Habis sahaja kelas Keusahawanan, cepat Ain capai beg galas. Tak sabar nak tukar kelas untuk Ekonometrik. Kalau dia lambat tukar bertambah cacat kedatangan dia. Belum pun Ain ketuk pintu bilik Puan Ainun, pintu sudah dibuka dari dalam.
Terpacul muka Imran yang melangkah keluar dari bilik Puan Ainun. Ain tidak tahu ingin beraksi bagaimana, akhirnya muka menekur lantai.
"Ain, masuk..masuk. Just in time." Puan Ainun kuak pintu lebar –lebar.
Ketika berpapasan dengan Imran sempat dia melihat lelaki itu tersenyum sinis. Entah apa la cela yang dia dah buat sampai mengundang kemarahan pensyarah itu. Serabut je nak fikir. Baru sahaja Ain menarik kerusi nak duduk berhadapan dengan Puan Ainun, terperanjat Ain melihat sekujur tubuh yang duduk tegak dikerusi sebelah.
Yang mengejutkan dia, Zarul Azhar juga ada dibilik yang sama. Tak perlu lelaki itu berpaling. Dari tepi susuk tubuh 178 cm yang sedang khusyuk menatap screen phone di tangan itu memang sah ditak silap orang. Rasa oksigen tak sampai ke otak bila mereka berkongsi menghirup udara diruangan yang sama.
Mengapa aku perlu jumpa dia lagi. Doanya dalam setiap sujud agar tidak ditemukan dengan lelaki ini masih tidak lagi dimaafkan. Tidak istiqomahkah dia dalam solat sehingga doa tidak dimakbulkan.
"Ainn..duduk lah." Puan Ainun mengisyaratkan Ain supaya duduk bila Ain dilihat tegak berdiri di sebelah kerusi kosong.
Sebaik sahaja semangat berjaya dipulihkan, Ain duduk. Tegak memandang ke hadapan. Lelaki di sebelahnya masih tidak berganjak.
Menyesal pula Ain datang hari ni. Tu la tak menyempat sangat nak tukar kelas. Padahal tadi Ayu sudah berjanji untuk menemaninya petang nantti. Ain..Ain..apa yang kau dah buat ni. Soal Ain sendiri.
"Ain, yang tadi tu Sir Imran, dia ajar kelas you kan. This is Dr Zarul Azhar. Both of them akan ajar ekonometrik. " Puan Ainun senyum kepada Ain.
Zarul angkat muka dari gadjet di tangan. Senyum segaris kemudian kembali tunduk semula.
"Zarul, kenalkan Farahain."
Zarul senyum. Idea nak mengenakan Ain muncul.
"Hi. Saya Zarul Azhar Zaid. Berasal dari KL. Status masih bujang..lagi tiga." Tiga cari diangkat. Statement yang mengundang ketawa Puan Ainun.
Ain senyum hambar. Tak lawak OK.
"Just joking. I'm taken. Saya ni loveable, tolong jangan jatuh cinta dekat saya ya." Usik Zarul selamba. Hatinya puas melihat reaksi tak keruan Ain.
Cincin dijari manis diangkat. Cincin yang disarung oleh isteri secara terpaksa. Demi menjaga aib kedua belah pihak. Nasibnya baik kerana Ain tidak turut sama ke masjid. Cincin disarungkan ke jari manis isteri setelah akad dilafaz. Untuk itu dia sangat bersyukur sekurang-kurangnya Ain tahu dia adalah pengantin lelaki setelah semua sudah termeterai.
Teringatkan wajah terkejut Ain saat jarinya menyarung cincin di jari manis sigadis segaris senyuman tergarit dibibir. Dalam degilnya seorang Farahain tetap ada comelnya.
"Awak student BM230 kan. Kelas 4B?" Zarul cuba mengalih topic perbualan takut nanti dia tak boleh nak berhenti mengusik Ain.
Ain kacip gigi. Dah agak dah, kalau soalan yang keluar dari lelaki yang seorang ini memang tak pernah dan takkan pernah buat dia gembira. Sentiasa nak menyakitkan hati dia.
"Erm..arh.." Hilang jawapan yang Ain dah rangka.
"Saya ada urgent matter semalam Doctor." Ain ketap bibir. Zarul Azhar ni saja nak kantoikan dia tuang kelas Sir Imran semalam.
Puan Ainun pandang Ain tajam. Setahunya selama dia jadi kordinator program, tidak pernah Ain ponteng mana-mana kelas.
Zarul jongket kening. Dah agak dah Ain ponteng kelas. Patutlah awal je mereka terserempak semalam.
"Kalau Madam ada hal nak bincang dengan Dr Zarul saya jumpa Puan lain kali la." Usul Ain, sempit je dia rasa untuk terus menghadap seraut wajah yang cukup dibenci.
"Its OK. Go ahead. Just assume I tak ada dekat sini." Zarul kembali menatap screen di tangan. Ain tarik nafas lega. Maknanya lelaki itu sudah berrkerat rotan agaknya. Sudah berputus asa untuk menakluki cintanya.
"Macam ni Madam, saya nak minta tukar kelas Ekonometrik ke kelas 4A." Nak tak nak, terpaksa Ain minta tolong ketua program kerana selepaas tempoh yang ditetapkan hanya ketua program mempunyai excess untuk merombak kelas mahupun menukar kelas untuk pleajar. Bagi Ain, Puan Ainun satu-satunya harapan yang dia ada.
Zarul tarik senyum. Oh, tak payah dia susah-susah nak minta tukar dengan Imran. Merpati sudah masuk sangkar. Jinak makan di tangan jangan harap nak lari. Akan digunakan peluang yang ada sebaiknya.
"Macam ni Ain, awak tinggalkan nombor pelajar dan nama penuh. Kejap lagi saya key in. Sebab saya nak balik dah ni. Hari ni saya half day." Puan Ainun hulurkan sekeping sticky note kepada Ain.
"Thank you Madam." Pintu bilik pensyarah itu ditarik sebelum kepala ditundukkan tanda hormat.
Sebaik keluar dari bilik Madam Ainun, baru Ain teringat yang dia kesini atas dua tujuan. Untuk memohon pertukan kelas dan juga bertanya soalan. Tetapi bila memikirkan Zarul ada didalam pejabat Madam Ainun, dimatikan sahaja niatnya. Dia rela datang hari lain, dari terpaksa menghadap lelaki itu.
"Ain..."
Belum pun Ain berjalan 500 meter, namanya diseru lagi. Ain berpaling kebelakang. Zarul sudah menapak kearahnya. Saling berdepan.
" Malam ni saya call Ain. Ada hal nak bincang. Jangan reject call saya." Pesan Zarul.
"Tengoklah kalau saya perasan." Ain tunjuk riak selamba. Tanpa menunggu balasan dari Zarul, Ain melangkah ke arah tangga di sudut kanan bangunan lima tingkat itu. Turun dari tingkat 4 yang menempatkan bilik para pensyarah.
Zarul hantar pemergian Ain sehingga hilang dari pandangan. Kaki dihayun masuk semula ke bilik ibunya. Zarul duduk serba tidak kena. Renungan si ibu buat dia rimas. Takkan la usik sikit pun dah marah.
"Why that face ma?" tidak selesa bila renungan si ibu makin tajam. Muka pun ketat semacam je.
"So tell me, apa lagi masalah you ni?" Puan Ainun memandang wajah Zarul geram. Tak faham dengan perangai Zarul. Buat macam tak nak je. Dulu bukan main beriya minta dia pinangkan Ain untuk dibuat isteri. Dah jadi isteri lain pula jadinya.
Zarul senyum menampakkan barisan gigi yang putih bersih bersama dua taring di Fsebelah kiri dan kanan.
"Mama, gurau sikit pun tak boleh."
"Gurau la. Biar orang tu lari sungguh baru tau." Puan Ainun capai beg tangan dalam laci. Memang hari ini dia half day. Ada jemputan penyampaian hadiah anak bongsunya di MRSM Pokok Sena.
"Mama, abang tengah cuba ni. Ingat senang ke nak tackle hati menantu mama yang seorang tu." Adu Zarul manja. Mula la nama panggilan jadi penganti diri. Padahal sekarang patutnya dia pun kena panggil Puan Ainun. Professionalism at work. Kelaut jadinya.
"Tu la, buat lagi anak dara orang macam tu. Kalau mama jadi mak dia pun mama tak pandang abang ni." Pedas sindiran Puan Ainun. Nasib baik ada kekosongan untuk jawatan pensyarah Ekonometrik.
Memandangkan Puan Silawati extend cuti bersalin selama dua minggu. Boleh la dia cadangkan nama Zarul Azhar yang kononnya nak dekat dengan isteri.
Sebelum ini Zarul ditugaskan mengajar Ekonomi pagi pelajar diploma tetapi di sebabkan semester ini terdapat 4 kelas yang mengambil subjek Regional Economics, coordinator dinasihatkan mencari sekurang-kurangnya dua orang tenaga pengajar supaya setiap kelas seimbang. Jadi Zarul ni hanya mengajar sementara sahaja untuk subjek Ekonometrik.
"Mama, please. Patutnya mama sokong abang. I love her soo much Ma." Zarul temukan dua belah tapak tangan.
Mengeleng Madam Ainun melihat penangan cinta monyet si anak. Tak pasal-pasal dia turut bersubahat sama. Memang dia marah dengan kelakuan anak lelakinya. Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi tetap dirasakan perbuatan anak nya itu tidak wajar. Nakal tak bertempat nak marah pun sudah tidak berguna. Dia cuma berharap Ain dapat memaafkan perlakuan Zarul. Mungkin bukan dalam masa terdekat tapi one fine day.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Maharku
Romance***Sinopsis*** Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya dia sudah tidak berjodoh dengan lelaki itu. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat i...
