BAB 7

4.2K 87 4
                                    

Lewat petang itu, sebaik sahaja sampai di rumah terus Ain menuju kebilik. Nampak tilam terus Ain rebahkan diri. Kepala pusing. Baru minggu pertama semester. Selimut ditarik menutup kepala mata dipejamkan.

1minit...

2minit...

Selimut diturunkan semula bila mata tak mahu bekerjasama. Mata terpejam tapi otak tak boleh berhenti berfikir.

Azan maghrib berkumandang dari surau berdekatan. Ain bangun bersandar di bahu katil.

"Kau kenapa Ain? Macam fikir masalah negara je." Tersembul muka Sheera di hadapan pintu. Tadi dia perasan Ain terus sahaja menonong masuk ke bilik sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Tak pernah -pernah Ain begitu. Yang pasti hari ni Ain memang aneh.

"Aku jumpa dia, Sheera." Ain angkat tangan meraup muka. Keluhan kecil terlepas jua.

"Siapa ?"

Ain tarik nafas. Cari kekuatan untuk beterus terang.

"Ain kau jangan cakap Zarul."

Ain menggangguk perlahan.

" Macam mana kau boleh jumpa ngan dia...bila???"

Setitis airmata Ain tumpah jua.

"Aku tak nak jumpa dia Sheera. Kau tahukan apa yang dia pernah..."

"Syuhhh..Ain..sabar.." Bahu Ain ditepuk perlahan. Bukan sehari dua Sheera kenal Ain. Perkenalan yang bermula sejak di Matrikulasi Selangor hingga ke UiTM Perak. Gadis di hadapannya tidak pernah serapuh ini. Hubungan baik menjadikan dia kawan tempat Ain berkongsi segala cerita termasuklah kisah Ain dan Zarul.

"Aku benci dia...aku benci.." Ain sudah sendu.

"Don't worry, kau kan dah kahwin. Susah-susah minta jer husband kau warning Zarul kacau kau lagi." Memang Sheera terkejut mendapat panggilan dari Ain semasa cuti semester hampir berakhir yang mengatakan Ain bakal berkahwin. Kata Ain pilihan keluarga, dia tak mampu menolak.

Melihat reaksi beku Ain dengan cadangannya, Sheera terjerit kecil. "Ain, jangan cakap..." Sheera sudah terlopong, takut dengan andaian sendiri.

"Dia...suami aku, Sheera." Ain sudah mengogoi dalam pelukan Sheera. Ni baru sehari dia jumpa Zarul. Hidup sudah kacau bilau. Bagaimana kalau hari hari lelaki itu mancul, galau jiwa nya nanti. Mampukah dia menjadi seteguh karang. Mustahil.

"Jom, solat jemaah. In shaa Allah hati kau lebih tenang." Sheera tepuk bahu Ain perlahan. Beri semangat.

Ain angguk. Airmata dikesat perlahan sebelum bangun mengangkat wudhuk.

Selesai menunaikan membersihkan diri dan menunaikan solat, Ain masuk semula ke bilik untuk menyangkut marhana. Kemudian dia keluar semula ke ruang tamu. Semua ahli rumah sudah berkumpul di ruang tamu. Lima orang semuanya termasuk Ain. Sudah Hampir dua tahun mereka menyewa bersama rumah teres setingkat. Masing-masing sedang menghadap laptop manakala tv juga terpasang. Multi tasking.

"Ain, kau kelas econometric kelas mana?" Wanie tidak lepas dari memandang skrin laptop atas meja Jepun. Sedang menyusun jadual untuk semester ini. Pilihan dia pastinya kelas pagi dan tidak terlalu padat dalam sehari.

"4B."Ain tekan remote controller mencari siaran- siaran lain. Terhenti pada siaran perlawanan bola sepak JDT menentang Kelantan. Boleh la dari tengok drama-drama airmata.

"Kalau 4B kelas hari Isnin, rabu dan Jumaat. Kalau kelas A, Isnin, Selasa dan khamis. So far dua kelas ni aku aim." Celah Ayu.

Mereka berlima mengambil jurusan yang sama iaitu Pengurusan Perniagaan (Kepujian) Ekonomi. Semester ini mereka di pisahkan dari jurusan-jurusan lain dibawah fakulti perniagaan. Kebanyakan subjek semester ini semua menjurus kepada ekonomi. Ekonometric, Managerial Economic, International Trade and Economic dan juga Islamic Business Transaction.

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now