, menuju ku perpustakaan. Aku duduk di sudut penjuru perpustakaan, tak de orang kat situ bolehlah aku melepaskan air mata yang sudah lama menahan untuk jatuh kepipi. Akhirnya, empangan air mata ku sudah pecah, mengalir deras dipipi ku.
Cepat aku menunduk menutup muka ku dengan tangan. Kedengaran seperti ada seseorang sedang menarik kerusi dihadapanku, ia duduk lalu memegang tangan ku dengan sayu. Perlahan lahan aku mendongak keatas. Alangkah terkejutnya aku melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang memandang ku dengan sayu. Cepat cepat aku menarik tangan ku daripada genggamannya dan mengesat sisa air mata yang tertinggal.
"Awak okey?" Soal dia
"Kau siapa?" Serak suara ku kerana baru lepas menangis
"Saya Iqmal, awak janganlah nak menangis lagi," pujuk dia
"Saya tak kenal kaulah, pergi," sayu aku menjawap
"Tak apa, nanti lama lama awak akan kenal saya," dia berlalu pergi.
"Siapa dia tu?" Pelik aku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ring!!!!!!Semua pelajar telah pulang kecuali aku yang masih termenung.' Siapa Iqmal?' Monolog aku. Tiba tiba tangan ku ditarik aku terkejut.
"Eh, kau nak apa?" Soal aku kepada seorang lelaki.
"Nah," sambil menghulur sebuah kotak yang kecil
"Untuk aku ke ni, Iqmal?" Aku mengambil kotak itu.
"Ye, nanti bukak kat rumah tau,"
"Terima kasih, by the way kita pernah berjumpa ke?" Soal aku
"Ade dekat library," sambil Iqmal tersenyum
"Selain dekat library," geram aku
"Mungkin ada, tapi awak yang tak ingat," dia berlalu
"Oh, terima kasih tau!" Aku pun pergi
*********************
"Assalamualaikum," aku masuk, mana semua orang ni."Mak! Ayah!"
Tiada sahutan, aku melilau mencari mereka, sampai di dapur aku terlihat sekeping nota di peti sejuk.
'Mak takde kat rumah, hantar akak kamu pergi asrama. Duit mak dah letak ada dekat atas meja bilik kamu. Malam nanti mak balik'
Sayang mak
'Hmm yelah' aku menapak ke bilik air untuk bersihkan diri. Usai mandi aku menunaikan solat Zohor. Usai solat, aku baring di atas katil sambil memikirkan sesuatu,
"Siapa Iqmal?" Soalan itu masih lagi didalam fikiranku. Aku bangun ke meja belajar, buku aku buka kerja sekolah aku siapkan. Akhirnya aku terlena di atas meja belajar.
Hampir aku terlupa bungkusan hadiah yang diberi oleh Iqmal aku belek. Goncang sikit, takut takut ada katak ke, sikit sikit aku siap pembalut hadiah itu sehingga habis.
"Wow gelang lah," gembira aku. Ini kali pertama ada orang lelaki yang memberi hadiah begini kepadaku. Seronoknya..
YOU ARE READING
Siapa Kau?✔
RandomDiana yang sering melemparkan senyuman kepada semua orang mempunyai kisah peritnya yang tersendiri. Hadirnya Iqmal dalam diri Diana telah merawat lukanya, namun hanya sementara. Diana sengsara ditelan oleh kegelapannya sendiri. Haikal muncul memberi...