35

3.9K 589 47
                                    

Author's

"Ingat appa lagi?" Hoseok memandang anak perempuannya yang sudah besar panjang itu. Walaupun Gayoon hanya berumur 8 tahun, namun tingginya menampakkan dia seperti 12 tahun.

Gayoon memusingkan badannya lalu matanya bertemu Hoseok.

"Appa ingat Gayoon lagi?" Soalnya. Nadanya mendatar.

Mesti dia masih tak dapat terima aku.. mungkin dia marah kat aku kerana aku tinggalkan Yura. Bisik hati Hoseok.

Kebenarannya, Hoseok tak pernah ingin merancang untuk meninggalkan Yura, cintanya. Tapi, takdir tak memihak padanya dan dia harus meninggalkan Yura yang bersusah payah ingin membesarkan Gayoon deminya.

Dia tak berniat nak melakukan sedemikian. Sungguh.

"Dah tentu, appa sentiasa rindukan gayoon." Hoseok melutut depan Gayoon. Matanya berkaca. Tangannya ingin mengusap rambut keperangan Gayoon itu, namun Gayoon memegang tangannya dan menolaknya.

"Tapi, appa tak pernah cari Gayoon. Appa tak pernah ada masa Gayoon dibesarkan, appa tak pernah ada masa Omma dalam keadaan kritikal. Appa kata appa rindukan Gayoon?" Gayoon pantas berkata. Dia percaya yang Hoseok adalah punca dia bertemu dan Yoongi dan dia dibesarkan dengan orang yang langsung tiada darah daging dengannya.

Ianya sungguh memalukan. Bagi Gayoon.

"Gayoon, maafkan appa. Tolong beri appa peluang kedua.. appa tak maksudkan semua ni" Hoseok menarik tangan kecil Gayoon. Gayoon terasa ingin menangis. Dia tak tahan dengan semua ini lagi.

Gayoon sayangkan Appanya, Hoseok. Dan pada masa yang sama, Dia sayangkan yoongi jugak. Dia juga dah anggap Yoongi seperti ayah kandungnya sendiri. Tapi, bila difikirkan balik, yoongi adalah penyebab ommanya mati.

Gayoon rasa keliru. Dia hanya budak perempuan yang berumur 8 tahun. Situasi begini amat sukar baginya untuk membuat keputusan.

Secara tetiba, Gayoon teringat kan sesuatu.

Yoongi dah tak sayang dia lagi.

Yoongi halau dia dari rumah tu.

Yoongi tak menganggap yang dia adalah anak nya.

Yoongi tak perlukan dia lagi.

Dan serta merta, segala fikiran Gayoon kosong. Kalau Yoongi dah tak kesahkan dirinya, lebih baik dia ambil Hoseok kembali sebagai appanya.

Dan bukan Yoongi .

Gayoon memusingkan badannya kearah Hoseok. Hoseok yang sudah menangis itu dipandangnya.

Gayoon perlahan-lahan mengesat air mata Hoseok yang mengalir.

"Okay, Gayoon akan bagi appa peluang kedua."

× × ×

Yoorae

Seminggu berlalu, dan Gayoon masih lagi stay dengan aku. Dia kata, dia tak bersedia lagi nak balik kerumah.

Dan sekarang ni pun, hubungan Hoseok dan Gayoon makin rapat dan rapat. Aku terfikir jugak, dorang ni macam ayah kehilangan anak dan dapat jumpa balik selepas 10 tahun.

Disebabkan hal itu, hoseok selalu datang jenguk Gayoon dekat rumah aku, kekadang dia akan bawak Gayoon keluar jejalan.

Oh, aku terlupa.. Gayoon dan Hoseok memang ada pertalian darah pun.

the nanny. Where stories live. Discover now