Seminggu selepas serangan.....
Ikhwan berdiri dari atas bumbung istana,merenung ke luar melihat pembaik pulih bandar kota sedang dijalankan. Kaser berjaya melarikan diri,malah apa yang dia kesalkan serpihan XK01 telah hilang.
"Damn...macam mana dia boleh kutip serpihan tu dan lari tanpa dikesan?"
Sedang dia mengomel sendirian,Alisa yang berada di bawah ditemani Intan menyedari dia berada di atas. Ikhwan turut sama sedar akan Alisa yang berada di bawah,dia tersenyum membalas renungan mata Alisa. Ikhwan segera melompat turun mendarat di hadapan mereka berdua.
"Cik Wan!" Intan yang tadi sedang melihat bunga,menyedari Ikhwan berada di situ segera meluru ke arah bapa saudara dan memeluknya.
"Hey Intan,tengok bunga lagi ke...?" Soal Ikhwan mengusap kepalanya.
"Ikhwan...." Alisa menegur lembut.
"Hmm? Ye...?" Balas Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Awak okay? Lepas insiden minggu lepas awak macam down.." soalan Alisa memberi impak jelas pada raut wajah Ikhwan.
"Sebelum ni perkara sama pernah berlaku pada saya...kakak saya mati dibunuh,kemudian menghembus nafas terakhir di riba saya...macam mana saya nak ceria?" Jelas Ikhwan dan pada masa itu,Intan yang di dalam dakapannya turut merasainya.
"Tapi Aminudden dia...masih hidup..."
"Yah...for now..." Alisa terdiam mendengar jawapan Ikhwan.
"That's...."
"I have to grow more stronger....." ujar Ikhwan mencapai tangan Alisa.
"Untuk melindungi awak..." belum sempat Ikhwan menyambung,suara deheman membuatkan mereka melepaskan tangan masing-masing. Intan tergelak kecil kerana itu,dan Rumina muncul dari sebalik dinding.
"Bonda...kacau je lah...." rungut Ikhwan.
"Amboi..marah?" Rumina mendekati Alisa,dia senyum padanya namun seperti biasa Alisa sekadar menundukkan kepalanya.
"Hmm...bonda dah agak.." ujar Rumina menjeling ke arah Ikhwan.
"Apa?" Rumina berjalan mendekati Ikhwan.
"Dia cuma senyum pada Wan saja..." bisik Rumina.
"Pasal tu? Memang Wan dah lama tahu..."
"Dah tu,nikah la apa lagi?"
"Jangan cari pasal bonda,saya baru kenal 2 bulan!"
"Alisa.....!" Ujar Rumina tersenyum penuh muslihat,Alisa mula hairan dan tertanya-tanya.
"JANGAN!!"
"Bonda gurau je la...hehe,dah lama tak usik Wan tau?" Ikhwan geram dan bengang dengan gurauan ibunya.
"Tapi bonda gembira..." sebaik perkataan 'gembira' diluahkan,Ikhwan melihat ke arah ibunya.
"Wan...sudah mula senyum,ketawa..." ujar Rumina memegang pipi anaknya.
"Alisa....." Rumina menoleh ke arah Alisa,namun Alisa masih tidak mengerti.
"Terima kasih...." pegangan dilepaskan dan mengucup pipi kemudian,Rumina berlalu pergi memeninggalkan mereka berdua kerana Intan mengekorinya.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™
AksiIkhwan Syah Al'Solleh adalah putera keenam,ataupun digelar putera bongsu oleh rakyat serta para tentera. Berlainan dengan abang-abangnya yang lain,dia tidak berminat untuk menyertai hal-ehwal negaranya iaitu negara Mentari. Namun kehidupannya beru...