BAB 1

10.3K 140 3
                                    

Mata Ain tidak lepas memerhatikan dua orang adiknya yang sedang bermain basikal di laman rumah. Ibu masih di sekolah, pukul 5 petang baru balik. Lumrah yang dia dan 3 orang adiknya kena hadap semenjak ibu kembali bekerja setelah bercerai dengan ayah 2 tahun yang lalu.

Ibu nekad mahukan perpisahan setelah ayah berkahwin lain tanpa pengetahuan ibu. Ayah memilih perempuan dari seberang sebagai isteri muda. Entah la... dia sendiri tidak tahu apa sebab berlakunya penceraian tersebut. Ketika itu, dia melanjutkan pelajaran di Asasi Undang-Undang UiTM di Kuantan. Yang nyata, dia sangat terkejut.

Dan semalam, dia dikejutkan lagi oleh berita yang disampaikan oleh ibu.

"Mereka datang bawa hajat Ain." Itu intro ibu sebaik sahaja Volvo jenis lama itu menjalar keluar dari laman rumahnya. Semasa tetamu itu bertandang, dia hanya keluar menghidang air dan biskut sahaja kemudian terus dia berkurung di dapur.

"Mereka berhajat sangat nak Ain jadi menantu dia orang. Ain terima ye nak."

"Ibu, Ain tak nak kahwin." Ain genggam kedua belah tangan. Sudah basah dengan peluh. Hati dah sebesar hati nyamuk. Memang dia takut mahu menaikkan amarah ibunya.

"Ain, dia orang tu dari keluarga baik-baik. Masa depan Ain pun cerah kalau kawin dengan Zahar tu."

"Ibu..Ain." Ain goncang lengan ibunya.

"Demi ibu, Ain tolong terima ye." pujuk ibunya lagi.

Ain tunjuk muka asam kecut. Masam. Nak terus buat demostrasi kan jadi anak derhaka pula.

"Ibu je la kahwin dengan anak dia. Lagipun ibu kan single." Sehabis mungkin Ain cuba menolak tapi ibu seolah-olah terlalu mendesak. Tak pernah ibu sekeras ini.

"Dia orang tu nak pinang kamu Ain, bukannya ibu. Anak Puan Ainun tu pilih kamu." Puan Azma jengil mata. Ain ni degilnya boleh tahan jadi dia kena berlembut supaya Ain menurut.

"Ibu, Ain kan belajar lagi. Lagipun Ain nak kerja dulu. Tolong ibu besarkan adik-adik." Sedikit gugup Ain luahkan rasa tidak puas hati. Tak pernah terlintas untuk berkahwin semasa belajar.

"Pasal tu Ain jangan risau. Zahar takkan halang Ain dari teruskan belajar. Dia dah setuju dengan ibu tadi. Soal adik- adik Ain jangan risau, ibu kan ada. Ain terima ya."

Ain kerut kening. Nampaknya nekad betul ibu kali ni.

"Nanti ibu bagitau Puan Ainun. Mesti dia suka." Mendengar nama Puan Ainun yang kerap meniti dibibir ibu, Ain diam membisu.

Mati kata Ain dibuatnya. Dia hanya sempat memandang lelaki itu cuma sekilas. Tall and dark tu dah ada, cuma handsome tu memang tak kena. Muka dipenuhi bulu-bulu liar dimuka. Macam dah tak ada pencukur dijual atas muka bumi ni.

Rambut pun dah sama panjang dengan rambut dia. Melepasi bahu. Nampak serabai. Tua pun ya. Langsung tak kena dengan taste dia. Macam mana la ibu boleh berkenan.

Ibu, Ain tak nak kahwin. Rintihnya sendiri. Berkahwin dan meninggalkan kehidupannya bersama adik-adik yang sedang membesar. Terutamanya Amira dan Aina yang masih kecil. Amira berusia lima tahun manakala Aina baru sahaja mencecah 2 tahun setengah.

"Along..telefon." Suara Amira mengejutkan Ain. Telefon Samsung dihulur dan dia sambut perlahan.

Ain tenung handphone yang berkelip ditangan. Siapa pula yang menelefon malam-malam ni. Kalau kawan-kawan universiti biasanya wassap dan pesanan ringkas saja. Yang betul-betul urgent baru mereka buat panggilan.

Nombor yang tertera tiada dalam simpanannya. Dah tentu –tentu dia tak kenal. Dibiarkan sahaja sehingga deringan mati. Sekali lagi panggilan diterima dari nombor yang sama dan Ain sentuh skrin untuk menjawab.

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now