48

3.6K 546 67
                                    

Author pov.

Yoongi berjalan kearah banggunan yang tinggi dan teguh itu. Tertulis ' JU Company ' .

Dia tak mahu lakukan semua ni, tapi disebabkan oleh orang yang disayanginya, dia terpaksa lakukan.

Semuanya kerana orang yang disayanginya.

Dia melangkah masuk kedalam banggunan itu lalu pergi kearah kaunter pertanyaan.

"Annyeonghaseyo, welcome to JU Company" kata perempuan yang menjaga kaunter tu.

"Boleh saya jumpa dengan Jung Hoseok?" Soal yoongi sesopan yang boleh.

Perempuan itu tersenyum. "Maksud encik, CEO HO?" Soal perempuan itu.

'Tu ke nama panggilan dia dekat syarikat dia sendiri? Pfft.' Desis hati kecil Yoongi.

"Ya, saya nak jumpa dia."

"Oh, maaf encik.. sekarang--"

"Saya kawan dia. Ada perkara penting yang perlu saya bincang dengan dia. Ni privasi." Tegas Yoongi. Perempuan itu teragak-agak.

"Baiklah encik, CEO HO ada di taman syarikat.. di tingkat 3" kata perempuan itu. Lalu, Yoongi terus berlalu pergi.

× × ×

"Hoseok"

Tubuh seorang lelaki yang memakai kot hitam dengan rambut yang digelkan kemas itu terpusing menghadap empunya suara yang memanggilnya itu.

Air muka Hoseok berubah sebaik sahaja matanya melihat Yoongi dihadapannya.

"Tolong, kalau nak cari gaduh, bukan kat sini tempatnya." Kata Hoseok. Yoongi tersengih.

"Kau ingat aku ni macam dulu ke? Jumpa je kena buku lima kat muka? Kita bincang cara orang dewasa lah." Kata Yoongi. Hoseok menrollkan eyesnya.

"Kau nak apa Yoongi?" Hoseok memandang tajam pada mata Yoongi.

"Kau dah dapat apa yang kau nakkan? Pergilah guna benda tu leklok. Kau dah menang Keyh, tahniah." Jawab Hoseok. Yoongi terasa yang rasa amarahnya mula meninggi.

Yoongi mengeluh kecil. "Hoseok, aku taknak kita gaduh lagi."

"Ha? Dulu kau yang cari gaduh dengan aku. Kau yang tetiba bagi buku lima kau tu kat aku sedangkan aku tak buat pape kat kau. Sekarang ni kau kata kita gaduh?" Hoseok tersengih.

"Fine. Aku yang gaduh dulu. Maafkan aku. Aku takkan ulang perkara tu agi, Puas hati? Skang aku nak kita bincang kan pasal yoorae." Jawab Yoongi. Dia tak mahu bermusuh dengan Hoseok lagi.

"Em, tapi kena cepat sikit. Aku sibuk skang ni"

× × ×

"Boleh tak kau berbaik dengan Yoorae balik?"

Hoseok tersengih. "Pehal? Kenapa kau nak aku berbaik dengan dia plak ni? Bukan kau tak suka ke aku rapat dengan dia?" Kata Hoseok sarcastically.

"Aku tak kesah. Tapi sekarang ni kau tahu tak keadaan Yoorae cemana? Dia tak boleh nak senyum macam dulu lagi dah." Yoongi memeluk tubuhnya.

the nanny. Where stories live. Discover now