40

4.2K 569 58
                                    

Yoorae.

"Kau tahu, aku nampak apa yang jadi dalam rumah tadi masa aku dalam kete." Gayoon menyuapkan cheese cake itu kedalam mulutnya.

Aku memandang Gayoon. "Apa?!" Mukaku mula kemerahan.

"Muka merah. Ha, bingo" gayoon memetik jarinya.

"Kau bebetul nampak?" Gayoon mengangguk.

"Kau lah perempuan cantik yang aku pernah lihat selama kau tinggalkan aku~" gayoon meniru gaya Yoongi cakap padaku masa aku dengan Yoongi di rumahku tadi.

Aku menepuk lengan Gayoon. Gayoon tergelak.

"Tapi korang sawit lah" gayoon menunjukkan thumbs up nya padaku.

"Banyak lah kau sawit." Aku memeluk tubuh.

"Btw, thank god.. aku dah tak nampak perempuan rumpai laut tu lagi." Kata Gayoon. Mukanya nampak lega.

"Aku tertanya-tanya.. appa kau dengan Suran tu ada pape hubungan sulit ke?" Soal aku. Gayoon mengangkat kedua bahunya.

"Aku pun tak pasti sebenarnya.. tapi cara perempuan tu berkepit dengan Appa, nampak macam dia tu yeochin appa" Gayoon memaparkan muka menyampahnya itu.

× × ×

Selesai sahaja mereka semua makan malam, aku kena kemas dapur yoongi ni kerana semua pembantu rumah ni dah balik awal.

Aku meletakkan semua pinggan kedalam singki lalu mengelap meja makan kasi bersih. Selepas itu, aku meluru kearah singki untuk membasuh pinggan yang banyak itu.

Aku mengeluh. ni bukan kerja aku, aku ni nanny bukan pembantu rumah. Haiz.

Nak taknak, aku kena jugak buat. Aku mencapai sarung tangan untuk membasuh pinggan lalu mulakan operasi membasuh pinggan itu.

Sedang aku basuh pinggan, tetiba aku dengar derapan kaki menuju kearah aku. Aku hanya membisu kerana aku ingatkan tu Gayoon.

Tetiba, aku dapat rasakan ada deruan nafas seseorang pada leherku. Aku terkaku.

Kalau Gayoon, dia kan pendek? tapi yang ni--

"Buat apa tu?"

Aku terkejut lalu menoleh kearah empunya suara itu dan tanpa sengaja, bibirku bertemu dengan pipi mulus Yoongi. Mataku membulat. Aku pantas menjauhkan diri ku daripada Yoongi.

"A-apa kau b-buat dekat sini?" soal aku tergagap-gagap. Mukaku panas macam kena panggang.

"Aku datang sini saja nak tengok kau buat kerja. Tak sangka dapat free kiss." Katanya lalu smirk padaku.

Aku rasa macam nak pitam. Rasa nak lari masuk dalam kain batik mak cun je.

Aku menunduk untuk menyorokkan muka aku yang sudah merah menahankan malu yang aku timpa. Lahai.. pehal lah aku ni gelabah sangat.

"Boleh aku tolong?" Yoongi secara sukarela hendak tolong aku. Dan aku, sudah tentulah taknak pertolongan dia.

"Takpe.. terima kasih jelah. lagipun kau kan majikan aku." Aku terus membasuh pinggan yang belum dibasuh lagi tu.

the nanny. Where stories live. Discover now