Chapter 12 Mencurigakan

3K 233 10
                                    

Kantin Istana

Aminudden menguap panjang,mengantuk rasanya sekali di hatinya. Menyesal tidur lewat semalam,kerana menolong bapanya iaitu Reezal menyiapkan laporan mengenai kes-kes pengaduan yang diterima oleh pihak polis. Yang mana kes yang di luar kemampuan pihak polis.

"Pergh mengantuknya...." keluh Aminudden sendirian,sambil tangannya menyuap kepingan roti yang di sapu jem. Tiba-tiba bahunya diusap perlahan,lalu dia menoleh Alisa rupanya gerangan pelaku.

"Lesu jer? Kenapa?" Soal Alisa tersenyum.

"Semalam tolong ayah,ada kes luar biasa punya laporan perlu disiapkan...la ni ayah pagi-pagi dah keluar..." ujar Aminudden menerangkan.

"Baru perasan tadi tuan Reezal keluar awal sangat,pukul 7 lepas solat subuh tadi...." beritahu Alisa cuba mengingati semula.

"Tengok? Awalnya...." rungut Aminudden.

"Tuan Aswandy pun turut ikut sama..." tambah Alisa lagi.

"Eh!!???" Aminudden terkejut dan secara tiba-tiba,Ikhwan muncul mengetuk kepalanya.

"Ikhwan?" Alisa terkejut.

"Adoi! Sakit ah cik!" Rungut Aminudden menoleh ke arah Ikhwan.

"Ni apa pagi-pagi dah jerit kuat sangat ni?" Ujar Ikhwan mengepal penumbuknya,manakala sebelah tangan kirinya memegang dulang diisi air kotak dan roti.

Askar yang berada berdekatan menjeling ke arah mereka bertiga,mungkin disebabkan jeritan kuat Aminudden. Ikhwan menjeling ke arah askar tersebut,dengan segera mereka mengalih pandangan.

"Janganlah garang sangat..." pujuk Alisa melihat renungan Ikhwan yang tajam,pada askar yang melihat mereka sebentar tadi.

"Hmm....." balas Ikhwan.

"Aduyai...nak manja-manja pula..." bisik Aminudden.

"You say something Min?"

"Huh? No...not! Nothing hehe..just your imagination..." ujar Aminudden berdalih.

"Hmmm....." Ikhwan mengecilkan matanya.

Bunyi loceng amaran bergema,menyelamatkan Aminudden dari terus disoal. Ikhwan mula mengalihkan perhatiannya,Aminudden menarik nafas lega kerana terselamat.

Perhatian diminta putera bongsu hadir ke bilik menghadap maharaja! ASAP!

"Cik....tu nama cik,mesti datuk yang panggil...mesti berkenaan..." belum sempat Aminudden menghabiskan ayat,Ikhwan mengusap kepalanya dan tersenyum lalu mengangguk.

Maaf! Penambahan Alisa Darweez diminta turut sama hadir! ASAP!

Sekali lagi pengumuman dibuat,kali ini nama Alisa turut dipetik dan merisaukan Ikhwan. Alisa memegang tapak tangan Ikhwan dan tersenyum ke arahnya,seperti berkata 'semuanya pasti okay'

"Alisa....baiklah.." balas Ikhwan dan segera beredar,disusuli Alisa namun dia sempat menoleh ke arah Aminudden.

"Kalau penat sangat,rehat tidur!" Kemudian Alisa segera mengejar mendapatkan Ikhwan.

Aminudden melihat Alisa dan Ikhwan pergi meninggalkannya,dia menongkat dagunya melihat bapa saudaranya bersama seorang perempuan yang cantik. Dia tersengih ceria dan kemudian tersedar sesuatu,ke mana abang sulungnya?

CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™Where stories live. Discover now