BAB 6

4.3K 90 3
                                    


Zarul buka cermin mata. Pelipis di urut. Semingu dia cari Ain. Seminggu hidup dia serba tak kena. Risaukan keadaan gadis yang sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Ain..Ain.." Zarul Azhar geleng kepala. Tadi dia tidak mampu menghalang langkah Ain. Degilnya seorang Farahain. Atau ini sebenarnya satu petanda Ain bukan pemilik tulang rusuknya. Menunggu atau berputus asa, apa pilihan yang dia punya?

Pemergiannya ke London tidak tenang. Saban hari teringatkan Ain. Di mana si isteri agaknya. Pagi itu dia pulang kerumah mamanya seketika, cadangnya esok dia akan kembali ke rumah Ain dan bertolak ke London bersama Ain. Kerja cum honeymoon. Semua sudah dia siapkan. Hanya tunggu masa untuk khabarkan kepada Ain. Kononnya ingin buat kejutan.

Last-last memang dia yang terkejut bila Puan Azma sendiri tidak tahu kemana Ain pergi. Dia sendiri tidak pasti mengapa Ain ambil tindakan senekad itu kerana semasa hari dia pulang ke rumah keluarganya Ain tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh cuma Ain lebih suka berdiam diri dan bual hal sendiri. Ain juga lebih suka mengelak bila dia berada dekat dengan Ain. Baginya itu normal. Yang tak normalnya bila dia balik dari rumah keluarganya Ain sudah tiada. Untuk mencari Ain masanya sudah suntuk. Mustahil untuk dia menagguhkan penerbangan ke London untuk perbentangan researchnya di London School of Economics.

"Hi..handsome."

Zarul pandang wanita yang sudah berdiri rapat dengan meja yang didudukinya. Keluhan kecil dilepaskan.

"You buat apa kat sini?" Zarul kembali meletak cermin mata pada posisi asal.

"I ada kelas jap lagi dekat blok ni. Nampak you. So I datang la just to say Hi." Dari sekadar berdiri sebelah Ziela tarik kerusi duduk sebelah Zarul. Setakat ini, lelaki ini memberikan respond yang terlalu negative terhadap layanannya. Walaupun layanan lelaki ini sekadar asal boleh je terhadapnya namun dia tidak putus asa. Daya tarikan lelaki itu terlalu kuat dengan hatinya. Sukar untuk dia lupakan.

"You kata ada kelas. Tak elok buat student you tertunggu- tunggu. Lain la kalau you ada hal yang betul-betul mustahak nak bincang dengan I." Zarul sengih perli. Rimas. Yang dikejar bukan main jauh melangkah yang dia tak nak tak jemu mengghimpit. Dia ni terlibat dalam cinta tiga segi ke. Itu belum lagi kalau ditakdirkan Ain pun sudah tersuka dekat orang lain. Lagi bersegi-segi jadinya.

"Ye la..Ye la.. I nak gerak la ni." Bentak Ziela sambil segera bangun. Sempat jelingan tajam dihadiahkan kepada Zarul.

Zarul kembali meneguk minuman yang berbaki separuh gelas. Baru sahaja sampai ke kerongkong, pandangan matanya menangkap figura yang sedang melintas di hadapannya. Buru-buru Zarul mengejar susuk tubuh yang sudah beberapa langkah melepasinya. Memang tak syak lagi itu adalah Ain. Bukankah sepatutnya Ain ada kelas. Desisnya sendiri. Jadual Ain sudah berada dalam tangannya pagi tadi sebaik sahaja dia jejakkan kaki ke Universiti. Bukan susah nak dapatkan bila informer tak bertauliah dia sentiasa update semua maklumat yang dia perlukan.

"Argh..." Terjerit Ain bila terasa ada yang menarik beg sandang di bahu.

Laju sahaja buku teks tebal di tangan dihanyun ke arah sentuhan mendarat. Libasan tepat mengena bahu si peragut.

Zarul berdecit perlahan. Muka kalih ke arah bahu yang baru sahaja disinggahi objek keras. Boleh tahan libasan tangan kecil itu. Tetap terasa perit.

"Ain..stop it." Larang Zarul perlahan. Niatnya hanya untuk menegur Ain, tak sangka begini respon dari Ain. Sebaik sahaja Zarul angkat muka, bulat mata Ain. Pandangannya dan Zarul bersabung. Cepat dia menunduk. Entah kenapa seperti ada cas electrik yang mengalir. Yang pasti bukan cas positive.

"Awak buat apa ni?" soal Ain geram. Mati-mati dia ingat ada peragut dalam kampus. Tak sangka perbuatan lelaki yang seorang ini.

"Kan saya dah bagitau tadi, saya tunggu awak. Tak sangka macam ni tak sabar awak nak jumpa saya."

Seindah MaharkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang