Psttt: Novel sudah setahun di pasaran. :)
Laju langkah Ain menuju ke skooter yang diparkir di hadapan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Sudah nampak tilam yang sexy melambai-lambai. Bestnya kalau dapat kuak lentang atas katil.
Ain seluk kunci moto dari pokej jeans. Dicucuk ke lubang. Starter ditekan. Sekali..Dua kali.. tetap tak mahu hidup. Beg silang dimasukkan dalam bakul. Helmet yang baru sahaja dipakai dibuka semula.
Butang di hujung lengan dibuka. Lengan baju disinsing hingga ke siku. Skooter ditongkat dua kemudian pedal ditekan. Tetap juga tidak mahu hidup.
Ain duduk memeriksa apa yang tidak kena. Semalam baru tukar plug baru. Baru minggu lepas tukar minyak hitam. Asal pula la kura-kura ni nak meragam.
Terasa ada titisan air dibahu Ain dongak kelangit. Awan menangis rupanya. Segera dia mencicit berlari mencari tempat berteduh. Pejabat Pendaftaran Fakulti yang paling hampir.
Ain duduk di atas tangga sambil menikmati memandang titisan hujan.
"Kenapa tak balik lagi?"
Ain pegang dada. Figura makhluk tuhan yang baru sahaja muncul di sebelahnya diperhati. Selamba lelaki itu turut duduk di sebelahnya. Bukan hanya duduk sebelah malah sengaja menyempit di tangga yang hanya berkeluasan sekangkang kera.
"Tunggu hujan berhenti." Ain pandang Zarul sekilas kemudian pandangan kembali memandang rintik hujan yang turun.
Ain pura-pura renung skrin ditangan. Padahal sudah sejam ajal telefon tu sampai. Dari dalam kelas tadi lagi bateri sudah nazak. Kenapa lah mesti terserempak dengan Zarul. Kalau dengan Dr Shafiq confirm dia minta tumpang balik sebab satu jalan. Rumah pun tak jauh. Sama taman hanya beza lorong sahaja.
"Jom saya hantar balik."
"Tak apa Dr balik la. Saya tunggu hujan berhenti." Ain mengengsot mejauh sikit dari Zarul yang duduk di sebelah. Tadi terasa seperti bahu Zarul sudah bersentuhan dengan bahunya. Lutut lelaki tu sudah beberapa kali berlaga dengan lututnya. Bila Ain buat muka Zarul minta sorry. Ain tahu Zarul sengaja nak jadi attention seeker.
"Ain ..saya dengar tempat ni keras. Dulu ada juga dengar cerita yang ramai terserempak benda pelik –peli petang-petang macam ni." Zarul angkat kening sebelah. Tak sabar nak tengok reaksi Ain.
Tapi bila Ain tunjuk muka ada-aku kesah- Zarul yang rasa nak ketuk kepala sendiri. Haish..tak takut ke. Dah senja ni. Hujan macam makin meleret dan lebat.
Ain peluk tubuh. Terasa meremang. Dia ni dah la penakut. Dimomokkan pula dengan cerita cerita paranormal ni. Ain, kental..jangan terpedaya!
"Saya balik dulu. Hati-hati ya. Kalau ada yang tegur jangan pandang belakang." Zarul berbisik perlahan sambil bangun. Kedua belah kaki seluar sudah dilipat hingga ke buku lali. Mahu meredah hujan.
Ain lihat Zarul sudah masuk ke kereta. Langsung tak pandang belakang. Kembali dia menekur lantai memandang kaki sendiri. Makin sejuk dia rasa. Sekadar berbaju T-shirt lengan panjang dan jeans. Dah la pakai sandal, kalau kasut rasa la tertutup sikit kaki yang sudah menggigil kesejukan.
Silau lampu kereta yang berhenti betul-betul di hadapan meyebabkan Ain angkat tangan menghadang muka. Silau.
"Jom."
Terkedu Ain. Zarul muncul bersama payung ditangan. Ingatkan Zarul dan balik. Ain geleng kepala menolak.
"Ain sampai bila nak tunggu. Entah bila hujan nak berhenti. Saya ni tak solat Asar lagi. Awak nak tanggung ke dosa saya Ain." Gesa Zarul bila Ain masih nak tunjuk degil.

YOU ARE READING
Seindah Maharku
Romance***Sinopsis*** Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya dia sudah tidak berjodoh dengan lelaki itu. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat i...