BAB 9

3.9K 84 1
                                    

Sejak tadi Ain terkebil-kebil sambil berbaring. Kalih ke kiri. Kanan. Kiri semula. Bantal di kepala ditarik ke pelukan. Rimas. Ain bangkit duduk. Resah gelisah bercampur menjadi satu. Seawal jam 10 malam dia sudah pejamkan mata tetapi masih tidak mahu lena. Mata tetap tidak mahu lelap. Panggilan telefon dari Zarul sengaja dibiarkan mati sendiri.

Dari duduk Ain bersandar di kepala katil.Rambut yang serabai diikat. Puas dah kuak lentang atas katil. Sheera dikatil sebelah juga sudah lena. Sudah belayar ke alam mimpi barangkali. Ain bangun dan melihat jam didinding. Sudah hampir pukul 6 pagi. Memang kena minum Nescafe hari ni kalau tak memang tidur dalam kelas.

Bersama secawan Nescafe Ain duduk dimeja makan. Pagi masih sunyi. Ain tersenyum kecil teringatkan kejadiaan petang semalam. Mesti Zarul nampak betapa merahnya muka dia semalam. Reaksi terkejut baboon bila dia nampak Zarul. Dalam bilik Puan Ainun right in front of her face.

"Ain, awal bangun?" Wanie yang baru menyarung Hello Kitty dikaki genyeh mat depan Ain.

"Tak boleh tidur la." Nescafe dihirup seteguk.

"Nyamuk ke?"

Ain geleng kepala. Kalau nyamuk memang dia selimut sampai ke kepala terus boleh tidur. Ni ada nyamuk yang dah masuk dalam hati dia tak nak keluar. Buat dia dok teringat setiap masa.

Tetapi gara-gara kelas sebelumnya habis agak lewat, Ain dan tiga orang rakan serumah yang lain lambat ke kelas seterusnya iaitu kelas subjek Ekonometrik. Lebih melambatkan bila jarak kelas seterusnya agak jauh kerana terletak dibangunan Matematik dan Sains Gunaan sedangkan tempat letak motosikal di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Bukan di bangunan yang sama.

"Kau rasa siapa akan ajar kelas kita?"

Ain geleng kepala menjawab pertanyaan Wanie.

"Tak kisah la lecturer mana pun, janji dia mengajar kita faham. Jangan dia syok sendiri sudah. Kita yang ke laut nanti.

Berpadu ketawa Nazua dan Ayu. Wanie macam biasa blur seketika sebelum ikut ketawa.

"Kelas kat mana Ain?" Wanie jenguk melihat ke dalam kelas yang masih tiada pensyarah. Tiada muka-muka yang dia kenal.

"Jap aku tanya Azah. Dia dah sampai tadi." Ain tarik Nokia E5 dari poket baju kurung.

Sebaik sahaja sampai didepan pintu kelas, perkara pertama yang dilakukan adalah betulkan letak tudung masing-masing.

"Lecturer lelaki beb." Nazua jongket kening. Yess..motivation datang kelas lepas ni. Hanya nampak belakang, tak nampak muka lagi.

"Kali ni biar akak lead the way." Pinta Nazua. Untung-untung boleh jadi love at first sight. Dengan yakin Nazua berjalan melintasi Ayu dan Wani.

Belumpun Nazua pegang tombol pintu, dia kembali berundur ke belakang.

"Ain, kau la masuk dulu. Akak nervous pula." Nazua sudah tersengih-sengih.

Ain rasakan degup jantung sudah perpuluh kali lebih laju dari biasa. Dada diurut perlahan. Rileks, baru first time lambat kelas ni. Dari luar kelihatan kelas sudah hampir penuh. Hanya tinggal beberapa seat sahaja yang masih kosong. Bukan hanya lecturer sudah tiba malah sedang menconteng sesuatu di papan putih, cepat Ain tolak pintu. Risau lecturer sudah memulakan kelas.

Tombol pintu dipulas. Kepala dijengukkan sambil tayang muka cute kearah pelajar yang memandang ke arahnya. Memang sudah menjadi kebiasaan pelajar yamg masuk lewat akan jadi tumpuan ramai.

'Excuse me, I'm not attention seeker. Cuma terlewat sikit je.' Desis Ain.

"Sorry, Sir. We're la..." Terpadam terus ucapan maaf yang baru terluncur dari bibir. Rasa terkejut dan tak percaya mengusai fikiran. Oh..My Allah!

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now