43

3.9K 553 105
                                    

"Boleh tak kau bagi je tahu aku? Nanti aku tahu jugak kita ke mana." kata aku sambil berpeluk tubuh di tempat duduk sebelah Yoongi.

Yoongi yang sedang memandu tu hanya memandu keretanya sambil tersengih seorang diri.

Dah gila lah tu.

Tak beberapa lama kemudian, kereta Yoongi parkir dihadapan sebuah pantai.

Pantai tu kelihatan sunyi saja. Takde seisapa dekat situ. Hanya hempasan ombak sahaja yang boleh didengari.

Aku keluar dari kereta Yoongi. Angin sempoi-sempoi bahasa menyapa seluruh tubuhku.

"Wahh~" aku dengan segera menanggalkan kedua kasutku dan mencampaknya ketepi.

Kaki aku mengatur langkah laju ke arah air laut. Aku tersenyum lebar sebaik sahaja air laut itu menyapa kakiku.

Aku tersenyum pada Yoongi. "Yoongi! Palliwa!" kata aku. Aku memanggilnya untuk join aku sekali main air pantai itu.

Yoongi tersenyum. "Jap!" katanya lalu membuka kasutnya dan meluru kearah aku.

Kitorang bergelak ketawa sambil memercikkan air antara satu sama lain. Kitorang bergembira macam takde penamatnya.

Selepas beberapa minit, aku merebahkan badanku keatas pasir pantai tu. Yoongi hanya tersengih melihat kelakuan aku tu.

"Wah, nyamannya kat sini." kata aku sambil pandang langit yang membiru tu.

Yoongi hanya mengangguk.

"Tapi, kenapa kau bawak aku ke sini?" soal aku. Aku segera bangun dan duduk bersila. Yoongi memandang aku seketika lalu memandang kearah laut semula.

"Kau pernah cakap dulu, salah satu tempat yang boleh buat perangai kau yang sebenar timbul adelah kat pantai." kata Yoongi sambil tersenyum.

Aku merenung dia seketika lalu tergelak. "Kau ingat lagi?" soal aku.

"Yelah, takkan aku nak lupa lak?" soal Yoongi. Dia pandang aku pelik. "Napa kau ketawa?" soalnya lagi.

"Tak percaya kau ingat lagi aku cakap tu" kata aku. Yoongi tersengih.

"Apa yang kau cakap konfem aku ingat lah." kata Yoongi lagi.

Keadaan menjadi sunyi. Aku dan yoongi hanya memandang laut yang membiru tu.

"Yoorae, napa pantai lah satu-satunya tempat yang boleh buat perangai kau yg sebenar ada kat diri kau?" soal Yoongi. Aku tersenyum sambil memandang pemandangan pantai itu.

"Sebab dekat pantai lah kali terakhir parents aku bawa aku sebelum dorang pergi tinggalkan aku selama-lamanya." mataku tak lepas dari memandang pantai itu.

"Oh, mianhae.." kata Yoongi. Aku memandang dia. "Takpelah." kataku sambil tersenyum.

"Kau tak pernah cerita kat aku tentang parents kau, Yoorae. Aku baru tahu pasal tu.." kata Yoongi. Dia renung aku.

"aku memang tak pernah cerita pasal parents aku kat sesiapa." kata aku.

Yoongi memegang bahuku. "Jangan sedih." aku tersengih.

"Tu je kau boleh cakap tuk buat aku rasa okay?" soal aku. Yoongi menggaru kepalanya.

"Aku bukannya type lelaki yang suka berpickup lines ni. So, terimalah" kata Yoongi. Aku tergelak.

"Kalau cemtu, aku taknak getback balik lah dengan kau. Hoseok suka berpickup lines." kata aku. Yoongi pandang aku dengan pandangan yang tajam.

"eh ada orang jelez lah" Yoongi mula bangun dari tempatnya. Aku dapat nampak yang dia nyorokkan muka jeleznya tu ha.

the nanny. Where stories live. Discover now