Ain perhati jam di tangan lagi setengah jam kelas akan berakhir. Sekejap-sekajap dia pandang Casio di tangan. Entah kenapa jantungnya tidak berdegup normal hari ni.
Sekaki payung di sebelah dipandang sekilas. Memang macam saka. Tengok payung je ingat Zarul. Nak buang harta orang. Kan menganggu dalam mimpi pula.
'Sebab kau aku kena jumpa dia tau.' Omel Ain geram.
"Farahain, do you wanna share something with your friends?"
Ain kejung di tempat duduknya. Rasa nak jadi invisible terus. 27 pasang mata yang berpusing memandang ke arahnya di balas dengan sengih cover malu. Kepala digeleng ke kiri dan kanan.
"Nothing to share Madam." Ain kembali tunduk menghadap buku depan mata. Macam mana boleh tiba-tiba tercakap kuat.
Madam Shazwani tenung Ain beberapa saat sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran disambung sehingga habis masa.
Yang pasti Ain rasa sejam yang pertama je masuk dalam kepala. Sejam yang kedua tu hanya badan je dalam kelas. Heart and soul dah jauh melayang. Masak la kalau keadaan ni berterusan. Sebab itu dia kena pulangkan harta lelaki ini segera. Pandang je sekaki payung di tangan macam saka yang membuat dia sentiasa teringatkan Zarul.
"Makan jom." Azah siku bahu Ain perlahan. Terjerit kecil Ain dibuatnya. Dalam keadaan tak bersedia disergah begitu memang melayang kejap nyawa.
"Erm..sebenarnya aku puasa. Kau orang pergi lah makan." Ain tayang gigi. Jangan la ada yang perasan hari ni Rabu.
"Wei..puasa ganti ye." Rafiq kerut kening. Pandang Ain sembil sengih panjang. Ain sudah merona merah bagai disimbah blusher Revlon
"Suka hati aku la nak puasa apa pun. Ok la see you when I see you." Ain galas beg di bahu kiri. Malas nak berlama kan makin banyak tanya pula geng-geng tiga suku itu.
Buku yang sudah dikemas dibawa ke pelukan. Dengan berat hati payung merah hati itu dikepit celah ketiak. Letak depan pintu je la. Sama je kan tetap pulangkan juga. Yang penting dia tak ambil harta orang
Makin dekat dengan pejabat Zarul makin berat langkah Ain. Detak jantung kalah atlet pecut. Setiap kali dia lalu di kaki lima pejabat Zarul ni memang automatik jantungnya mula meragam.
Nak je dia tarik keluar kejap semasa melintasi kawasan ini selepas itu baru pasang semula. Ain sangkut payung merah itu di pemegang pintu.
"Ermm...ermmm..." Ada suara menyapa dari belakang. Ain gigit bibir. Pipi dikembungkan. Lambat-lambat dia berpusing.
"Masuk dulu. Pantang betul saya bercakap depan pintu." Zarul tarik payung dipintu dengan tangan kanan. Kemudian poket seluar diseluk. Segugus kunci ditilik sebelum dicucuk kelubang tombol.
"Sebenarnya saya.." tak jadi Ain meneruskan kata bila Zarul mara dan berdiri di hadapannya.
Ain sudah terperangkap. Dia lebih rela berhimpit dengan pintu kayu di belakang dari tercium dada bidang Zarul. Liur sudah tersekat dikerongkong.
"Tak apa, saya datang nak pulang payung Dr je." Ain melangkah setapak kebelakang dari tempat dia berdiri. Secara tidak langsung kaki sudah pijak lantai pejabat Zarul.
"You already step in. Have a seat." Zarul berpeluk tubuh di hadapan Ain. Riak wajah tak puas hati yag terpeta di hadapannya sengaja dia buat tak faham. Cepat-cepat dia alihkan pandangan matanya sebelum hanyut memandang mata hazel di sebalik kanta nipis.
Menyesal betul. Padan muka aku. Detik hati Ain. Patutnya dihumban je payung tu dalam longkang.
"How are you?" Zarul tarik kerusi di hadapan mejanya. Bukan mempelawa lebih kepada memaksa Ain untuk duduk. Bukan senang dia nak perangkap Ain untuk berbual dengannya.
YOU ARE READING
Seindah Maharku
Romance***Sinopsis*** Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya dia sudah tidak berjodoh dengan lelaki itu. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat i...