Bab 10

139 9 1
                                    

"Diana mari makan," ujar Haikal

"Tak nak aku nak main dengan panda," dingin sahaja Diana membalas

Semenjak Doktor Laila pergi, Diana bersikap dingin dan murung. Diana tidak mahu makan, dia akan ambil sendiri makanannya jika dia betul betul lapar

"Diana makan lah, dari pagi tadi tau Diana tak makan," Haikal tak putus putus untuk memujuk. Kang kalau sakit aku jugak yang susah

"Nantilah, aku nak main ni," balas Diana. Dia masih bermain dengan pandanya.

"Kalau Diana tak nak makan, nanti doktor peluk," ugut Haikal. Dia main main je

Diana terkedu,

"A.. aku tak nak makan," pantas dia menjawap

"Oh, tak nak makan ye," Haikal menuju ke arah Diana, jarak mereka sudah menjadi dekat.

"Kau nak apa?" Soal Diana yang terkejut namun disorokkan

"Makan cepat," Haikal mengambil sudu lalu menyuapkan Diana

Entah kenapa Diana pun membuka mulutnya, selamat makanan tadi masuk ke dalam mulutnya.

"Nak kena suap baru nak makan, manja betul," sengih Haikal

"Lantak aku lah," tersembur makanan Diana tadi

"Eiii... makan tersembur. Kemproh," sambil membersihkan makanan tadi

"Kempoh tu ape? " blur Diana

"Tu bahasa jawa lah, Diana apa tau," gelak tawa Haikal pecah

Diana sudah malu, dia segera menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya. Muka Diana menjadi merah padam

"Eh, dia dah blushing lah," sakat Haikal

"Blah lah kau," Diana naik diatas katilnya. Selimut di tarik menutupi seluruh badannya.

Hatinya berdebar debar.

Dia terlelap lama kelamaan.

***
'Diana kat mana ni? ' soal dia

'Hai Diana, jom jalan jalan dengan Iqmal' pantas Iqmal menarik tangan Diana.

Mereka menuju ke sebuah taman,

'Wah banyaknya rama-rama' Diana berlari mengejar rama-rama itu.

Mereka berlari anak mengejar rama -rama yang berterbangan itu, sehingga ke suatu curam.

'Iqmal jangan ke sana, nanti jatuh,' amaran diberi apabila melihat Iqmal berlari menuju ke arah curam itu

Iqmal terjatuh, masuk kedalam curam itu, Diana hanya meraung

"Iqmal! Iqmal!" Teriak Diana

Haikal yang lalu di bilik Diana terkejut lalu membuka pintu bilik Diana

"Iqmal!" Diana teriak seperti orang yang dirasuk

"Diana, okey tak,?" Soal Haikal

Mata Diana masih terpejam, namun nama Iqmal masih lagi disebut kuat
Haikal memeluk tubuh Diana yang basah kuyup kerana peluh, dia membacakan ayat ayat suci al-Quran.
Diana menjadi tenang, matanya di buka perlahan lahan. Diana ingin bergerak

"Shh.. dah Diana tidurlah Doktor ada kat sini," erat dia memeluk Diana

Diana menangis, dieratkan pelukannya sehingga dia terlelep semula.

***
"Diana jom makan," kata Haikal

"Doktor, mak Diana tak datang ke?" Soal Diana

"Belum datang, nanti mak Diana datanglah. Mak Diana sibuk sikit kot," katanya sebelum menyuap kan Diana

Diana hanya terdiam.

Sebenarnya, ibu Diana sedang sakit. Namun perkara itu dirahsiakan oleh Haikal kerana dikhuatiri akan membawa kesan kepada Diana jika dia memberitahu hal ini kepada Diana

***

"Doktor nanti Diana nak pergi taman boleh," ujar Diana sambil memeluk pandanya.

Haikal tersenyum, akhirnya Diana dapat menerimanya sebagai doktor untuk merawatnya

"Boleh," jawap Haikal

Semasa bermain di taman, kak Siti datang membawa kesuraman

"Assalamualaikum, Diana," kak Siti memeluk Diana

"Waalaikumussalam, eh kak Siti datang seorang je ke,? Diana meleraikan pelukannya

"Mak mana kak?" Soal Diana

"Diana, mak sakit. Jom kita pergi lawat mak," kak Siti memegang erat tangan Diana

Air mata Diana tumpah jatuh ke pipi.

"Mak sakit apa! Kenapa tak bagitau kat Diana?!" Jerit Diana

Haikal datang menghampiri Diana

"Diana, doktor minta maaf. Salah doktor sebab tak bagitau Diana awal awal," serba salah Haikal menjawap

"Aku nak jumpa mak," dingin dia menjawap

"Mak janganlah tinggalkan Diana, mak dah tak sayang kat Diana ke,?" Tangisan mula kedengaran, Diana menggengam erat tangan maknya yang pucat. Separuh badan mak nya dipenuhi wayar

"Diana anak mak, maafkan mak tau sebab tak bagitau kat Diana. Mak cuma tak nak risaukan mak," mak yang terlantar, cuba untuk bangun tapi tidak berhasil

"Mak tak boleh banyak bergerak, nanti mak makin sakit," cegah Diana

Puan Yati berpaling ke arah Haikal yang berada dia di sisi Diana

"Nak, tolong jaga anak makcik ye," perlahan mak berkata kepada Haikal

Haikal mengangguk

"Mak pergi dulu ye, doakan mak sayang," sayu mak

Nafas mak semakin kuat, Haikal cepat cepat menghampiri puan Yati,

"Mak cik ikut saya ye," ujar Haikal

"Lailahaillaulah," Haikal megucap

Puan Yati mengikuti, sebelum matanya tertutup. Tangannya yang memegang erat tangan Diana dilepaskan.

"Mak! Mak! Jangan pergi, mak!" Jerit Diana sambil menggoncang badan puan Yati

"Mak!" Diana seakan tak percaya bahawa ibunya sudah pergi buat selamanya

"Nurses," kata Haikal

Beberapa nurses yang berada disisi mereka sejak tadi mengangguk, lalu mendekati Diana

"Kau nak ape! Blah lah aku nak mak aku,!" Diana meronta

Satu suntikan telah berjaya dimasukkan ke dalam badan Diana namun tidak memberi kesan. Diana masih meronta untuk melepaskan diri. Akhirnya, nurses terpaksa memberikan Diana satu lagi suntikan Diana rebah namun dikuatkan lagi untuk bangun tapi tidak berjaya. Matanya sudah terpejam.

***
Diana membuka matanya perlahan lahan, tubuhnya terasa diikat. Ya memang tubuhnya diikat sekarang ni kerana dikhuatiri dia akan bertindak agresif.

"Lepaskan aku!" Diana meronta ronta untuk melepaskan diri namun tidak berhasil

Haikal masuk, dia menghampiri Diana, rasa bersalah mula menyelubungi mindanya. Salah aku sebab tak bagitau Diana.

"Diana dah okey?" Soal Haikal

Diana memandang tajam
"Kau nak apa kat sini, berambus lah kau!" Tengking Diana lantas dia memaling

"Diana doktor nak minta maaf sebab doktor tak bagitau kat Diana tentang mak Diana," Haikal duduk di atas kerusi disebelah Diana

Air mata Diana jatuh serta merta, dia teringatkan mak nya. Mak Diana rindu mak.

"Pembunuh, kau dah bunuh mak aku!" Esakan menjadi kuat terhenjut henjut bahu Diana

"Tak, doktor tak bunuh mak Diana," terkejut Haikal apabila dituduh pembunuh.

"Keluar kau dari sini, berambus!!" Diana memalingkan mukanya.

"Kalau nak apa apa panggil je doktor ye" ujar Haikal

Haikal keluar




Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now