Ain letakkan tangan di dada. Jantung kencang bukan main sebaik sahaja ibu memberitahu rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan. Ain sudah rasa seriau. Macam nak berdepan dengan apa je. Rasa seperti kaki tidak berpijak dilantai. Wahai jantung kembali lah berdegup dengan normal.
"Ain, kau okey ke?" Kak Asma pandang Ain tak berkelip. Sepupu yang juga Mak Andam tak bertauliah Ain. Tangannya berhenti dari merapikan selendang Ain. Usai meletak brooch dikiri dan kanan dia duduk di sebelah Ain. Dahi Ain dipegang.
"Ain demam ni." Tisu di tangan kak Asma tekap ke dahi Ain yang sudah lembab dengan peluh.
"Sikit je." Ain tarik tangan kak Asma yang masih berada di dahi. Dari semalam memang dia sudah rasa sakit tekak. Memang itu selalunya petanda dia akan demam.
"Rileks jangan gelabah." Nasihat Kak Asma. Pengantin gemuruh agaknya.
Ain angguk. Entah tiba-tiba dia rasa seram sejuk. Mungkin takut untuk melalui fasa baru kehidupannya sebagai isteri orang.
"Kak As pengantin lelaki dah sampai. Hansome macam Hang Tuah." Zahir sudah tercunggap –cunggap sebaik sahaja berhenti depan pintu bilik pengantin. Adik kak Asma yang bongsu. Berumur tujuh tahun rasanya.
"Dia bawak keris la." Sampuk Amira.
"Dah..dah..jangan berdiri dekat sini. Bagi laluan ye. Kak Ain nak keluar ni." Kak Asma menarik budak –budak yang berdiri di hadapan pintu bilik Ain duduk diatas permaidani berhampiran katil pengantin supaya tidak menghalang laluan.
Ain bangun dari duduk. Jenguk ke jendela untuk melihat bakal suami. Eh..rombongan suami sudah sampai. Sudah berada depan pintu rumah. Namun wajah lelaki yang sedang menunduk itu hanya samar-samar dia nampak. Inilah padahnya bila kak Asma suruh pakai kanta lekap dia berkeras tak mahu. Jadi kejelasan pandangan sedikit terbatas bila tak ada alat bantu melihat, cermin mata.
"Jom keluar. Ain kena dengar suami baca taklik. Kejap lagi nak tengok tak berkelip pun tak ada yang nak halang." Kak Asma menarik Ain yang berdiri di jendela bilik, dipimpin ke pelamin akad nikah.
Ain pegun melihat lelaki yang seusia ayahnya yang baru sahaja berdiri di sebelah lelaki yang baru sahaja dia intai tadi. Mata dipicingkan, macam pernah kenal. Raut wajah lelaki itu seolah-olah pernah dia lihat. Lama otaknya mencerna. Eh..Pengetua SMK Tun Mutakhir..Cikgu Zaid. Matanya lama pegun di situ.
"Har, duduk dekat sana." Tunjuk seorang lelaki ke arah tempat yang disediakan untuk majlis akad nikah.
Ain pandang ke arah lelaki yang sedang memegang DSLR memberi arahan. Kenalan pengantin lelaki barangkali. Melihat susuk tubuh yang duduk membelakangnya dia bagaikan teringat kepada seseorang. Lelaki dari masa silamnya. Makhluk tuhan yang dia tak mahu jumpa seumur hidupnya.
"Zarul Azhar bin Zaid..." tidak berkelip mata Ain saat terdengar suara tenang tok kadi menyebut sebaris nama itu.
"Saya." Si dia menjawab yakin. Ain genggam tisu ditangan. Orang yang sama kah. Sebaris nama itu dia takkan lupa
"Aku nikahkah dikau.."suara tok kadi bagaikan terdengar sayup –sayup di telinga Ain. Saat ada tangan yang menyambut huluran tangan tok kadi, peluh sudah merenek laju di dahi. Kalau orang lain rasanya dah sebak menahan rasa sayu. Bagi Ain, dia tengah cuba menenangkan hati yang sedang mengila dengan amukan marah.
"Akak.." Ain sudah masuk mod merengek. Tangan dah pegang hujung kain busana pengantinnya. Aci tak kalau dia lari sekarang.
"Shhhh...dengar suami kau baca taklik tu." Omel Kak Asma geram. Tangan Ain digenggam kemas supaya diam.

YOU ARE READING
Seindah Maharku
Romance***Sinopsis*** Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya dia sudah tidak berjodoh dengan lelaki itu. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat i...