Bab 6

144 12 0
                                    

"Assalamualaikum, cikgu," sapa aku pada cikgu Ain

"Waalaikumussalam," balas cikgu Ain

Senyuman yang ikhlas aku lemparkan kepada cikgu Ain.

Aku berlalu.

Terserempak pulak dengan Ramzan.

"Hai sayang," dengan suara yang agak menggoda

"Kau nak apa? Sudah sudahlah tu kacau hidup aku. Aku penatlah," sayu aku

"Aku nak kau," Ramzan cuba memegang tangan aku. Cepat cepat aku tepis

"Jangan lah," pantas aku menendang kaki nya. Nasib baik aku pakai seluar

Ramzan terjatuh

"Kau jangan sampai aku bagi tau kat Suraya yang kau nak goda aku," ugut Ramzan

"Bagi tau lah, ada aku takut. Dasar pengecut," ejek aku

Aku berlari takut ada orang nampak. Sejak akhir akhir ni aku dah jadi lebih berani. Tak takut kat orang pon. Ada pun takut sikit sikit je.

***************

Aku berjalan menuju ke tangga, tempat aku dengan kawan baik aku, ialah Iqmal.

"Hai awak!" Sergah kau

"Oh, mak kau!!" Melatah habis Iqmal

Aku hanya ketawa

"Awak ni terkejut saya," Iqmal

"Hehehehe, sorry," terus aku duduk menghadap nya.

"Awak bawak apa hari ni?" Soal Iqmal

"Hm bawak nasi goreng," sambil membuka penutup bekas

"Wah, nak!" Iqmal sudah membuka mulutnya.

"Eee, tak malu mintak makanan orang," sambil menyuap kan nasi goreng itu ke dalam mulut nya.

"Biarlah," Iqmal bercakap dengan mulutnya yang penuh

~~~~

"Cikgu Ain, ini fail yang cikgu minta," ustaz Shahrul menghulurkan beberapa fail kepada cikgu Ain

"Terima kasih," jawap cikgu Ain sambil mengambil fail tersebut.

"Cikgu Ain saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Ustaz Shahrul

"Ye, boleh ada apa ustaz?"

"Cikgu Ain kenal Diana tak?" Soal ustaz Shahrul

"Diana, hm mestilah kenal. Diana tu memang selalu tegur saya. Hampir setiap hari. Dia baik budaknya. Cuma agak pendiam. Kenapa ustaz tanya?" terang Cikgu Ain

"Tak ada apa apa, saya cuma pelik kenapa Diana selalu sorang diri di belakang tangga. Pastu gelak sorang sorang pulak tu, kadang kala dia suka cakap seorang diri," jelas ustaz Shahrul

Memang selalu ustaz Shahrul terlihat Diana cakap seorang diri, rehat seorang diri di bawah tangga. Paling pelik ustaz Shahrul pernah melihat Diana membeli 2 ayam goreng. Satu dia pegang, dan satu lagi Diana letak kan di sebelah nya. Selepas bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Diana terus bangun, cakap sesuatu dan pergi. Ayam goreng yang berada disebelahnya di biarkan sahaja.

"Saya pun tak tahu ustaz. Adalah juga saya melihat perkara itu berlaku. Bila saya tanya, Diana cakap tak ada apa apa, pelik juga saya," terang Cikgu Ain

"Oh, tak apa lah saya pergi dulu," ustaz Shahrul pergi

**********
"Eh, sial kau memang nak mampos kan?!" Bentak Suraya. Sekilas tangan aku di tarik menuju ke stor sukan. Tiada orang di situ hanya ada kami berdua.

Aku sudah ketakutan hanya Tuhan saja yang tahu betapa takut dan gerun nya aku

"Aku buat apa?" Soal aku dengan tenang.

Kepala ku di tolak kuat.

"Kau tak payah buat buat bodoh lah!" Carut Suraya

"Mesti Ramzan mengadu kat kau kan?"

"Kau memang sengaja nak tempah maut kan?"

Suraya menarik tudung ku dengan kasar. Terus dia menolak aku, dia membaling semua peralatan sukan ke arah ku. Aku hanya boleh melindungi diri. Paling menyakitkan Suraya telah membaling bola hoki ke arah kaki kanan ku. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Ni baru sikit, kalau kau nak goda Ramzan lagi. Mati kau aku kerjakan," ugut Suraya. Lalu dia pergi meninggalkan aku

Aku bangun dengan kaki yang terenjut enjut. Tudung ku yang tertanggal aku sarung semula. Air mata ku telah mengalir dengan deras.

'Pengadu. Nilah zaman sekarang, cinta monyet yang diutamakan' sedih hati aku.

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now