08

4.8K 674 123
                                    

"Woi, Yoorae! Ireonaa!"

Aku tersedar. Sapa yang berani jerit kat telinga aku yang comel ni??

Kelopak mata aku terbukak sebaik sahaja Jimin jerit pada telinga aku tu.

Jerit dia, astaga. Nak pecah gegendang telinga aku.dahlah dak ni memang pakar bab high note. Selalu mase sekolah menengah, dia masuk pertandingan menyanyi dia memang pakar dalam high note.

"Woi pekak lah aku, bertuah punya kepala lobak!" Kata aku. Aku duduk bersila atas katil sambil mengosok telinga aku.

"Haa, aku kejut kau guna suara lembut aku tak bangun, padan muka kena jerit." Kata Jimin sambil tersenyum puas pada aku.

"Hmph, kenapa kau tak gerakkan aku je? Pukul-pukul siket, bangun lah aku." Kata aku.

Jimin terdiam. Dia teringat tentang semalam yang yoongi pesan padanya supaya jangan sentuh Yoorae.

"Ehek, taknak aku nak sentuh kau. Ade orang tak kasi" kata Jimin. Aku pelik.

"Sapa lak tak kasi?" Soal aku.

"GaEun." Kata Jimin lalu mengatur langkah keluar.

"Dah! Kau mandi cepat, aku nak gi keje ni nanti lambat. Kalau aku kena marah dengan boss aku sebab lambat, aku terajang kau keluar dari rumah aku." Kata Jimin sambil ketawa.

"Jeez, jahat. Tak sangka aku kawan dengan laki berkepala lobak ni. Heh" kata aku.

"Aku dengar lah!"

Aku sengih. Aku pandang jam yang terlekat didinding bilik aku tu.

Mata aku membulat.

"9:30?!" Teriak aku. Aku dengan tergopoh-gapah turun dari katil aku pastu terus serbu bilik air.

× × ×

"Yah, Park Jimin. Kau dendam apa dengan aku ni sampaikan kau tak kejut aku dari tido tadi? Aku dah lewat dah weyh. Mati aku dengan mamat muka golf tu" rungut aku.

"Eh eh, anak dara sorang ni. Kau tahu tak, tadi aku korban kan suara high note aku tuk hanya kejutkan kau tau tak? Tak sedo sedo lagi kau dengan jasa murni aku ek." Kata Jimin sambil memandu kereta porche hitam nya tu.

Aku memeluk tubuh. " kesah apa aku dengan high note kau tu, bukan boleh bawak mati pun. Ngehh" kata aku. Jimin sengih.

"Kau ni boleh act mature tak? Perangai kau sebijik macam mase sekolah rendah dulu. Tak ubah langsung weyh." Kata Jimin.

"Hmm, aku tak tahu macam mana nak act mature. Tu masalahnya.. Takde kelas yang ajar cemana nak act mature." Kata aku.

"Kelas macam tu takkan wujud lah pabo." Kata Jimin sambil ketawa.

"Hm, nampaknya takleh lah aku nak berlajar cemana nak act mature. Muehehe"

"Kau ni merepek je kerja. Sepatutnya umur macam kau ni dah memang ade ciri-ciri yeoja yang matang. Tapi aku pelik dengan kau ni, sampai skang still dengan perangai kebudak-budakan ni" kata Jimin sambil memandang aku.

"Fate beb, fate." Kata aku. Jimin sengih.

"Woi aku lupa lak pasal kerja. Weyh, mati lah aku weyh. Mati aku kena hempuk dengan mamat tu.. weyh jimin cemana ni?" Soal aku. Sekali lagi aku merungut macam budak kecik.

"Chill weyh, aku yakin Yoongi hyung takkan hempuk kau. Dia mesti okay je" kata Jimin selamba.

Mamat kepala lobak ni sama je dengan mamat muka golf tu. Heish. Tak membantu langsung.

the nanny. Where stories live. Discover now