Bab 12

138 10 0
                                    

'Betul ke apa yang kau buat ni Haikal, kenapa kau nak kahwin dengan Diana. Sebabnya aku kesian dengan dia, dia seorang diri mak dengan ayah dia dah tak de adik beradik dia hilang kemana aku pun tak tahu. Lagipun aku dah janji dengan mak dia untuk jaga dia. Jadi apa salahnya

Tak kan kau nak korbankan masa depan kau dengan mengahwini Diana? Kau pasti?

Ya aku pasti aku nak rawat dia aku nak jaga dia. Esok aku akan maklumkan benda ni kat mak su aku' hati Haikal berbicara mengenai tindakan nya yang terburu buru ini.

Hasratnya adalah baik tapi takkanlah nak sia siakan masa depannya macam tu je. Tapi apa salahnya

Haikal segera mengambil telefon pintarnya lalu mendail doktor Laila

"Assalamualaikum, mak su, " kata Haikal di hujung talian

"Waalaikumussalam, ada apa Haikal telefon mak su ni,?" Tanya Doktor Laila,

"Mak su, Haikal nak jumpa dengan mak su boleh tak?" Soalan Doktor Laila di jawap dengan soalan

"Hah, boleh kita jumpa kat cafe macam biasa," cadang Doktor Laila

"Okey, bye jumpa nanti ye" kata Haikal sebelum mematikan taliannya.

Ya Allah permudahkan lah urusanku

***

"Ada apa Haikal nak jumpa mak su ni?" Soal Doktor Laila yang masih berdiri sebelum duduk di hadapan Haikal

"Mak su Haikal cuma nak kan pendapat mak su je ," gugup Haikal

Doktor Laila mengangguk sebelum berkata

"Apa dia ,?"

Haikal menarik nafas lalu di hembus

"Haikal nak kahwin dengan Diana ,?" Luah Haikal. Dia berasa agak tenang apabila mengucapkan perkara itu, kini dia sedang gugup untuk mendengar pendapat mak su nya

"What Haikal dah jatuh cinta kat Diana ke?" Soal doktor Laila sambil mengerutkan dahinya

"Haikal bukan jatuh cinta kat Diana cuma.," ayat Haikal sudah dipotong

"Cuma apa, Haikal cuma nak main main dengan dia. Haikal kena tau dia tu perempuan yang sakit mental nanti kalau dia bertindak di luar jangkaan macam mana?" Suara Doktor Laila agak meninggi. Bab perempuan Doktor Laila tak pernah pandang remeh kerana dia tau macam mana rasa sakit nya bila disakiti

"Haikal cuma nak jaga dia. Haikal kesian tengok dia,dia tak ada keluarga, kakak dia entah kemana nanti siapa nak jaga makan minum dia?" Kata Haikal

Sejak akhir akhir ini tiada seorang pun ahli keluarga Diana datang melawatnya

"Lagipun arwah mak Diana dah pesan kat Haikal untuk jaga Diana," kata Haikal lagi untuk memperkukuhkan lagi alasannya

Doktor Laila mengeluarkan satu keluhan berat

"Baiklah kalau Haikal kata macam tu, nak buat macam mana kan. Tak pe kalau ini yang terbaik untuk Haikal mak su izin kan," senyuman di berikan kepada Haikal

"Nanti Haikal bagi tau kat ibu dan ayah, mak su tolonglah Haikal ya untuk buat persiapan nanti. Pastu tolong pujuk Diana sekali," ujar Haikal

"Baiklah..," jawap Doktor Laila

Mereka menyambung perbicaraan mereka dengan perkara yang lain. Sebelum pulang

***

Diana yang sedang sibuk bermain dengan patung panda pemberian ustaz Shahrul terberhenti apabila melihat seorang perempuan yang sangat di kenalinya. Terus dia berlari anak sambil membawa patung panda tersebut

"Doktor Laila! ." Teriak Diana lalu memeluk doktor Laila

"Hai Diana," sapa doktor Laila dalam pelukan

"Doktor kemana? doktor lari dari Diana ke? Doktor dah tak sayangkan Diana ke?" Bertalu talu soalan diajukan oleh Diana

Doktor Laila hanya tersenyum, dia agak terkejut kerana Diana sudah nampak lain. Rambut sudah tidak kusut, pakaiannya bersih mukanya semakin ceria. Bangga doktor Laila terhadap Haikal kerana berjaya mengubah Diana

"Doktor adalah kat sini. " jari telunjuknya di tunjuk ke arah dada Diana menandakan dia ada di dalam hati Diana

"Dah tentu Doktor masih sayangkan Diana. Sayang sangat," pelukan semakin erat

"Sayang Doktor Laila jugak," kata Diana sebelum meleraikan pelukan

"Diana doktor datang sini nak cakap sesuatu dengan Diana, boleh?" Pinta Doktor Laila. Diana mengangguk laju tangan doktor Laila di capai lalu dibawa ke atas katil untuk duduk.

Setelah mereka duduk dalam keadaan selesa, Diana membuka bicara

"Ada apa Doktor?"

"Boleh tak kalau Doktor nak minta sesuatu pada Diana," pinta Doktor Laila

"Tengoklah kalau Diana boleh buat Diana buat, tapi kalau tak boleh Diana akan usahakan untuk boleh," kata Diana

"Diana ni dah masuk lima tahun Diana berada di hospital ni. Diana tak teringin nak balik ke?" Soal doktor Laila

"Tak Diana tak nak balik. Diana suka duduk kat sini ramai kawan, Iqmal pun ada kat sini," senyuman tanda teruja di ukir

"Lagipun ustaz Shahrul selalu datang tengok Diana, lagi Diana suka," sambung Diana, tangannya ralit bermain dengan patung panda nya

"Diana tak rindu kat keluarga Diana?" Soalan itu membuat Diana berhenti dari bermain matanya tajam merenung doktor Laila

"Huh,Diana langsung tak rindu kat diaorang. Bukan diaorang datang pun, lebih baik Diana tinggal kat sini lagi seronok," senyuman teruna tadi bertukar kepada senyuman sinis

Terkejut doktor Laila, begitu bencinya Diana pada keluarganya sampai tak mahu melihat mereka. Doktor Laila menarik nafas panjang sebelum melepaskannya

"Diana dah berumur 20 tahun tau, dah tua," canda Doktor Laila

"Mana ada, 20 masih lagi muda lah," protes Diana

"Hmm.. Diana nak kahwin tak?" Soalan itu diajukan dengan ragu ragu

Diana mengangkat kening, pelik semua orang nak cakap pasal kahwin mula mula Doktor Haikal sekarang ni Doktor Laila pulak, ke sekarang ni musim Kahwin ada pulak musim tu selalunya musim ada 4 je.

"Kenapa doktor tanya?" Pertanyaan Diana membuat Doktor Laila ragu ragu mahu menjawap

"Amm...doktor tanya Diana nak kahwin tak?" Sekali lagi soalan itu dikemukakan

"Tengoklah kalau ada yang nak kahwin dengan Diana, Diana boleh kot. Tapi ada ke yang nak kahwin dengan orang sakit mental macam Diana ni," keluhan besar dilepaskan

"Siapa kata orang sakit mental tak boleh kahwin?," doktor Laila mengerutkan dahinya

"Diana lah yang kata," gurau Diana. Satu cubitan manja telah hinggap di lengan Diana

"Dah pandai ye main main siapa ajar ni," sengih Doktor Laila

"Doktor Haikal lah siapa lagi," selamba dia menjawap

Doktor Laila terdiam seketika, perlukah dia memberitahu bahawa Doktor Haikal ingin mengahwini nya.

"Sebut pasal Doktor Haikal, macam mana dia jaga Diana okey?" Kata Doktor Laila

"Alhamdulillah, okey sangat. Dia baik selalu layan Diana walaupun Diana marah dia," tersenyum Diana

Doktor Laila berasa lega dengan pandangan Diana terhadap doktor Haikal

"Diana katakan lah ye kalau Doktor Haikal yang nak kahwin dengan Diana, Diana nak tak,?" Soal Doktor Laila

Diana terdiam

"Hmm.. aa... Diana Diana...."




Rasanya Diana terima ke tak? Musykil ni.......

Thank you sebab dah vote cerita saya..maaf kalau tak best saya akan berusaha lebih lagi

Muah sayang korang...😘 

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now