BAB 10

4.2K 88 4
                                    


Usai makan malam, Ain terus masuk bilik. Sheera jongket kening kepada teman se rumah yang lain. Semua angkat bahu. Biasanya Ain akan layan sembang sebelum masing-masing tidur. Tapi, hari ni balik sahaja ke rumah petang tadi Ain lebih banyak mendiamkan diri.

"Asal mak cik seorang tu?" Sheera cuit bahu Ayu.

"Entah. Tadi lepas kelas Econo dia macam lost je." Sela Ayu.

"Siapa ajar kelas Ekono tadi?"

"Dr Zarul."

"Baya –baya Dr Fendi ke?"

"Yang ni muda belia siot." Nazua kerdip mata gatal.

"Kau macam mana, bole adjust tak kelas ISB tu?"

Sheera angguk.

"Boleh. Ustaz Yusri cakap joint kelas dia yang satu lagi. Aku dah cek memang tak bertindih dengan kelas Eco."

"Hoyehh.. ni baru best. Sekelas ngan kita orang." Wanie sudah tepuk tangan. Kalau tak berpecah la mereka semester ni.

Petang tadi mereka terpisah bila Ain ke kelas Econometric manakala dia ke kelas Islamic Business Transaction. Semua gara-gara kelas Ekonometrik bertindih dengan kelas Islamic Business Transaction (ISB).

Sheera gosok dagu. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan Ain tiba-tiba jadi pendiam. Selebihnya macam ada dalam dunianya sendiri. Masing-masing sudah pelik dengan kelakuan Ain. Akhirnya Sheera bangun menjejaki langkah Ain.

Pintu bilik diketuk sebelum ditolak perlahan.

"Dia lecturer baru aku." Ain buka mulut sebaik sahaja Sheera duduk di hadapan. Berkongsi katil yang sama. Tak perlu soal Ain sendiri bercerita.

"Maksud kau Sir Zarul Azhar? Yang budak kelas kau dok kecoh-kecoh tadi. Sampai ada yang sanggup jadi isteri kedua bila dia beritahu dah kahwin."

Ain angguk.

"Apa susah, kalau dia buat perangai jahilliah dia dekat sini, kau report je dekat HEP." Usul Sheera geram. Geram melihat bagaimana seorang lelaki telah mengocak kehidupan Farahain yang selama ini tenang. Tak pernah dia melihat Ain yang cool jadi gelabah ayam begini. Bukan sekadar gelabah tetapi sentiasa berjaga-jaga macam di sebelah ada bom jangka.

Cerita sama yang berlaku dua semester lepas antara Ain dengan Sir Imran. Jenuh Ain nak lepaskan diri dari bujang senang yang sorang tu.

"Tapi.."

"Kalau kau tak berani biar aku yang teman." Cadang Sheera.

"Tak ada undang-undang yang boleh menghukum dia kalau dia buat macam tu." Ain gigit bibir.

"Dah kenapa pula. Ain kita ada law yang boleh halang dia dari jumpa kau dan.."

"Sebab dia suami aku. Kan aku pernah bagitau dulu. Kau ni minda tiga saat la. Aku dah bagitahu kan suami aku tu Zarul. To be exact Dr Zarul Azhar." Dengus Ain geram. Memang dia sudah lali dengan short term memory Sheera ni. Mudah sangat lupa.

Melopong terus Sheera. Susah akal dia nak hadam cerita Ain ni. Takkan la Ain salah orang.

"Eh..sorry. Kau ada bagitau ye. Aku ingat nama je sama." Hilang terus akta yang ada dalam kepala Sheera. Memang takkan ada undang-undang yang termaktub dalam Federal Constitution dapat melawan hak seorang suami melainkan suami melakukan isteri secara tidak wajar.

"Cakap dengan aku Ain. Kau main-main kan?" Shera masih tidak mampu nak hadam setiap butir pengakuan Ain. Ain sudah tunduk mengigit jari. Jari yang masing tersarung cincin bermata satu di bawa ke penglihatan Sheera.

"Ni dia yang sarungkan. Dua minggu lepas. Takkan lah aku lupa muka suami sendiri." Ain berdecit geram. Isteri mana yang tak kenal suami. Walaupun dia pengsan tapi ingatan dia masih sihat walafiat, satu pun tak hilang.

"Kau tahu ke dia yang masuk meminang."

Ain geleng kepala. Kadang-kadang soalan Sheera ni boleh tahan pandainya juga. Kalau dia tahu bakal pengantin lelaki dia Zarul, tak adanya dia akan tunggu sampai akad nikah. Awal-awal lagi dia dah lari. Biar Zarul nikah sorang- sorang.

"Dah tu macam mana sekarang?" Sheera tongkat dagu.

"Dia suami dan aku isteri." Jawab Ain lurus. Laju Sheera cubit lengan Ain.

"Dah kahwin nak duduk menyewa dekat sini lagi ke?"

" Aku tak nak duduk dengan dia. Aku nak mintak cerai."

"Wah, jadi janda behias la kau." Sheera gelak meriah.

" Gelak la. Aku serius." Laju tangan Ain pukul Sheera dengan menggunakan bantal ditangan. Menjerit Sheera.

" Ya, aku tau kau serius. Cuba kau terima dari segi positive, mungkin dia memang jodoh kau."

"Aku ni jahat sangat ke?" Ain sudah sebak. Setitis Ain mata meitis jua.

"Lah,dah kenapa tiba-tiba masuk isu lain pula. Kita bercakap pasal Zarul tu. Yang kau nak sentap apa hal pula?"

"Ya la, kan Allah dah kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dapat suami macam ni musnah masa depan aku." Ngogoi Ain. Kalau dia sendiri yang boleh menentukan nasib dia memang enikahi lelaki itu takkan pernah ada dalam agenda sepanjang hidup dia.

"Kau ni kecil hati dia kalau dengar. Aku tengok ok je orangnya. Pensyarah muda lagi. Entah- entah dia dah berubah. People change, Ain."

"Kau tak jumpa dia lagi. Kau boleh la cakap. Cuba dah kenal kau tahu la apa yang aku rasa. Nampak dia je marah aku terus naik ke kepala." Ain kesat air mata dengan hujung lengan baju.

"Ok, memang aku tak kenal dia in person lagi, tapi kalau dengar kepada gossip si Ayu tu aku rasa dia macam baik je." Komen Sheera.

Sampai je rumah petang tadi, riuh Ayu dan Nazua bercerita tentang Lecturer baru yang mengajar kelas Ekonometrik, dia yang tak tahu hujung pangkal cerita nak komen apa. Ni bila Ain bercerita barulah dia tau. Masak la kau Ain.

"Biar muka tak hensem Sheera, janji handsome imannya. Bachelor apanya. Dah kahwin. Married." Ain julingkan mata. Memang tadi sebaik sahaja keluar sahaja kelas terus lelaki itu jadi perbualan hangat.

"Ha tau pun. Married, maknanya dah kahwin. Dah kahwin maknanya ada isteri. Kau faham tak apa maknaya?"

Ain dah pening, rasa macam berbelit pula statement Sheera.

"Maksudnya kau isteri dia. Dia kau punya. Jadi give both of you a chance. Bersangka baik la. Kalau betul dia nak buat tak baik buat apa dia ajak kahwin."

"Aku.." Ain gigit bibir.

"Kau sayang dia tak Ain?" Sheera jongket kening.

"Aku tak pernah sayang Zarul tu." Ain lurut telinga kanan.

"Aku tak cakap pun Zarul. See dalam otak kau pun dah penuh ngan nama dia kan."

"Mana ada. Aku tak pernah sukakan Zarul. Sayang jauh sekali. Never ever." Dalih Ain. Jari naik mengusap telingat kiri. Sheera simpan senyum.

"Ain never say never. Remember nothing is impossible. Kun fa yakun. Bila Allah berkehendakkan sesuatu maka ianya akan berlaku." Sheera bangun dari katil bujangnya. Tombol pintu ditarik. Baru sebelah kaki melangkah keluar, dia berpusing mengamati Ain.

"Ain kau tahu tak yang kau ni tak pandai langsung nak penipu. Asal kau tipu je kau mesti sentuh telinga." Sheera sengih lebar. Melihat reaksi cuak Ain lagi dia nak gelak berdekah –dekah.

Ain turunkan tangan. Memang sudah menjadi habitnya sejak dulu begitu. Asal cuak atau gemuruh mesti tangan naik menyentuh cuping telinga. Nampaknya Sheera memang dah jadikan dia sample ujikaji. Dah macam tikus putih pula. Corellation betul ke bohong dengan habit Ain pegang telinga bila bercakap bohong. Accuracy 99.9%.

"Ain..istiharah. Allah tu tak kejam Ain. Mesti dia tunjukkan jalan yang kau kena ambil." Sheera tutup pintu.

Melihat cara Ain dia yakin lelaki itu punya tempat dihati Ain. Cuma bagai ada sesuatu yang menghalang Ain dari menerima lelaki itu sebagai suami.

Ain merenung kelam malam. Matanya tidak mahu lena. Maafkan Ain, ibu. Ain sayang dia tapi untuk terima dia hati Ain tak mampu. Hati ini sakit sangat.

5A1

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now