SE Seindah Maharku

1.9K 57 4
                                    


"Prof Zarul, ada delivery." Suara Puan Hasanah memanggil saat ternampak Zarul tolak pintu kaca bahagian pentadbiran. Terus terhenti langkah Zarul dari menapak ke ruangan pejabatnya.

"Delivery??" Soal Zarul hairan. Rasanya dia tak beli barang-barang online. Kalau Ain yang beli pun mesti dia tahu sebab Ain tu tukang tunjuk je nak beli yang mana tapi dia yang buat transaksi.

"Ini delivery by hand. Cantik hadiahnya Prof." Makin berkerut dahi Zarul. Aiks!! Ni lagi mustahil.

"Akak biar betul? Sure ke memang untuk saya?" Sungguh dia musykil. Biasanya kalau student nak bagi apa-apa terus bagi by hand. Kalau by pos ni biasanya isteri dia punya. Tak habis-habis dengan barang-barang online dari GO SHOP.

"Seingat saya memang seorang je nama Zarul Azhar dekat sini Prof. Seingat saya la." Beg kertas berbalut dihulur kepada Zarul. Meletus ketawa dari bibir Puan Hasanah. Reaksi terkejut seorang pensyarah yang sentiasa nampak cool. Ada juga masa terkejutnya.

"Dari Dr Ain kot Prof." Puan Hasanah senyum lebar.

"Terima kasih kak." Masih berkerut dahi Zarul mengingat kalau memang ada yang tersalah hantar. Rasanya dia yakin memang bukan dari Ain.

SEBAIK sahaja melabuhkan duduk, Zarul tarik keluar kotak segi empat dari beg kertas tadi. Terdapat kad kecil yang dilekat dibahagian atas kotak. Namanya ditulis dengan dakwat hitam. Hanya itu. Yang pasti memang bukan tulisan si isteri. Pembalut dikoyak perlahan-lahan. Yang muncul depan mata buat liur tersekat di kerongkong. Biar betul.

"Wowww!!!Tissot dude." Suara teruja menerjah pintu bilik Zarul.

"Assalamualaikum!" Perli Zarul. Namun langsung tak terkesan bagi Syafiq. Temannya itu sekadar garu kepala bersama senyum selamba.

"Ain bagi?" Syafiq belek kotak yang tertera logo putih merah. Gila la, sayang sungguh ni sanggup beli latest edition. Tersungging senyum dibibirnya. Tak sangka penangan Zarul macam ni sekali.

"Bukan." Terlopong Syafiq. Dah tu, siapa pula.

"Entah. Tak ada nama pengirim." Zarul pandang Syafiq yang leka buat inspection pada jam di tangan.

"Alah, ada la tu yang bagi. Rezeki."

"Mahal ni." Zarul masukkan kembali jam ke dalam kotak.

"Bagi aku je la. Mesti kau kekok nak pakai." Shafiq sengih panjang.

"Kekok?" Zarul jongket kening. Nak kekok kenapa pula.

"Iya lah. Mesti kau kekok nanti. Kau tak biasa pakai brand ni." Meledak ketawa Shafiq. Untunglah, ada yang nak bagi.

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now