44

3.9K 560 152
                                    

"Hoseok?.. "

Aku hampir sahaja tak kenal dengan lelaki yang diri dihadapan aku ni.

Muka dia lain bila dia pakai kemeja hitam dengan seluar slack nya. Dipadankan dengan kasut kulitnya yang mahal tu. Memang jarang aku nampak Hoseok berpakaian macam ni.

"Yoorae?" soalnya. Dia pandang aku dengan matanya yang tak berkedip.

"Apa kau buat dekat sini?" soal aku. Aku mencari susuk tubuh Yoongi. Please lah jangan kasi dia muncul skang nanti Hoseok pikir lain pulak.

"Aku dekat sini sebab kerja. Kau pulak? " soalnya. Dia mengangkat keningnya.

"Ak-aku.. " aku terpikir-pikir alasan yang aku perlu bagi dia.

"Aku tengah jalan-jalan kat sini. Sebab.. Dah lama aku tak datang sini." kata aku sambil tersengih. Dia tersenyum.

Kau tipu.

Aku mengeluh kecil. "Yoorae," tetiba aku dapat rasakan tangan aku dipaut oleh seseorang.

Ternyata ianya Yoongi.

mati aku sia.

Yoongi memandang kearah aku dengan pelik kerana aku tak membalas pandangannya. Dia lalu memandang kearah Hoseok yang bebetul diri depan aku memerhatikan gerak geri Yoongi.

Kini mereka berdua memandang antara satu sama lain.

Aku menelan air liur aku. rasa tekak aku kering gila.

Aku dapat rasakan ni akan menjadi buruk.

"Jalan-jalan huh?" kata Hoseok dia memandang aku dengan pandangan tajamnya. Aku menunduk. Series seram gila muka Hoseok skang.

Hoseok memusingkan kepalanya kearah Yoongi. Aku nampak dorang berdua memandang satu sama lain dengan pandangan yang tajam.

"Yoongi, aku harap kau jaga Yoorae tuk aku. Kau tahu aku ni sape bagi Yoorae kan?" mata Hoseok landing pada tangan aku dan yoongi yang sedang bertaut rapat tu.

Dia lantas mencapai tangan aku dari pegangan Yoongi. Aku hanya mengeluh kecil. Scene komik anime nak kuar.

"Aku kasi kau kuar dengan yeochin aku, tapi kalau kuar nak buat skinship sekali ni, aku taknak." kata Hoseok sambil tunjukkan tangan aku pada muka Yoongi. Lalu, dia tautkan tangannya pada tanganku.

Wajah yoongi jelas menunjukkan dia menyampah.

"Yoorae bukan kau punya. Lagipun, kenapa aku nak ikut arahan kau, Jung Hoseok?" balas Yoongi dengan nada mendatar.

"Sebab dia yeochin aku dan aku ni namchin dia. Kau?" tebak Hoseok.

Yoongi menapak kedepan. Pandangan tajam tak dilepaskan dari mata Hoseok.

Aku menggaru kepala. Ni takleh jadi ni.

"Korang, hajima." kata aku. Aku duduk antara mereka.

"Yoongi, hajima. Jebal." aku pandang Yoongi. Yoongi masih memandang Hoseok dengan pandangan tajamnya.

Aku pandang Hoseok pulak. "Seok-ah jebal.. Hajima" kata aku. Aku memberikan dia pandangan merayu aku.

Hoseok pandang aku lalu memandang Yoongi. Sekali lagi dia memberikan pandangan tajam pada Yoongi.

Hoseok memusingkan badannya. Lalu berlalu pergi dengan perasaan marah. Aku mengeluh. Merajuk lahai.

Aku memandang Yoongi. Dia hanya pandang susuk tubuh Hoseok dengan pandangan tajamnya lagi. Lalu memandang kearah aku.

the nanny. Where stories live. Discover now