27

4.3K 615 61
                                    

Aku duduk dikerusi lapangan terbang tu. Flight aku berjalan dengan baik ke korea.

"Duh.. mana pulak mamat ni? Aku nak jumpa Gayoon.." kata aku. Aku menunduk dan bermain dengan jari aku kerana terlalu bosan.

Tetiba, ada seseorang meletakkan iphone aku pada tanganku menyebabkan aku terhenti daripada bermain dengan jari jemari aku.

"Iphone aku!" Aku tersenyum lebar.

Dan, serentak itu Yoongi duduk disebelah aku dengan selamba.

Aku pandang dia. Dia hanya renung aku dengan muka dinginnya. Aku dengan awkward memandang ke tempat lain.

Ingatkan aku boleh kurangkan sikit rasa janggal aku dengan dia ni, tapi renungan tajam dia tu buat aku takleh duduk diam.

Disebabkan tak tahan, Aku terus bangun dari kerusi tu dan hadap dia.

"Yoo--ngi.. Kalau takde pape.. aku nak pergi. Uhm, so.. bye." Kata aku lalu terus mengalihkan pandangan aku. Seram nak balas renungan Yoongi lelama.

Tapi, dia rentap pergelangan tangan aku membuatkan langkah aku terhenti.

Aku menoleh kearah dia.

Aku nampak matanya yang tajam tu bertembung dengan mata aku.

"Kenapa kau nak lari daripada aku?" Kini dia mengajukan soalan yang memang aku jangka dia akan tanya dan aku taknak jawab soalan tu.

Aku menunduk. Otak aku bercelaru.

"Er.. aku.. um," perlahan-lahan mata aku menyapa wajahnya lagi sekali.

"Ak--"

Dan secara tetiba, tubuhku ditarik lalu sebuah pelukkan yang hangat dan selesa diterima oleh aku.

"Yoongi.."

Yoongi erat memeluk aku. Aku dapat rasakan degupan jantung aku makin menggila. Apakah?

Aku datang kesini tuk jumpa Gayoon.. tapi, tak sangka aku jumpa yoongi.

Kenapa bila aku nak lupakan dia je, dia mesti muncul depan muka aku?

"Yoongi, lepaskan." Kata aku. Aku perlahan-lahan menolak tubuh Yoongi.

"Kau tahu tak aku rindukan kau?" Kata Yoongi. Suaranya kedengaran serak.

Aku hanya terdiam dan berdiri kaku tanpa membalas pelukkan dia.

Aku tak sepatutnya jumpa dia.

"Aku tak boleh hidup bila kau takde dekat sisi aku, Yoorae. Tolong jangan tinggalkan aku." Kata Yoongi sekali lagi membuatkan jantung aku luluh.

"Yoongi, aku tak boleh. Okay?" Kata aku. Yoongi meregangkan pelukkannya dan memandang kearah wajahku. Aku segera memandang ketempat lain demi mengelakkan mataku bertembung dengan matanya.

"Kenapa? Apa salah aku Yoorae? Apa salah aku sampaikan kau jadi macam ni?" Kata Yoongi.

"Tak, kau tak salah apa-apa. Tapi, diri aku bukan untuk kau. Kau boleh faham kan?" Kata aku. Aku menjauhkan diriku daripada Yoongi perlahan-lahan.

"Bye yoongi. Tolonglah lupakan aku." Kata aku sebelum mengatur langkah pergi.

Haih, kenapa lah aku rasa salah sangat bila lakukan perkara demikian pada Yoongi?

***

"Apa?! Dia balik?"

Akh meletakkan coffee aku keatas meja.

"Yep.."

"Haih, dak tu kan.. dia balik bukannya nak bagitahu aku-- tapi.. macam mana Hyung tahu?" Soal Jimin padaku. Kini matanya merenung mataku tajam.

the nanny. Where stories live. Discover now