Guruh berdentum kilat saling sabung menyabung,Ikhwan merenung ke luar tingkap dari bilik. Dia melihat awan begitu,dan ternyata hujan pasti hujan dengan selebat-lebatnya. Ikhwan memandang ke dalam,melihat Intan berselubung takut akan guruh serta kilat.
"Intan okay tak ni....?" Soal Alisa yang menemani di sebelahnya,Ikhwan dan Alisa berjalan di ruang kaki lima sebelum ini.
Mereka berdua ingin ke kantin untuk menjamu makanan tengah hari,namun kerana kilat dan guruh Intan meminta mereka menemaninya.
"Takut kilat? Hmm..." kata Ikhwan menongkat pipi kirinya.
"Kita ni perempuan,adat la takut kilat!!" Ujar Intan menjerit tanpa sengaja,sebaik guruh berdentum.
"Cik Alisa okay jer...." ujar Ikhwan lagi.
"Awak...cukup.." Alisa memandang ke arahnya,Ikhwan faham dan mengangkat tangan tanda faham.
"Jam baru lepas zohor,tapi dah gelap macam nak masuk maghrib,mesti lebat gile-gile hujan nanti.." ujar Luqman berjalan beriringan dengan Aminudden.
"Sebut pasal hujan ni,adik kita okay tak?" Soal Aminudden.
"Ha'ah la..." Luqman baru teringat setiap kali hujan,Intan akan ketakutan kerana kilat dan guruh.
"Huh?" Aminudden yang menjengah kepalanya,ke arah tingkap bilik adiknya.
"Kenapa Min...?" Soal Luqman.
"Aku rasa okay kot...sebab aku nampak cik Wan ada di dalam bilik Intan..." jawab Aminudden menuding ke arah tingkap bilik adiknya.
"Mesti cik Alisa ada sekali tu..." Luqman menduga.
Lokasi diubah ke tempat lain,di mana Jamel dan Zero bersama Maria serta Jane sedang menjamu selera di kantin. Kilat dan guruh yang kuat,membuatkan Jane menekup kedua telinganya.
"Kuat betul guruh..." ujar Maria yang sedang memeluk Jane yang menekup telinganya.
"Mana putera bongsu ni? Kata nak datang turut serta..." soal Jamel menoleh kiri serta kanan,kemudian dia menghela nafas. Satu alat drone kecil terbang ke arahnya,Jamel hampir melompat akibat terkejut.
"Ada pesanan,hmm....'sorry tak dapat join,jaga anak sedara takut kilat n guruh..by Ikhwan'....aik?'' Jamel menoleh ke arah Zero.
"Jangan pandang aku camtu...kan puteri Intan takut guruh? Macam guru dia ni?" Ujar Zero sambil melihat ke arah Jane.
"Ye...ye,aku tahu..." Jamel kemudian bangun,dan mendekati Jane yang sedang ditenangkan oleh Maria.
"Jane....." Jamel memberi isyarat pada Maria,perlahan-lahan Jane ditarik lembut ke dakapan Jamel.
"Hey....okay tak?" Jamel menyoal lembut,dan pada masa yang sama Maria duduk bersebelahan Zero.
"Awak...saya takut guruh..." ujar Jane memeluk Jamel.
"Okay..jangan risau,saya ada di sini..."
Sedang mereka yang berada di dalam istana membuat hal masing-masing,hujan mula turun dengan biasa dan akhirnya lebat berpanjangan.
"Risau pula saya hujan lebat macam ni.." ujar Ikhwan melihat ke luar tingkap,Intan akhirnya terlena.
"Kenapa pula? Bukankah rahmat?" Soal Alisa yang berada di sebelahnya.

YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™
AçãoIkhwan Syah Al'Solleh adalah putera keenam,ataupun digelar putera bongsu oleh rakyat serta para tentera. Berlainan dengan abang-abangnya yang lain,dia tidak berminat untuk menyertai hal-ehwal negaranya iaitu negara Mentari. Namun kehidupannya beru...