19

4.3K 636 68
                                    

Yoorae ;

Aku menyandarkan diri aku pada dinding hospital itu. Aku menggigit kuku jari tangan aku.

Ianya habit aku kalau aku rasa takut dan gementar sangat.

Aku harap, Yura masih bertahan.

Yoongi dan Gayoon mesti rasa sedih gila kalau Yura pergi.

Yura adelah segalanya bagi dorang.

"Yoorae!.." panggil seseorang. Aku menoleh kearah empunya suara itu.

Ianya Yoongi.

Yoongi berlari kearah aku. Aku pandang dia dengan muka sedih.

"Ma-macam mana Yura?.." soal Yoongi dengan tercungap-tercungap.

"D-dia.."

"Kenapa?" Soal yoongi lagi. Muka dia jelas memaparkan yang dia risau.

"Tadi.. denyutan jantung dia terhenti. Jadi skang ni.." aku terhenti. Air mata aku memenuhi tubir mata aku.

"Doktor sedang cuba selamatkan dia.." kata aku.

Yoongi seolah terkaku.

Dan pada masa yang sama, doktor keluar dari bilik icu dimana yura kena rawat tadi.

Yoongi orang pertama yang mengacukan soalan pada doktor tu.

"Doktor, macam mana isteri saya?" Soalnya.

Doktor pandang yoongivdan aku bersilih ganti lalu dia melepaskan keluhan berat.

Aku tak rasa ni berita yang baik.

"Maafkan kami, tapi kami semua dah cuba terbaik untuk selamatkan isteri encik.. tapi-- kami gagal." Kata doktor tu.

Denyutan jantung aku seolah terhenti.

"Maafkan kami," kata doktor tu laku berlalu pergi.

Air mata aku mengalir perlahan di permukaan pipi aku.

Yoongi meramas rambutnya kasar. Air mata yoongi mengalir deras diatas pipinya. Memandang kan muka yoongi putih melepak, susah nak perasan yang air matanya mengalir.

Aku memegang bahunya, "yoongi.."

Dia memandang muka aku. Matanya penuh dengan kesedihan. Baru sahaja aku hendak kata sesuatu, ada seseorang telah memotong kataku.

"Urm, Encik Min Yoongi, ada surat daripada Yura untuk Encik." Kata Doktor tadi.

Surat?

Surat itu kini bertukar tangan. Yoongi mencapainya lalu membuka surat itu dan baca isi dalamnya.

Beberapa minit selepas itu, aku sedar yang air mata dia semakin deras mengalir pada pipinya.

Ianya membuatkan aku rasa macam nak peluk dia seerat mungkin dan cakap semuanya akan jadi okay.

Tapi aku tak boleh.

the nanny. Where stories live. Discover now