Bab 19

128 8 0
                                    

Diana POV

"Aku kat mana ni,?" Kata aku sendirian. Aku berada di atas katil. Semua nya berwarna pudar, suram, dan sunyi.

"Awak dah bangun," kata seseorang, suaranya amatlah aku kenali. Iqmal

"Saya kat mana ni Iqmal,?" Tanya aku, sejurus aku menukar posisi dari berbaring aku duduk

"Nanti awak akan tahu jugak, awak kat mana sekarang ni," jawap Iqmal.

"Jom, kita jalan jalan," sambil menghulurkan tangan nya kepada ku.

"Okey," seraya aku menyambut tangannya.

Kami berjalan ke sebuah terowong, gelap. Ya memang gelap. Aku kuatkan lagi genggaman tangan ku pada Iqmal. Takut terlepas,

Aku melihat satu cahaya kecil di penghujung terowong itu, kaki meneruskan perjalanan hingga ke cahaya itu.

Taman bunga. Banyak sangat bunga, kami lalu di sebuah jalan yang penuh dengan bunga, cantik.

"Cantiknya, Iqmal.," teruja aku. Mana taknya, cantik kot.

"Awak suka ?" Tanya Iqmal.

Aku mengangguk, seronok sangat. Terus aku berlari ke hadapan lalu mendepakan tangan merasai keindahan alam.

"Awak nak tinggal kat sini tak,?" Sebaik sahaja dia berjalan menghampiri ku

"Nak.. nak.., mesti best duduk sini" aku nak tinggal kat sini selama lamanya. Tenang, je.

Aku dengan Haikal pun belum sempat datang ke sini lagi.

Haikal..

Aku menghentikan langkah, aku lihat sekeliling. Bukan ke tadi aku dengan Haikal kenapa sekarang aku kat sini.

"Diana.. hei kenapa ni,?" Soalan Iqmal aku endahkan, sebab aku tengah bingung, pelik dan runsing.

"Saya kat mana sebenarnya,?" Mata ku yang redup itu memandang orang yang aku sayang, atau lebih tepat lagi khayalan aku.

Iqmal memandang aku sambil tersenyum,

"Awak dekat dalam mimpi dan khayalan awak," jawap dia dengan tenang

Apa, mimpi? khayalan?

"Apa maksud awak,?" Aku masih tidak mengerti

"Awak dah lama menderita, saya tau. Sebab awak tak dapat terima kenyataan betul tak,?"

"Awak selalu berangan nak saya hidup semula. Tapi semua tu tak akan terjadi," jelas Iqmal.

Ye, aku selalu berangan angan nak hidup dengan kau. Tapi kau dah tak ada.

Aku pandang wajah yang aku sayang ku tenung, baru aku perasan wajah Iqmal masih ada luka pada dahinya. Luka hentakan batu yang menyebabkan dia maut.

Flash back

Di sekolah..

"Iqmal, saya dah lama nak tanya kat awak something ni," kata ku kepada Iqmal yang berada di sebelah ku. Sekarang waktu rehat.

"Apa dia,?" Sambil mengunyah roti yang baru aku beli tadi. Dia memang suka curi makanan aku. Tapi aku tak kisah pun

"Dahi awak kenapa,?" Luah aku. Dah lama aku simpan soalan ni.

"Luka ni ke," jari telunjuk menunjuk ke arah dahinya yang luka

Aku mengangguk, dia hanya senyum, senyum dan senyum

"Kenapa senyum. Saya tanya ni," geram aku. Orang tanye dia cuma senyum je.

"Adalah, nanti awak akan tau jugak," balas dia. Bukan ini jawapan yang aku nak dengar. Tapi tak apalah, lain kali aku tanya lagi.

Siapa Kau?✔Where stories live. Discover now