Cermin mata ditarik dari panggal hidung, kemudian dua jari naik menekan pelipis. Ya Allah, penatnya. Mata dipejam seketika.
"Abang..." Seru satu suara dari arah belakang. Kemudian terasa ada tangan yang sudah membelit lehernya.
Mata terus dicelik luas sebaik saja mendengar suara yang menyeru namanya. Terpandangkan Hello kitty yang tersarung di kaki si dia, perlahan-lahan bibir merekah membentuk senyum.
"Ain..buat apa tak tidur lagi ni?" Zarul biarkan tangan Ain yang sudah membelit lehernya.
"Can I have you precious 5 minutes?" Ain berpindah duduk di sofa di sudut bilik yang dijadikan Zarul sebagai bilik bacaan.
Zarul bangun dari kerusi. Badan yang sudah 4 jam melekat di kerusi di regangkan. Memang terasa lenguh seluruh badan.
"Why that face Ain? Jiwa kacau ke apa ni?"
"Abang sayang Ain tak?" Ain pakukan pandangan kea rah Zarul yang memandangnya tak berkelip. Kenapa luar alam sangat ke soalan yang dia tanya.
"Ain sedar tak sekarang pukul empat pagi. Muncul tiba-tiba just to ask that silly question?" Zarul sudah menapak menghampiri Ain. Duduk di sofa yang sama.
"Silly for you but not for me." Sedikit membentak suara Ain.
"Ain...Ain..." Kepala digeleng bersama jelingan geram. Zarul bangun menghala ke arah pintu.
"Auch..." Ain berdecit berlahan. Sebelah tangan naik menyentuh dada sebelah kiri.
Serta-merta Zarul kembali berpusing mendengar jeritan Ain. Wajah yang sedang menunduk itu dipaut supaya memandang ke arahnya. Pelik pula dia rasa kelakuan Ain malam ni.
"Ain..kenapa ni?"
Jelingan Dr Zarul tu. Tajam sangat. Rasa tembus sampai ke jantung." Ain mengekeh ketawa. Dari nak feeling-feeling timbul geram bila Zarul boleh buat tak tahu pertanyaan dia.
"Ya Allah, main-main ye. Show time. " Rambut Ain yang bertocang satu sengaja dileraikan kemudian sengaja disepahkan ke depan. Kemudian cekap tangannya mencempung Ain ke dalam pelukan
"Abang." Jenuh Ain menepis tangan Zarul.
"Baik Ain bagi kerjasama kan tak pasal-pasal dua-dua tergolek atas tangga ni." Berhati-hati Zarul mendaki anak tangga.
Ralit Ain perhatikan Zarul yang sedang membuka pintu. Sedar-sedar terasa Zarul sudah merendahkan sedikit badan.
"So tell me, apa yang penting sangat Ain nak tanya abang sampai tak boleh tunggu siang?" Ain diletakkan atas katil. Zarul turut sama landing di sebelah si isteri. Kepala diangkat bersandar ke bahu katil sebelum menarik Ain ke dadanya.
"Abang sayang Ain tak?" Ain sudah beraksi seperti kucing parsi. Mengosok kepala di dada si suami.
"Ain ni abang cakap sayang kat Ain 899 kali pun Ain tetap nak tanya juga kan." Makin Zarul pelik. Takkan Ain datang cari dia pukul empat pagi setakat nak tanya soalan yang dah beratus kali dia jawab.
"Eiii...mana ada sampai 899, jangan nak tipu ke?"
"Ain kira ke? Tak kan." Zarul tentang berani Ain yang sudah muncung.
"Cepat la jawab. Susah sangat mesti Ain tak ada dalam hati abang kan." Jawab Ain dengan nada berjauh hati.
"jawab dulu soalan abang. Abang yang Ain mimpi ke mengigau ke sampai tiba-tiba tanya soalan tak masuk akal ni.
"Ingat tak kawan Ain, Ayu?"
Zarul pandang ke atas. Macam pernah dengar tapi macam samar-samar. Tengok muka ingat kot.
"Tak sure la sayang. Tengok muka ingat kot." Serta merta terasa bahunya ditumbuk halus.
"Amboi..ingat kalau tengok muka." Sindir Ain geram
"Ok, continued kenapa dengan your so called friend tu?"
"Dia dah bercerai." Tiada reaksi terkejut dari Zarul.
"So?"
"Abang tahu tak dia orang baru setahun lebih kahwin bang."
"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana."
"abang tau tak Nazrul cakap apa dekat dia?" Zarul mengeleng mendengar pertanyaan si isteri. Ain ni, logic la sikit. Memang tak la dia nak tahu.
"Dia kata dia dah jumpa cinta sejati dia. Sebenarnya Ay utu tak pernah ada pun dalam hati dia."
"Ain..kehidupan setiap orang tu tak sama. Jangan jadikan kisah diorang bench mark untuk kebahagian kita. We are happy for all these years."
"Ain ada dalam hati abang tak?"
Zarul picingkan mata. Satu yang tak pernah berubah dengan Ain ni dia akan soal selagi tak dapat jawapan.
"Abang.." Ain sudah masuk ton suara merengek. Liatnya nak dapat jawapan. Ada tak orang nak invest untuk cipta alat mengenal pasti betul ke bohong.
Zarul rebahkan kepala ke bantal. Dengan Ain ditariknya bersama. Mata dipejam sambil menepuk-nepuk bahu Ain.
Ain pandang Zarul tak puas hati. Boleh pula Zarul ni buat tak peduli. Dah tak sayang dia ke? Mula la hati nak rabak.
"Dulu ya abang letakkan Ain dalam hati abang..."
"Sekarang?" cantas Ain tak puas hati.
Zarul geleng kepala. Serta merta meluruh air yang bergenang di pipi Ain. 'sampai hati abang.' Dengan gerak perlahan Ain mengengsot menjauh. Tangan naik mahu menyapu air mata yang sudah menodai pipinya.
"Ya Allah, mudah betul buat andaian sendiri." Tangan Zarul lebih dahulu menarik Ain ke dadanya. Terasa sejuk dada yang berbalut pagoda nipis saat disimbah air mata Ain.
"Abang yang.." Ain dongak pandang Zarul.
"Syuhh....dengar betul-betul. Abang tak nak ulang dah. Listen carefully. Semenjak abang nampak gambar Ain dalam office mama dulu, abang pindahkan Ain dari hati ke setiap doa-doa abang pada Dia. Bukan lagi dalam hati abang. Sebab hati ni sifatnya berbolak balik, tak kekal. Sedangkan doa tercatat di langit selamanya."
Makin kuat air mata tiris. Tiada kata-kata yang terluah.
"See...abang cakap sikit nangis..cakap je nangis." Ngomel Zarul geram. Makin erat Ain didakap. Dah lama rasanya dia tak tengok Ain menangis macam ni.
"Ain tak sangka ada sisi abang yang Ain terlepas pandang." Ain sudah teresak kecil. Bercampur dengan ketawa. Maknanya dia yang over thinking. Ingatkan betul Zarul dah ada yang lain.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Maharku
Romance***Sinopsis*** Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya dia sudah tidak berjodoh dengan lelaki itu. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat i...
