Bab 8

161 11 0
                                    

"Inspektor, apa yang dah berlaku sebenarnya ni?" Soal mak

"Saya rasa lebih baik puan lihat rakaman CCTV ini terlebih dahulu," arah inspektor Kamal

"Ya Tuhan ku, apa kamu dah buat nak," deras air mata mak, semasa menonton rakaman tersebut

"Sekarang ni anak puan sedang menjalani rawatan, untuk mengetahui masalah anak puan," ujar inspektor Kamal

Pintu di ketuk dan di dikuak, terdapat seorang pegawai yang sedang membawa sebuah fail, lalu diserah kan kepada inspektor Kamal. Inspektor Kamal membaca isi kandungan fail itu.

"Dukacitanya saya ingin menaklumkan bahawa anak puan mengalami penyakit emosi kemurungan yang merbahaya," jelas inspektor Kamal

"Tapi anak saya sentiasa ceria, dia tak pernah menangis di depan saya," air mata yang bertakung di tubir mata, akhirnya gugur

"Kemungkinan anak puan ingin menyorokkan masalah nya daripada puan," jawap Inspektor Kamal

"Jadi apa yang saya perlu buat inspektor?" Soal mak

"Takkan saya kena hantar anak saya pergi hospital sakit jiwa? Saya tak rela, ibu mana yang rela apabila melihat anak sendiri dimasukkan dalam hospital tu," ujar mak

"Kalau itu yang terbaik, kami akan lakukannya, kerana penyakit puan ni agak serius. Jika dibiarkan kemungkinan dia akan mencederakan diri nya sendiri," terang inspektor lagi

"Maafkan mak sayang, mak terpaksa," sayu mak

*******
3 tahun kemudian

"Assalamualaikum, Diana. Diana sihat. Doktor ada bawak makanan yang sihat untuk Diana ni," ujar Doktor Laila

"Waalaukumussalam, doktor. Diana rindu doktor," Diana teriak

Falshback

"Diana kena tinggal kat sini ye sayang. Diana kena sembuh, nanti bila Diana dah sembuh mak akan datang ambil Diana ye Sayang," mak memberikan senyuman pahit. Hati nya ingin sahaja menangis namun di sembunyikan.

"Kita kat mana ni mak, mak nak pergi mana. Diana sakit apa mak?" Bermacam pertanyaan yang di ajukan kepada mak. Namun mak hanya berdiam sahaja. Sedih nya hanya tuhan saja yang tahu.

"Diana jom masuk kita tengok bilik Diana ye," ujar Doktor Laila

"Okey, mak jomlah sekali," pelawa Diana

"Mak tak boleh ikut sebab mak ada hal. Jom pergi dengan Doktor Laila," sambil menarik lembut tangan Diana

"Ala, okeylah Diana pergi dulu ye mak," Diana bersalam dengan mak, kemudian mak peluk erat, air mata nya telah lama gugur.

Diana berlalu. Adik nya bersama kakak nya hanya mampu melihat sahaja. Air mata mereka telah lama jatuh tika melihat gelagat Diana yang seperti orang yang tidak waras.

End flashback

"Doktor mak mana," tanya Diana

"Doktor, Diana rindu mak," sayu Diana

"Nanti mak datang, Diana jangan sedih," jawap Doktor Laila

"Dah jom makan," ujar Doktor Laila lagi

"Tak nak! Diana nak mak dulu," Diana memberontak

"Diana, jangan lah macam ni. Diana dah tak sayangkan mak ke, Diana kena makan nanti mak datang " pujuk Doktor Laila

"Aku cakap tak nak, tak naklah!" Diana menolak makanan itu. Habis bersepah

"Okeylah kalau Diana tak nak makan, nanti kalau Diana nak makan Diana panggil doktor ye," doktor Laila mengemas makanan yang berterabur tadi dan pergi.

"Mak, Diana nak mak," sambil mengusutkan rambutnya.

Semenjak Diana di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa, keadaannya bertambah baik, tapi jika mak nya tak datang walaupun sehari mulalah perangai ego nya naik semula.

"Diana tengok siapa datang," Doktor Laila membuka pintu. Ustaz Shahrul datang membawa beberapa buah buku cerita.

"Wah ustaz bawak buku cerita lagi, yeah bestnye," Diana bersorak keriangan

Selain mak, ustaz Shahrul juga sering datang melawat Diana. Dia selalu membawa buku cerita untuk menghiburkan Diana.

"Assalamualaikum, Diana sihat," ustaz Shahrul menuju ke Diana

"Waalaikumussalam, Diana sihat je," jawap Diana.

"Ustaz tak nak tanye khabar kat Iqmal ke?" Tanya Diana.

Ustaz Shahrul hanya terdiam

"Eh, bila Iqmal datang. Doktor tak perasan pun dia datang?" Doktor Laila mencelah selepas melihat ustaz Shahrul yang terdiam dari tadi.

"Baru tadi, dia masuk ikut tingkap kalau nak tau. Hebatkan Iqmal tu," puji dia

Doktor Laila melihat tingkap begitu juga Ustaz Shahrul, tingkap yang masih lagi tertutup kemas dan rapat itu menambahkan lagi perasaan pelik.

'Oh, patutlah sebelum masuk tadi Diana gelak sendiri, kawan imaginasi dia datang rupanya' sinis hati Doktor Laila.

*****
"Doktor apa yang dah berlaku sebenarnya? Siapa Iqmal doktor?" Tanya Ustaz Shahrul, apabila Diana sudah nyenyak dibuai mimpi.

"Saya pun tak tahulah, menurut daripada cerita puan Yati, Iqmal tu kawan Diana masa dia kecil lagi. Mereka selalu bersama sampai diaorang bersetuju untuk kawin bila diaorang dah besar nanti tapi..," doktor Laila berhenti bercakap

"Tapi apa doktor?" Soal ustaz Shahrul.

"Tapi Iqmal dah pergi buat selamanya, dia di serang oleh 3 orang budak samseng. Itu saja yang di ceritakan oleh puan Yati. Ada banyak lagi yang cerita disembunyikan daripada Diana," jelas Doktor Laila.

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now