Chapter 16 Mulanya Serangan

2.7K 199 18
                                    

Negara Mentari
February 2065

Luqman dan Aminudden melarikan diri dari sesuatu,menembak mereka bertalu-talu keadaan kota yang hancur ditinggalkan oleh manusia. Letupan demi letupan berlaku,Luqman,31 tahun kemudiannya berpaling ke arah bertentangan.

"Abang!?" Aminudden 30 tahun,terkejut dengan tindakan abangnya.

"Pergi gunakan mesin masa!"

"Kau macam mana!? Aku tak nak kehilangan kau juga!" Jerit Aminudden.

"Tak apa...jika kita berjaya masa depan akan berubah,aku akan terus hidup!" Kata Luqman menoleh semula ke arah bertentangan,sebuah mesin tempur gergasi menuju ke arahnya.

"Luqman......" Aminudden mula mengalirkan air matanya.

"Pergi Min! Pergi ke masa bapa saudara kita masih hidup! Bagi amaran padanya!...argh!!" Jerit Luqman meluru ke arah mesin tempur gergasi itu.

Aminudden matanya berkaca dan dia harus meneruskan misinya,kemudian berlari meninggalkan abangnya dengan perasaan bersalah. Tetapi ini permintaan abangnya,sama ada abangnya mati atau tidak dia harus ke masa lepas,berjumpa dengan Ikhwan yang dikatakan mati di masa hadapan.

=======================================================

Negara Mentari
May 2050

Kafe Mentari

Jamel dan Zero berpandangan sesama mereka,antara percaya atau tidak mereka sedar orang di hadapannya adalah Aminudden yang berusia 30 tahun. Tiada perbezaan dan hanya tinggi fizikal,dan rambutnya pendek dan pacak.

"Tengok cik Jamel dan cik Zero....membuatkan aku rasa lega...aku berjaya pergi 12 tahun sebelum kejadian...." ujar lelaki bernama Aminudden itu.

"Kejadian? Kejadian apa?"

"Ikhwan Solleh akan mati dibunuh ketika ditabalkan menjadi raja dalam masa 3 tahun akan datang...jika dikira secara saintifik..." Jamel dan Zero membulatkan matanya,terkejut mendengar penjelasan oleh future Aminudden.

"Tapi siapa yang nak bunuh dia? Selain Raven otak aku tak boleh berfikir...siapa orangnya" jelas Jamel mengusap dagunya.

"Orangnya digelar Darwin Kaser...." jawabnya

"Huh? Kau buat lawak ke? Itu pereka senjata negara kami...!" Ujar Jamel menghentak meja,Zero menyentuh bahunya tanda suruh bertenang.

"Dia cakap ada benarnya,Kaser pernah cuba mencederakan putera bongsu ketika dia masih budak lagi..apa yang pernah diceritakan tuan putera keempat..." jelas Zero.

"Yelah tapi kenapa?" Soal Jamel tidak berpuas hati.

"Kau lupa ke? Kaser ada kuasa meramal masa depan?" Ujar Zero.

"Ye betul tu,Kaser ingin memerintah tapi bapa saudara kami adalah penghalang utama...jika dia memberontak sekalipun bapa saudara kami boleh menghapuskannya...jadi dalam masa 3 tahun" jelas future Aminudden.

"Jika kau katakan dalam masa 3 tahun,tapi kau datang 3 tahun awal....kenapa? Kalau macam tu kita tiada bukti nak bawa Kaser ke muka pengadilan!" Kata Jamel lagi.

"Ini kerana...dia menghantar cyborg pembunuh ke masa kini...untuk membunuh putera bongsu sebelum kuasa menjadi matang..." jelas future Aminudden lagi,Jamel membulatkan anak matanya

CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™Where stories live. Discover now