45

4.1K 574 203
                                    

Yoorae.

Hari demi hari, dan aku masih lagi tak buat keputusan samada nak terima Yoongi atau teruskan bersama dengan Hoseok.

Pening weyh. Pening.

"Yoorae," Gayoon menggoncangkan lengan aku. Aku memandangnya.

"Em?"

"Kau pikir apa? Jauh mengelamun" kata Gayoon. Aku hanya mengeluh.

"Takde pape. Ni masalah aku." kata aku. Gayoon mengangkat keningnya.

"No, kau tak payah tahu. Aku takkan bagitahu kau pasal hal ni. " kata aku. Gayoon mencebik .

"Btw, aku dah cakap dekat appa pasal percutian tu" kata Gayoon sambil tersenyum lebar.

"Kita akan pergi akhir bulan ni. Kau dah ajak uncle Jimin? Hoseok appa? Gaeun noona?" soal Gayoon. Aku tersengih lalu menggelengkan kepala aku.

"Bagitahu dorang. " arah Gayoon.
"Yelah.. Nanti aku bagitahu lah dorang" kata aku sambil pandang Gayoon tajam. Budak ni, mengarah je keja

"Haritu kau pergi mana dengan appa?" soal Gayoon. Aku memandang Gayoon.

"Aku kuar jap dengan dia. Dia yang ajak aku. " kata aku. Bila ingat masa kitorang main dekat pantai tu, aku terus tersenyum.

"Hah, senyum-senyum ni mesti ada pape" Gayoon mengangkat kening kirinya.

Aku tersengih pada Gayoon "takdelah" kata aku.

"Bukan apa, aku cuma pelik je Appa aku badmood lepas balik tu. Muka dia sembap." Gayoon bangun dari sofa lalu menutup TV dengan remote yang dipegangnya. Lalu berlalu masuk kedalam biliknya.

Badmood? Muka sembap?

Dan tetiba, aku terdengar pintu rumah dibuka. Aku memusingkan kepala aku kearah bunyi itu.

"Yoongi, kau balik." aku tersenyum. Yoongi pandang aku dan mengukirkan senyuman.

Tapi, tu bukan senyuman yang aku selalu tengok. Ia lain..

Dia membuka kot pilotnya. Tali lehernya dilonggarkan.

"Mana Gayoon? " soal yoongi sambil tangannya mencapai sebuah cawan dan menuangkan air kosong kedalamnya.

"Dia, ada kat dalam bilik dia." kata aku. Aku hanya memerhati gerak geri dia.

Dia nampak penat. Dan sedih?

"Oh, okay." yoongi meramas rambut dia. Dia meleraikan tie nya dan butang kemeja nya dibuka satu persatu. Langkahnya diatur kearah biliknya.

Aku mengeluh sebaik sahaja kedengaran pintu bilik Yoongi ditutup.

Kenapa aku rasa macam ada benda tak kena dengan Yoongi? Macam ianya salah aku.

Dia act different sejak semenjak ni. Muka dia nampak tak bermaya. Dia tak senyum macam masa dia bawak aku ke pantai.

Dan ianya berubah sebaik sahaja dia jumpa Hoseok.

Tbh, aku memang tak boleh tengok Yoongi sedih. Aku mesti curious. Aku mesti nak tahu kenapa dia sedih.

Dan sekarang ni yang membuatkan aku lagi curious, aku rasa macam aku ni penyebab yoongi bersedih.

Tanpa berlengah, aku bangun dari sofa lalu meluru kearah bilik Yoongi. Aku mengetuk pintu.

"Yoongi-ah," panggil aku.

"Masuk lah" kata Yoongi dengan suara yang lemah.

Aku memulas tombol pintu itu. Aku nampak yoongi sedang baring diatas katil menghadap dindingnya.

the nanny. Where stories live. Discover now