41

3.9K 582 78
                                    

/END FLASHBACK/

"Kau tinggalkan aku keseorangan dan balik macam tu je. nampak sangat kau memang tak kesah buat macam tu kat aku." Aku meletakkan pinggan itu ditempat yang disediakan.

"Yoorae, tu aku.. sebenarnya, bukan aku yang nak buat macam tu. Kau pun tahukan aku kena paksa kawin dengan Yura? Jadi aku terpaksa tinggalkan kau" Yoongi kelihatan terdesak.

"tu aku tak kesah, tapi kata-kata kau tu menyakitkan hati aku sampai sekarang." aku terhenti lalu menghela keluhan yang panjang.

"mianhae.." Yoongi menundukkan wajahnya. Wow, ni bukan Yoongi yang aku kenal.

selalunya, Yoongi yang aku kenal tak pernah kalah dengan pilihan hati dia. kalau keputusan dia hanya 'tu' maksudnya memang tu lah yang akan dia pilih.

tapi, sekarang..

"a-apa kau cakap?" soal aku. Yoongi memandang aku tepat pada mataku.

"mianhae, Yoorae-ah. Jeongmal mianhae." katanya. serentak dengan itu, aku tengok dekat singki dah takde pinggan yang tinggal bermakna aku dah habis basuh.

k, nak wat pe lak pasni?

"okay, dahlah.. lagipun aku bukannya kesah pun pasal tu sangat." aku mengelap tangan aku pada kain yang dikhaskan.

"so, boleh kita start dari mula balik?" aku tersentak. tubuhku terhenti dengan kata-kata yang keluar dari mulut Yoongi.

apa maksud dia start balik?

"apa?" soal aku. aku memusingkan tubuhku menghadap Yoongi yang sedang bersandar pada dinding sebelah singki itu dengan style nya. entah kenapa, aku rasa perasaan masa memula aku pandang dia tertepek kat hati aku skang ni.

apekah?

"start balik. macam dulu."

Aku baru perasan yang dia tengah luahkan perasaan dia. Dan dia nak bersama dengan aku macam dulu.

Tapi, dia tak tahu ke sekarang ni aku bersama dengan Hoseok?

Kalau ikutkan hati, aku memang nak terima dia. Tapi, kalau fikir-fikirkan, macam mana dengan Hoseok? Aku sayang kan Hoseok.
Baru je hari tu aku nampak Hoseok menangis. Hati aku rasa sakit sangat bila tengok dia nangis dan ia membuatkan aku rasa nak jaga dia selama nyawa aku dikandung badan. Tapi..

"Takpelah, aku bagi kau masa tuk jawab soalan aku. Lepas kau dah fikir masak-masak.. kau bagilah jawapan kau kat aku." Yoongi kejutkan aku dari lamunanku.

Dia berlalu pergi. Air muka dia nampak sedih.

Fikiran aku bercelaru. Macam mana sekarang ni? Patut ke aku terima Yoongi balik? Atau stay dengan Hoseok?

Aku kena pergi dengar penasihat pakar!

× × ×

"Jimin!! Macam mana aku nak buat nii??!" Aku meraung sebaik sahaja aku memulas tombol pintu apartment Jimin.

Dan serentak dengan tu, aku nampak sekali lagi Jungkook.

Waduh, pehal dia selalu ada kat rumah Jimin ?

"Apa kau buat dekat sini lagi?" Jungkook meluru kearah aku dengan muka takde perasaan dia tu.

"Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu." Aku memeluk tubuhku.

the nanny. Where stories live. Discover now