Bab 16

126 7 0
                                    

"Alhamdulillah, " kata Haikal sambil menutup buku panduan solat.

"Diana, nanti masa solat Zohor. Kita latih lagi ye," pesan Haikal kepada Diana yang berada di hadapannya

"Okey, terima kasih doktor," balas Diana.

Haikal bangun menuju ke laci lalu menyimpan buku tersebut. Ya, selepas selesai terapi Haikal terus mengajar Diana tentang panduan solat. Alhamdulillah, Diana cepat belajar. Tak sampai 2 jam dia sudah boleh menghafal, dan membaca dengan lancar

"Diana, mari sini," pinta Haikal setelah duduk di atas katil dan menepuk katil

Diana mengangguk lalu menuju ke arah Haikal

"Ada apa Doktor,?" Soal Diana. Terus badan Diana di peluk erat oleh Haikal. Diana hanya berdiam, tak tau apa yang sedang berlaku

"Terima kasih sebab bagi doktor peluang untuk rawat Diana," kata Haikal, pelukan tidak dileraikan.

"Ha.. sama sama," balas Diana bersahaja. Dia tengah blur, tiba tiba kena peluk. Peliknya..

"Doktor ada satu permintaan. Boleh tak Diana tunaikan," pelukan di leraikan. Matanya menikam anak mata Diana.

"Boleh," Diana mengangguk

"Mulai saat ni boleh tak Diana panggil doktor abang?" Matanya masih lagi memandang wajah Diana yang polos itu.

"Abang? Kenapa , kan kalau panggil doktor dah okey," kata Diana yang masih lagi tidak mengerti akan maksud Haikal

"Ala, kita kan dah kahwin. So, doktor nak lah ada panggilan manja. Boleh..," rengek Haikal.

"Okeylah kalau macam tu dok.. eh.. abang," kata Diana. Dia masih lagi belum selesa dengan panggilan abang

"Doktor nak dengar sekali lagi Diana panggil Doktor abang," kata Haikal manja. Tiba tiba rasa bahagia sekejap

"Abang," jawap Diana lurus.

"Wah, bahagia sekejap. Terima kasih Diana," sambil mencuit hidung Diana.

"Abang, " panggil Diana

"Ye, sayang," jawap Haikal, muka Diana tiada perubahan, selalunya kalau perempuan di panggil sayang mulalah muka merah, tahan malu. Tapi Diana relax je macam tak ada apa.apa.

"Nak tau tak, masa kita kahwin hari tu. Diana ada jumpa seorang mak cik ni tau," Diana mula bercerita

"Dia cakap, nanti malam pertama layan suami elok elok tau, apa maksudnya? " sambung Diana.

Haikal terdiam. Tiada orang tau tentang penyakit Diana kecuali mak, abah dan mak su nya iaitu doktor Laila. Itu sahaja, kalau semua orang tau habis jatuh nama keluarga kena kutuk 24 jam.

Diana melambai lambai kan tangan kanannya pada muka Haikal

"Abang dengar tak ni,?" Kata Diana.

Haikal tersedar daripada lamunannya. Kuat berangan betul lah Haikal ni. Dia menggari tengkoknya yang tidak gatal

"Eh.. em..  apa Diana tanya tadi?" Sah, nampak sangat Haikal ni kuat berangan

"Hish, Diana tanya apa maksud malam pertama? Malam tu lain ke dengan malam macam biasa?," tanya Diana.

"Oh, Diana ingat tak masa Diana menangis lepas kita nikah,?" Soal Haikal.

"Ingat,"jawap Diana lurus

"Kan kita berpelukan, kan. Kan. Itulah malam pertama," terang Haikal. Jangan detail sangat nanti tak tidur malam. Haha, okey tak lawak

"Ye ke? Diana tak rasa apa apa pun masa tu," balas Diana, dia masih tak faham apa yang terjadi.

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now