Bab 9

152 11 0
                                    

"Ustaz, saya nak tidur lah, dah mengantuk ni," ujar Diana yang sedang menguap

"Okey lah, jom. Ustaz bacakan buku ni ye," ustaz Shahrul menuju ke arah Diana.

"Okey," balas Diana yang sudah memejamkan mata nya.

Ustaz Shahrul adalah orang kedua yang akan menjaga Diana, selain maknya. Ustaz Shahrul juga yang mengetahui dahulu tentang penyakit Diana.

"Okey, pada zaman dahulu ada seorang puteri yang bernama.....bla..bla...,"
Sesi membaca buku pun bermula. Doktor Laila hanya melihat sahaja.

***
"Assalamualaikum, selamat pagi Diana," sapa doktor Laila yang sedang menolak kerusi roda

"Waalaikumussalam, selamat pagi jugak Doktor," balas Diana.

Hari ni mood Diana baik, dia akan gembira

"Jom kita pergi taman, Diana duduk kat atas kerusi roda ni ye," arah doktor sambil menarik tangan Diana

"Tak nak, Diana nak jalan kaki biar sihat. Diana nak sihat," bersemangat Diana.

"Suka hati Diana lah, jom,"Diana memimpin tangan doktor Laila

"Doktor, mana Iqmal?" soal Diana sambil memeluk patung panda yang diberikan oleh ustaz Shahrul.

"Iqmal... tak datang kot," doktor Laila jawap acuh tak acuh

"Ala... ye ker. Tapi dia sendiri cakap yang dia akan selalu datang sini,"

Diana mengeluh.

"Diana, jom masuk dah tengahari ni " doktor Laila bangun

"Okey, jom!" Semangat Diana masih lagi belum luntur. Diana hanya membantuti doktor Laila.

***
"Doktor Laila, bila doktor akan dipindahkan?" Soal doktor Farah aka kawan sekerja doktor Laila.

"Dalam minggu ni, nasib baik anak saudara saya yang akan gantikan saya kat sini. So, senang sikit kerja saya," doktor Laila agak mengeluh sedikit kerana dia harus dipindahkan ke hospital yang lain.

***
"Assalamualaikum, mak su sihat?" Sapa seorang jejaka yang tampan rupanya.

"Waalaikumussalam, la, Haiqal kenapa tak bagi tau dah sampai, mak su sihat alhamdulillah je kat sini," panjang doktor laila bercakap. Maklumlah excited jumpa anak saudara.

"Hehehe, Haikal tak nak susahkan mak su. Lagipun Haikal dah sampai pun," Haikal hanya tersengih

"Jom, jumpa pengarah," ajak Doktor Laila.

Haikal berjalan di sebelah doktor Laila. Beberapa orang pesakit yang berselisih di dengan Haikal pasti akan tersenyum sendiri. Lelaki dan perempuan sama je tersengih sorang sorang.

***
"Mak su nak tunjukkan kamu bilik pesakit yang mak su jaga," doktor Laila dan Haikal menuju ke sebuah bilik yang terletak di hujung koridor bangunan.

Pintu di kuak, kelihatan seorang perempuan yang tidak memakai tudung sedang duduk bersila di atas lantai sambil memeluk patung panda, dan dia gelak sakan.

"Assalamualaikum, Diana sayang kenapa duduk atas lantai ni. Duda kat atas katil sana," kata doktor Laila sambil menarik tangan Diana untuk bangun.

"Ala.. Doktor, Diana tengah berborak dengan panda ni. Dia kata nanti Iqmal nak datang," keluh Diana

"Yelah, kalau nak berborak pun duduklah kat atas kerusi ke atas katil. Ni tak duduk atas lantai, kotor tu lantainya," doktor Laila mula membebel

"Hmm.. yelah.. yelah," rungut Diana lalu bangun dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Ni doktor Laila nak kenalkan penjaga baru Diana, namanya Mohd Haikal Amin bin Firdaus. Dia yang akan jaga Diana lepas ni," sambil memegang bahu Haikal

"Ha.. penjaga baru. Doktor Laila nak kemana? " soal Diana

"Doktor nak pergi ke?"

"Doktor nak tinggalkan Diana ke?"

"Doktor janganlah pergi,"

Semua persoalan telah diajukan kepada doktor Laila

"Doktor nak pergi ke hospital lain, sebab ada lagi ramai pesakit yang perlukan pertolongan doktor," terang dan panjang doktor Laila bercakap

"Sudah tentulah doktor sayangkan Diana," sambung nya lagi

Haikal yang dari tadi berdiri di situ hanya menjadi pemerhatian sahaja. Dia agak terkejut juga, bahawa dia akan menjaga seorang budak perempuan. Wow...

"Ala...
Tapi Diana nak doktor Laila," rayu Diana

"Takpe nanti doktor Haikal pula yang akan menjaga Diana," pujuk Doktor Laila

Air mata yang telah bertakung di bawah mata, jatuh.

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now