3 minggu kemudian
"Assalamualaikum," tangan ku menekan lonceng rumah banglo itu.
Aku berpaling memandang suami ku yang berada di sisi. Dia mengangguk, aku sudah faham. Aku kena kuat. 3 hari selepas aku sedar dari koma aku dibenarkan balik. Kini aku sudah memakai tudung, siapa tahu perempuan gila pada dahulunya kini menjadi seorang wanita muslimah.
Mata ku tercacap memandang seorang wanita yang sudah dimamah usia. Tapi kelihatan masih muda. Dia menuju ke pagar dan membuka kunci pagar.
"Waalaikumussalam.." kata kata kak Siti berhenti.
Air mata ku mula menitis, orang yang aku benci dahulu pada masa yang sama orang yang paling aku sayang.
"Kau.. Ya Allah.Diana..," terus dia memeluk tubuh ku. Aku membalas, air mata mengalir deras.
"Akak, Diana minta maaf. Diana banyak menyusahkan akak," pelukan makin erat.
"Tak. Tak. Diana tak salah, tidak ada sesiapa pun yang salah. Semua ni dah menjadi takdir, kita hanya mampu reda je," sambil menggeleng dia berkata.
Bahu ku sudah terhenjut henjut. Pelukan dileraikan. Senyuman mula terukir.
"Jom kita masuk, semua dah tunggu Diana," dia menarik tangan ku. Semua dah tunggu aku?
Aku memandang Haikal. Dia hanya tersenyum. Pasti dia sudah beritahu kepada kak Siti sebelum datang sini.
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang amat menyakitkan bagi ku dahulu. Aku rindu dengan rumah ni. Rumah ibu.
"Assalamualaikum," kata ku.
Adik ku Tina, dia terus memeluk ku. Air mata nya mengalir sehingga kedengaran.
"Akak, adik rindu sangat kat akak," kata nya
Aku membalas pelukannya, akak pun rindu kan kau dik.
"Tina sihat, Ya Allah dah besar rupanya adik akak sorang ni," kata ku sambil mengusap bahunya.
"Diana duduklah akak nak buat air jap," pinta kak Siti kepada ku
"Eh, tak payah lah kak. Menyusahkan akak je.," kata ku
"Tak adenye menyusahkan. Duduk jap," kak Siti menapak ke dapur.
"Akak, "
"Hmm..,"
"Adik nak minta maaf, sebab selama ni adik banyak menyusahkan akak. Sampai akak jadi gil..," cepat aku memotong bicaranya.
"Tina, tak baik cakap macam tu. Bukan salah adik pun. Ni semua takdir, kita hanya mampu reda je.," terang aku.
"Terima kasih akak, mesti arwah ibu bangga dengan akak sebab ada anak macam akak," puji dia.
Aku hanya tersenyum kelat. Ibu.. Adik dah balik ke rumah.
"Akak adik rancangan , adik nak pergi sambung belajar lah. Boleh kan,?" Tanya dia.
"Hmm.. boleh sangat lah tu. Kalau itu yang adik nak. Akak tak kisah janji adik suka. Adik dah tanya kat kak Siti ke belum,?" Dia membalas dengan anggukan. Aku senyum.
Aku berasa lega akhirnya semua dah berakhir, tiada lagi gangguan fizikal dan mental pada diri ku. Keluarga ku sudah memaafkan aku. Aku rasa bahagia. Kami berbual bual, kak Siti dah ada anak 3 comel je semuanya. Habis sahaja melepaskan rindu aku dan Haikal meminta diri untuk pulang. Walaupun hati aku keberatan, namun nak buat macam mana kan.
"Sayang, kenapa ni asyik tersenyum senyum je ni,?" Tanya Suami ku Haikal yang sedang memandu kereta menuju ke pasar raya nak beli barang keperluan kat rumah katanya. Aku ikut je sebab aku belum tau masak. Haha..
"Sayang tersenyum senyum macam kerang busuk ni sebab Sayang bahagia sangat dapat jumpa keluarga sayang balik. Alhamdulillah, bersyukur sangat.," jelas aku. Siapa yang tak gembira bila dapat jumpa keluarga yang dah lama tak jumpa.
"Comel kan anak anak kak Siti," katanya. Mata nya memandang kehadapan.
"Kalau anak kita lagi comel kan," katanya perlahan. Aku tidak dengar sangat. Buat tak tau jelah
"Comel sesangat macam makcik dia ni," balas ku dengan bangga. Haikal sudah mula mencebik.
"Eh, tak de nya . Ni sebab pakcik dia yang jadi kegilaan ramai ni," dia tidak mengaku kalah.
"Apa pulak, abang tak ada kena mengena dalam hal ni. Abang tu suami sayang je. Bukan adik sayang pun," aku tidak mengaku kalah.
Haikal ketawa
" hish, bini aku ni. Tak nak mengaku kalah," katanya sambil menggosok kepalaku yang dilindungi oleh tudung. Habis senget.
"Abang! Kan dah senget," tangan ku ligat membetulkan tudung
"Dah comel dah tu. Jom turun," dia keluar dari kereta selepas enjin kereta di matikan. Cepat aku keluar dari perut kereta. Aku mengikuti nya masuk ke dalam pasar raya.
Aku menolak troli manakala Haikal mencari barang. Terbalik pulak, selalunya isteri cari barang suami tolak troli.
Haikal berhenti mengejut menyebabkan aku terlanggar belakang nya, mesti sakit sebab sampai berbunyi .
"Abang kenapa berhenti secara tiba tiba ni," cuak aku sambil memeriksa belakang nya takut tercedera.
"Abang tengok apa tu," tanya ku
Dia hanya memuncungkan mulut menunjuk ke arah sebuah keluarga yang berada di hadapan kami. Mereka sepasang suami isteri dan mempunyai 2 orang anak.
"Sweet kan diaorang tu, bahagia je dengan anak mereka abang tengok" kata Haikal.
"Oh.. abang nak anak ke?" Tanya ku lurus.
Dia memandang ku "Mestilah nak, siapa yang tak nak," balas nya dengan agak sedikit teruja.
"Kalau abang nak kita pergi lah rumah kebajikan ambil anak angkat," aku berkata selamba. Macam aku tak tau apa yang tersirat kat otak dia
Dia tersenyum kelat
"Boleh jugak tu, nanti dapat pahala menjaga anak yatim" balas Haikal.
Kami diam sejenak.
"Ni semua barang dah ada semua ke belum,?" Tanya ku untuk mengurangkan rasa kekok.
"Hah. Em.. dah cukup ni jom kita balik," kaki mula melangkah menuju ke kaunter pembayaran.
Usai membayar kami terus pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Siapa Kau?✔
RandomDiana yang sering melemparkan senyuman kepada semua orang mempunyai kisah peritnya yang tersendiri. Hadirnya Iqmal dalam diri Diana telah merawat lukanya, namun hanya sementara. Diana sengsara ditelan oleh kegelapannya sendiri. Haikal muncul memberi...