Chapter 13 Tegas

2.8K 228 8
                                    

Luqman mengintai dari jauh,melihat gerak-geri ayahnya dan bapa saudara sulungnya. Walaupun ditegah oleh ayahnya,dia tetap berdegil dan keputusan mengekori ayahnya dalam senyap.

"Kalau kantoi...memang goreng mee basah kena sumpah seranah..." Luqman mengomel sendirian.

"Mee goreng basah sedap tu...kan?" Satu suara menegur.

"Tu la memang kaw-kaw....eh? Hmm....." Luqman baru sahaja menyedari suara yang menegur itu,begitu dia kenal sekali dan menoleh.

"Yo..." sapa orang itu,Luqman membulatkan matanya kerana Aminudden,Zero serta Jamel dihadapannya.

"Korang?!! Ulps!" Hampir sahaja Luqman menjerit,namun dengan pantas Jamel menekup mulutnya.

"Senyaplah sikit! Kan dengarnya ayah dan cik Long... goreng mee basah jadi goreng mee mamak.." ujar Aminudden merapatkan sebatang jari pada bibirnya,cik long adalah gelaran mereka pada Aswandy.

"Macam mana korang ada di sini?"

"Cik Wan la....suruh bawa abang balik!"

"Habis tu,yang dua orang penting boleh ada sekali apa cer ni?" Ujar Luqman menunjuk menggunakan jarinya,satu persatu pada Zero dan Jamel tersengih licik.

"Dah la bang baik ikut kami pulang...." pujuk adiknya menegaskan.

Luqman tidak mengendahkan amaran adiknya,dan memalingkan kepalanya kemudian menyedari ayahnya serta bapa saudaranya mula beredar. Luqman segera mengekorinya,dan Aminudden menggelengkan kepalanya sahaja.

"Apa rancangan putera muda?" Soal Zero.

"Rancangan apanya,follow abang saya la apa lagi?" Aminudden bengang kerana kedegilan abangnya,dia mengetahui misi jenis apa yang ayah dia ingin lakukan.

Perompak penjenayah tahap D atau Danger,memperdagangkan manusia....

==================================================

"Zal...." Aswandy memanggil Reezal dengan panggilan pendek,Zal.

"Ada apa?" Soal Reezal ketika itu,sedang berjalan melalui kawasan hutan gelap.

"Kau perasan tak ada orang follow kita?"

"Perasan sangat,Luqman...." jawab Reezal mendesah.

"Kau tak nak patah balik ke?"

"Biarkan la bang,nanti apa jadi biar dia rasa jadikan pengajaran"

Aswandy menggelengkan kepalanya tersenyum,dia malas untuk campur tangan hal mendidik keluarga adiknya iaitu Reezal. Aswandy memeriksa kompas yang digunakan olehnya,kemudian menghentikan langkahnya.

"Rasanya kita dah hampir ke kawasan penjenayah..." jelas Aswandy dan Reezal mengangguk faham,ketika Luqman telah sampai dan bersembunyi di sebalik daun pokok yang tebal.

Apabila Aswandy cuba melangkah,dia merasai ada dinding lutsinar dan menghalang adiknya untuk memecahkan dinding tersebut.

"Kita tak boleh tarik perhatian ramai orang mereka.."

"So macam mana sekarang?" Soal Reezal.

Aswandy memegang dinding lutsinar,dan membekukan sedikit daripadanya. Semasa dinding lutsinar itu dibekukan,jelas seperti kelihatan udara telah terbeku.

CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™Where stories live. Discover now